Pelancaran Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pembangunan Luar Bandar (PSPSM KPLB) tahun 2022-2025

Hotel Movenpick KLIA menjadi lokasi pelancaran Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2022 – 2025 (PSPSM KPLB) yang disempurnakan oleh YB Menteri Pembangunan Luar Bandar iaitu Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

Sebanyak enam (6) teras strategik yang digariskan dalam Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pembangunan Luar Bandar (PSPSM KPLB 2022 – 2025) melalui pembentukan sumber manusia yang relevan dengan memiliki sikap, pengetahuan dan kemahiran selaras dengan cabaran persekitaran semasa yang semakin kompleks.

Selain itu, kualiti sistem penyampaian perkhidmatan dan keperluan, penghayatan ekosistem budaya kerja yang cemerlang serta platform perkhidmatan yang kukuh, holistik dan kalis masa hadapan (future proof) dapat ditingkatkan melalui satu mekanisme yang komprehensif berdasarkan rangkaan pelan selari dengan Pelan Strategik KPLB 2021-2025.  Disamping itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar berkomited untuk memastikan program yang telah disusun melalui PSPSM KPLB 2022 – 2025 dapat dilaksanakan dan mencapai keberhasilan yang diharapkan.

Tidak ketinggalan, seramai 87 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2021 serta 14 orang pesara turut diraikan oleh Kementerian melalui majlis yang sama.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021

YB. Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata “Saya bagi pihak Kerajaan dan seluruh warga Kementerian Pembangunan Luar Bandar merakamkan ucapan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan menzahirkan ucapan jutaan terima kasih atas segala jasa pengorbanan dan khidmat bakti yang telah diberikan para pesara sepanjang perkhidmatan.  Segala budi yang dicurahkan dalam menjayakan aspirasi Kerajaan selama ini akan kekal terpahat dalam sanubari dan akan menjadi kenang-kenangan.”

#LuarBandarSejahtera

#KeluargaMalaysia

#BekerjsamaBersamaRakyat

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k