Pelancaran Wajah Baru Minuman Tenaga M-150

Kuala Lumpur, 8 September – Infra Bunga Sdn Bhd (Infra Bunga) memperkenalkan penampilan baharu untuk minuman tenaga M-150 hari ini, menggantikan botol bersegi yang telah digunakan sejak 20 tahun sebelumnya.

Infra Bunga optimis ia akan mendapat lebih ramai peminat M-150 pada fasa seterusnya berikutan wabak COVID-19 dan mampu bersaing dalam industri minuman tenaga di Malaysia.

Minuman tenaga M-150, yang berkafein dan bebas karbonat dapat memberikan badan tenaga dan meransang minda pengguna.

M-150 mempunyai rasa sitrus dan manis yang menarik serta membantu meningkatkan daya tahan otot, kewaspadaan dan melegakan keletihan.

Pengarah Urusannya, Saw Lip Jin, berkata, M-150 adalah minuman gaya hidup yang sesuai untuk dinikmati di mana-mana majlis dan pada bila-bila masa.

“Selepas seharian padat dengan pelbagai aktiviti, M-150 adalah pilihan terbaik untuk  mengembalikan kesegaran tubuh. Ia juga mudah di bawa ke mana-mana.

“Minuman berasal dari Thailand itu berada di pasaran Malaysia sejak 2016. Gabungan unik bahan asli dan formulasi berkualiti tinggi, M-150 menawarkan rasa dan memberi manfaat yang terbaik serta enak diminum sejuk,” katanya.

Tambah Lip Jin, mereka yang memandu dalam perjalanan jauh, perlu menjadikan M-150 sebagai teman supaya kekal segar dan bertenaga.

M-150, minuman gaya hidup yang sesuai untuk pasaran sasaran pengguna antara umur 18 dan 40 tahun, hanya mempunyai 155 kalori setiap botol 150ml.

Barangan Thai berkualiti, dipromosikan secara unik oleh Infra Bunga, boleh diakses di lebih 14,000 pusat hubungan di seluruh negara, termasuk tapak beli-belah dalam talian, mesin layan diri, kedai runcit dan kedai serbaneka.

Duta M-150

Demi memastikan M-150 sebagai minuman tenaga pilihan ramai, Infra Bunga memilih Tiktoker terkenal Malaysia, Muhamad Hasif Sharauddin sebagai duta produk mereka.

Beliau yang juga dikenali dengan gelaran Hasif Upin atau Abang Upin Ipin adalah ‘Top 3’  tiktoker Malaysia yang  mempunyai 2.6 juta  pengikut termasuk pengikut dari Indonesia.

Kami hanya boleh berharap bahawa Muhammad Hasif akan membantu jualan M-150 berkembang lebih jauh dan menarik lebih ramai pengikut.

Seorang yang aktif dan sentiasa positif dalam kehidupan, Muhamad Hasif wajar diangkat sebagai ‘wajah’ M-150.

Latar diri Hasif

Hasif Upin, 29, merupakan anak kelahiran Kota Tinggi, Johor yang dahulunya dikenali sebagai Abang Upin Ipin di TikTok. Dia kini membuat langkah yang lebih besar ke dalam industri muzik sebagai vokalis.

Hasif tidak pernah membayangkan dia akan muncul dengan lagu pertama Janji Sampai Mati, terbitan Aizat Amdan dan Anas Amdan.

“Syukur Alhamdulillah, selepas menyertai uji bakat The Audition anjuran Armani Entertainment Group, saya menerima ‘superstar pass’ daripada pengarah tersohor Michael Ang dan terus diserap menjadi penyanyi.

Memiliki lebih 2.6 juta pengikut di TikTok, Hasif juga menganggap platform itu sebagai pembuka jalan rezeki untuknya.

“Semuanya bermula dengan video parodi Upin Ipin yang saya hasilkan selepas sahur Ramadan pada tahun lalu dan tak menyangka ia akan menjadi viral,” katanya.

Hampir semua video dihasilkan mencuri perhatian netizen sehingga tular menembusi negara Indonesia dan dia sehingga kini memiliki 2.6 juta pengikut di akaun TikTok.

Berkongsi mengenai lagu Janji Sampai Mati, Hasif berkata, ia mengisahkan mengenai cinta antara dua insan yang berterusan sehingga akhir hayat.

CATEGORIES
Share This