Peluang Istimewa: Dapatkan Cup Cake Percuma di Hari Pembukaan Rasmi Cinta dalam Kopi!
Kafe Cinta Dalam Kopi di Bangi kini membuka pintunya! Nikmati suasana yang romantik dengan tema berwarna merah jambu dan sertai kami dalam sambutan pembukaan hari ini. Bagi 100 pelanggan terawal, kek cawan percuma menanti anda!
Tidak cukup dengan itu, pelanggan juga berpeluang mendapat baucar bernilai RM20 dan juga boleh menikmati 2 mangkuk bingsu dengan hanya RM22 bagi melengkapi hidangan mereka di Kafe Cinta Dalam Kopi.
“Menepati dengan konsep kafe yang romantik dengan tema berwarna merah jambu, pelanggan juga bakal menerima belon berbentuk hati sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka ke kafe kami”, ujar Muhammad Azmeer Azrul, Pengurus Kafe Cinta Dalam Kopi.
“Kafe ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam menawarkan pelbagai hidangan yang menyelerakan seperti frappe, toast, bingsu, kek, pasta, mee kari nyonya, nasi lemak ayam crispy, nasi ayam buttermilk yang pasti akan menjadi menu terhangat di CDK dan banyak lagi dengan rasa yang dan tidak dapat dilupakan”, tambah Azmeer.
Selain menu yang membuka selera, kafe ini juga menjadi salah satu lokasi yang sesuai bagi mereka yang mencari tempat untuk bergambar atau lebih senang dengan gelaran instagrammable spot.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai atmosfera penuh kasih sayang dan hidangan manis di Kafe Cinta Dalam Kopi. Lawati kami hari ini dan nikmatilah dunia manis dan hangat yang kami tawarkan!