Peluang Untuk Kucing Anda Jadi Bintang di Cat Fashion Week TV3!

Peluang Untuk Kucing Anda Jadi Bintang di Cat Fashion Week TV3!

Adakah kucing anda mempunyai gaya yang mencuri perhatian? Kini adalah peluang emas untuk membawa kucing kesayangan anda menjadi bintang di kaca TV! TV3 memperkenalkan Cat Fashion Week, sebuah acara terbesar untuk pencinta kucing yang mencari si bulus dengan gaya fesyen paling menyerlah. Jika kucing anda mempunyai personaliti dan penampilan yang mencuri tumpuan, ini adalah masa terbaik untuk tampil di pentas peragaan!

Bagaimana Untuk Sertai Uji Bakat Cat Fashion Week?

Untuk menyertai uji bakat, mudah sahaja! Cuma rakam video pendek berdurasi 1 minit yang memaparkan kucing anda memperagakan fesyen paling bergaya dan unik. Setelah video siap, anda boleh menghantarnya melalui e-mel ke contest@tv3.com.my atau memuat naiknya ke media sosial dengan hashtag #CatFashionWeekTV3.

Tarikh Penting:

  • Mula menghantar penyertaan: 29 November 2024
  • Tarikh tutup penyertaan: 15 Disember 2024

Peluang ini memberikan kesempatan kepada kucing anda untuk menunjukkan gaya mereka di hadapan ribuan peminat fesyen dan pencinta kucing. Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan kucing anda simbol gaya dalam dunia fesyen kucing!

Sekiranya kucing anda terpilih, mereka akan maju ke peringkat seterusnya dan berpeluang untuk beraksi di Pentas Akhir Cat Fashion Week. Saksikan si comel anda ber “catwalk” di pentas peragaan pertama untuk kucing, yang bakal disiarkan secara eksklusif di TV3.

Jangan tunggu lagi! Sertai sekarang dan beri peluang kepada kucing anda untuk bersinar di layar TV3. Untuk info terkini tentang acara ini atau drama kegemaran anda, pastikan anda mengikuti akaun rasmi TV3 di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram di @TV3Malaysia dan Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

CATEGORIES
TAGS
Share This