Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/beritahari/domains/beritaharian.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078

Penampilan Istimewa Ahmad Dhani di Garden of Eid Festival (GOE)

Seorang penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu ‘Sedang Ingin Bercinta’ iaitu Ahmad Dhani kini diterbangkan khas dari Indonesia ke Malaysia bagi memeriahkan suasana Garden of Eid Festival dengan persembahan istimewa daripada beliau melalui ‘Malam Munajat Cinta’ pada 29 Mei 2022, jam 8:30 malam di Panggung Anniversari.

Ahmad Dhani di Malam Munajat Cinta

Selain itu, barisan selebriti popular dengan nama yang sentiasa membesarkan mesej positif dalam karya turut dihimpunkan bersama-sama dalam satu festival ulung.  Antaranya adalah Raihan, Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta Altimet sebagai pengacara yang akan muncul dalam persembahan kerohanian pada 28 Mei 2022 pada jam 8.30 malam bertempat di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.

Garden of Eid Festival merupakan sebuah festival bersifat Islamik dan santai namun menghiburkan kini dipersembahkan oleh Kuala Lumpur Garden of Eid Festival 2022 buat julung kalinya dalam suasana endemik di Malaysia sebagai acara meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei 2022 bermula 10 hingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti gaya hidup aktiviti masyarakat masa kini turut ditonjolkan tanpa membelakangkan agama seperti pertandingan papan seluncur (skateboarding), pendidikan kanak-kanak dan jualan makanan berkonsepkan ‘Flavors of Malaysia’.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k