PENGACARA NONA TV3 MEMBAWA PULANG TROFI ‘THE MOST TRUSTED TV HOST’ ANJURAN ‘READER’S DIGEST TRUSTED BRANDS AND PEOPLE AWARDS 2023’

Amyra Rosli, pengacara Nona TV3, yang telah mengendalikan program wanita pertama di Malaysia selama lebih dua tahun, telah diberi penghormatan sekali lagi dengan Anugerah The Most Trusted TV Host/Presenter For News and Current Affairs dalam sebuah majlis Reader’s Digest Trusted Brands and People Awards di sebuah hotel berprestij di ibu negara.

Amyra Rosli telah memenangi hati penonton dengan pembawaan yang bersahaja dan auranya yang tersendiri selama dua tahun bergelar pengacara  program yang mengangkat isu wanita dan masyarakat ini. Biarpun dirinya masih lagi baharu dalam bidang pengacaraan, Amyra sentiasa terbuka untuk meneroka ilmu pengacaraan dengan lebih mendalam dan bersedia mengutip seberapa banyak pengalaman demi menggilap kebolehan yang ada. Pengiktirafan kali kedua ini juga menyuntik semangatnya untuk terus melebarkan sayap dalam dunia baharu yang diminatinya ini.

“Kami telah memberi kebebasan dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Amyra untuk menonjolkan bakatnya sambil mengekalkan aura dan kekuatan program TV3 yang telah menapak berpuluh tahun di Malaysia. Kemenangan kali kedua anugerah ini telah lebih meyakinkan kami bahawa Amyra adalah pilihan yang tepat dan selari dengan identiti Nona yang disukai ramai penonton. Kami berharap dengan ini Amyra dapat meluaskan sayapnya sebagai seorang pengacara dan terus menjayakan program Nona bersama seluruh kru produksi. Kami juga sangat berbangga untuk bekerjasama dengan Amyra dalam perjalanannya menjadi seorang pengacara yang disukai ramai. Terima kasih diucapkan kepada penonton TV3 kerana meletakkan kepercayaan kepada pengacara program kami ini dan terus nantikan kandungan yang menarik akan datang!”, kata penerbit eksekutif program Nona, Nur Irjuana Mohd Ishar.

Selain Amyra Rosli, antara beberapa rakan selebriti lain yang turut memenangi anugerah dalam kategori berbeza di majlis istimewa ini adalah Alif Satar bagi kategori Most Trusted Entertainment/Variety Presenter, DJ Lin, kategori Most Trusted Radio Presenter dan juga Datuk Nicol David bagi kategori Most Trusted Sports Personality.

Sidang produksi Nona diketuai oleh Pengurus Besar Majalah, Bual Bicara dan Gaya Hidup, Wan Sabariah Shikh Ali, Penerbit Eksekutif Nur Irjuana Mohd Ishar serta Hazrena Mohamed Kassim dan Nurain Kamarudin selaku penerbit. Saksikan Nona setiap hari Ahad, pada jam 2.00 petang di TV3 dan para penonton juga boleh strim langsung secara definisi tinggi menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k