Penglibatan Aktif Mari SeeNI Memeriahkan 5 Zon Utama Karnival UDA 2024

Bahang kemeriahan Karnival UDA 2024 semakin terasa dengan penglibatan Mari SeeNI sebagai Rakan Strategik Pemangkin Acara. Kerjasama ini diharapkan dapat menambah meriah dan memacu kejayaan program tahunan tersebut. UDA Holdings Berhad, yang diberi mandat oleh Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk memperkasakan usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), selari dengan misi Mari SeeNI, menjadikan pelancaran Mari SeeNI di Karnival UDA 2024 sebagai satu langkah tepat untuk mengaktifkan jenama.

Karnival UDA 2024, yang kini memasuki tahun ketiga penganjurannya, membawa semangat dan aspirasi tinggi untuk memperkasakan pemilikan hartanah serta pembabitan usahawan Bumiputera dalam ekonomi bandar. Di bawah naungan UDA, karnival ini tidak hanya sekadar acara, tetapi juga simbol keteguhan usaha dan komitmen untuk memperkukuhkan ekonomi Bumiputera.

Sebagai tanda penghargaan kepada Karnival UDA, Mari SeeNI akan menambah kemeriahan melalui pelbagai aktiviti eksklusif yang direka berdasarkan zon-zon bertema, sesuai dengan zon yang ada di Karnival UDA 2024.

Karnival UDA 2024 menampilkan konsep baharu dengan tujuh zon untuk seisi keluarga, termasuk Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Pa C Ma, dan Jualan Pelbagai. Mari SeeNI akan memeriahkan lima daripada tujuh zon ini melalui penyertaan jenama-jenama Ideaktiv di tapak karnival.

Selain itu, inisiatif Mari SeeNI juga merangkumi liputan media khas untuk setiap aktiviti dan jenama yang terlibat, yang akan memaksimumkan promosi Karnival UDA 2024 menggunakan platform digital Ideaktiv, dan seterusnya membantu memajukan ekonomi serta kelestarian usahawan Bumiputera.

Mari SeeNI akan menghidupkan zon-zon di Karnival UDA 2024 dengan penglibatan langsung jenama-jenama Ideaktiv di tapak karnival. Selain itu, inisiatif ini juga akan melibatkan liputan media khas untuk setiap aktiviti dan jenama yang berkaitan mengikut zon, yang akan memaksimumkan promosi Karnival UDA 2024 melalui platform digital Ideaktiv, dan secara tidak langsung membantu memajukan ekonomi serta kelestarian usahawan Bumiputera.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keistimewaan Mari seeNI buat pertama kalinya di Karnival UDA 2024 dan rasai kehangatan Karnival UDA tahun ini dengan menjadikannya sebahagian daripada pengalaman yang penuh dengan nilai kebersamaan dan tidak dapat dilupakan.

Mari SeeNI nadi kemeriahan Karnival UDA akan berada di:

  1. Tapak Parkir Gravitas, Pulau Pinang : 26 – 28 Julai 2024
  2. Bandar Tun Hussein Onn, Selangor: 27 – 29 September 2024
  3. Angsana Johor Bahru Mall, Johor: 11 – 13 Oktober 2024
  4. Tapak Projek Neu Pendington, Kuching, Sarawak: 25 – 27 Oktober 2024
CATEGORIES
TAGS
Share This