PENYAMPAIAN ANUGERAH MALAYSIA INFLUENTIAL EDUCATORS 2023 (MIE 4.0)

MTPN sangat komited untuk mendidik dan melindungi 8 hak pengguna. Selain menjadi mata dan telinga kerajaan, MTPN juga menjadi suara kepada pengguna di seluruh negara.

Berlandaskan Hak untuk mendapatkan Pendidikan, Majlis Tindakan Pengguna Negara memartabatkan para pendidik yang mempunyai impak cemerlang dengan sebuah pengiktirafan, yang akan diabadikan di dalam sebuah naskah, sebagai nukilan untuk generasi akan datang. Dengan ini, maka wujudlah sebuah program yang dipanggil Malaysia Influencer Educators (MIE) di mana jasa para pendidik akan direkodkan dan dibentangkan ke se-antero dunia.

Pelbagai cabaran demi cabaran yang mereka lalui dan hadapi hingga ke hari ini, termasuklah di dalam sesi menerapkan nilai jasmani, emosi, rohani dan social kepada pelajar sepertimana yang telah diseru oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada tahun 2023, keprihatinan masyarakat dan senario semasa, menjadikan dunia Pendidikan sangat mencabar dan semakin kompetitif akibat penggerak utama (driving forces) untuk merempuh perubahan globalisasi, keterbukaan social, ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Pendidikan digital dan ekspetasi pihak berkepentingan yang semakin meningkat.

Anugerah ini merupakan sebuah penghargaan Majlis Tindakan Pengguna, kepada warga pendidik yang telah mencurahkan ilmu, khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.

Senarai VVIP Hadir MIE4.0

  1. Yang Mulia Dato Paduka Seri Dr. Hasnizal Bin HJ Hassan

Penasihat Kebangsaan MTPN

  1. Dr.Mohd Aluwi Bin Sari

Penasihat Kebangsaan MTPN

  1. Abdul Razak Bin Zamri

International Academic Director, Alzette University

  1. Tuan Nor Affendy Bin Abdul Khalid

Ketua Penolong Setiausaha Kanan,

Kementerian Dalam Negeri

Merangkap Penasihat Kehormat MTPN

  1. Tuan Abdul Razak Bin Junaidi (GOH)

Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan,

Kementerian Sumber Manusia

Merangkap Penasihat Kehormat MTPN

  1. Tuan Muazam Bin Mokhtor

Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Inovasi, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Khidmat Pengurusan,

Jabatan Perkhidmatan Awam

Merangkap Penasihat Kehormat MTPN

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k