PENYERAHAN DANA KECEMASAN PKS (SMEEF 2.0) KEPADA MANGSA BANJIR KAWASAN SHAH ALAM

Majlis Penyerahan Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri KUSKOP, di Uptown Shah Alam pada 13 Julai. Seramai 152 penerima bantuan daripada PKS yang terjejas akibat banjir di Uptown Shah Alam dan sekitar Shah Alam merupakan penerima manfaat program SMEEF 2.0 yang bernilai RM 14.67 juta.

Penyerahan Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri KUSKOP, di Uptown Shah Alam

SME Corp. Malaysia merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang bekerjasama dengan MIDF sebagai agensi pelaksana, telah mengagihkan pinjaman di bawah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) bagi membantu PKS yang terkesan akibat banjir di Shah Alam. Dana ini menyediakan pembiayaan pinjaman modal kerja tanpa faedah serta moratorium selama setahun kepada kesemua penerima.

Menurut YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, 62 daripada 152 penerima bantuan ini merupakan mereka yang berniaga di Uptown Shah Alam. Tambah Rizal pula, dana kecemasan untuk mangsa banjir yang diperuntukkan sebanyak RM100 juta oleh kerajaan. PKS akan gunapakai untuk bangkit semula serta memulihkan kembali perniagaan Keluarga Usahawah yang terkesan oleh bencana banjir ini secepat mungkin.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) sila layari https://www.smecorp.gov.my/ atau hubungi 1300 30 6000

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k