Perlantikan DUTA PELANCONGAN SENI DAN BUDAYA & Pelancaran SKIM “RUMAHKU SYURGAKU” (CSR)

Kini Malaysia sudah memasuki fasa endemic yang mana menunjukkan segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani wabak ini amat berkesan dengan sokongan dan disiplin oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ini menandakan bahawa fasa peralihan ekonomi negara dan dunia mula perlahan-lahan beralih dari fasa menurun ketika pandemic kepada fasa peningkatan boleh dikatakan dalam semua sektor ekonomi. Bagaimana tiket kapal terbang sekarang ini ke destinasi popular habis ditempah, orang ramai beratur panjang di Jabatan Imigresen untuk pembaharuan passport dan pendaftaran passport baru. Pihak MRF Consultant (M) Sdn. Bhd. menyaksikan permintaan yang tinggi untuk tenaga buruh dalam berbagai sektor ekonomi contohnya dalam sektor pembinaan.

MRF juga seperti usahawan-usahawan yang lain amat terkesan dengan pandemik ini di mana semua perancangan kami yang disusun sejak 2019 telah tergantung. Walaubagaimanapun MRF sudah mula bergerak semula dengan sokongan ahli-ahli bersekutu kami yang mana masih kekal bersama kami hingga kini.

MRF telah bergerak aktif dalam bidang hartanah sejak 10 tahun yg lalu. Bermula dgn konsultasi projek kecil2an sehinggalah kami mendapat kepercayaan dalaam projek berskala sederhana dan kini kami mula bergerak dalaam usahasama dalam projek berskala besar yg mempunyai impak besar kepada ekonomi negara. Contohnya dlm bidang pembinaan rumah kediaman, projek lebuhraya, hospital, perladangan, petroleum, pendidikan, pelancongan, dll.

Satu bahagian penting dalam jaluran ekonomi iaitu membantu golongan masyarakat yang menjadi tunjang kepada rantaian ekonomi iaitu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Suatu program yang dinamakan program ‘RUMAHKU SYURGAKU’ diterangkan dengan lebih lanjut oleh Yang Berbahagia Dato Sri Siti Nur Atiqah Baba, Pengarah Urusan.

MRF mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan kerjasama bersama dengan NIPV Management Sdn Bhd yang diterajui oleh Tuan Hj Jeffri Iman bin Hj Hoodi dan isterinya seorang selebriti kesenian budaya terkenal tanahair Puan Nuraniza Idris dan juga perlantikan mereka sebagai duta pelancongan seni dan budaya bagi menjalankan aktiviti-aktiviti memartabatkan kesenian budaya negara agar terus hidup mekar membudayakan rakyat Malaysia agar terus kenal dan ingat asal usul kesenian nenek moyang mereka.

Kerjasama ini juga sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan program “RUMAHKU SYURGAKU” syarikat MRF Consultant (M) Sdn Bhd sepanjang acara yang mereka adakan di seluruh negara. Diharap kerjasama ini akan berjalan lancar dan memohon sokongan dari semua pihak terutamanya dari pihak Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Negara dan seluruh rakyat Malaysia.

#MRFConsultant #SkimRumahkuSyurgaku #CSR #Pelancaran #PerlantikanDuta #PelanconganSeniDanBudaya #OpieSofia #ShangrilaKL

Capture By: Samsung Galaxy S22+ Series #GalaxyS22Plus #Flagship #SamsungMalaysia

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k