Permotoran Malaysia Bergelora dengan Event Legacy Rider 2.0

Program Legacy Rider 1.0 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 29 Oktober tahun lalu berjaya menghimpunkan lebih 50,000 peminat sukan permotoran di negara kita. Program ini merupakan anjuran Legacy Rider dengan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), PUNB Malaysia, PERNAS, dan GISB Holding. Sambutan positif yang diterima telah membara semangat Legacy Rider untuk menganjurkan Event Legacy Rider 2.0 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Oktober 2023 (Jumaat dan Sabtu) di KL Base, yang terletak di Bekas Lapangan Terbang Sungai Besi.

Lokasi asal program iaitu di Stadium Shah Alam untuk acara itu kini berpindah ke Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur memandangkan kedudukannya yang strategik dan sesuai untuk acara berstatus mega begini.

Pengarah Urusan GGR Machine (M) Malaysia & Legacy Rider, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi Pengarah Urusan GGR Machine (M) Malaysia & Legacy Rider berkata, pihaknya menjangkakan edisi Event Legacy 2.0 akan diserbu oleh jumlah yang sama iaitu 50,000 hingga 60,00 pengunjung yang juga peminat sukan permotoran.

“Program akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Perasmian Legacy Rider 2.0 yang dicadangkan  adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Berhormat Mulia Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia) ataupun Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan), jika di beri peluang pihak Legacy Rider inginkan Perdana Menteri Malaysia yang merasmikan Legacy Rider 2.0 kerana ini akan memberikan satu penghargaan yang sangat bermakna bagi pihak Legacy Rider & peminat sukan pemotoran di negara kita” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Turut hadir Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia  atau IRAMA, Ayob Abdul Majid; Pengarah GISBHolding (Global Ikhwan Services & Business Holdings), Hamdi Mohd Noor; selebriti jemputan, Achey Bocey, Ajak Shiro, Ucop Ahmad serta ikon-ikon media sosial antaranya Haqiem Stopa, Dinda Maira dan ramai lagi.

Menurutnya, pengunjung yang hadir nanti akan dapat menyaksikan pelbagai pameran menarik antaranya himpunan 300 motor jenama Ducati.

“Selain itu, pengunjung bertuah pula berpeluang membawa pulang hadiah lumayan berupa sebuah kereta Honda dan tiga buah motosikal.

“Pogram ini dijalankan untuk menyemarakkan industri pelancongan di negeri Selangor dengan memperkenalkan kepada kumpulan bermotosikal di seluruh negeri serta golongan belia yang menceburi sukan permotoran bagi tujuan mengeratkan silaturrahim dan berekreasi.

“Event Legacy Rider 2.0 merupakan sebuah program yang menghimpunkan para belia yang terlibat dengan sukan permotoran dalam sebuah program yang santai & Pelbagai aktiviti dan hiburan dari rakan selebriti popular tanahair yang akan dijalankan.

“Dalam usaha menjayakan Event Legacy Rider 2.0 juga, kami telah menjalankan hubungan baik dengan rakan selebriti popular tanahair dan ikon-ikon media sosial (influencer) yang akan turut serta membantu dan mempromosikan event ini,” katanya.

Antara selebriti jemputan Achey Bocey, Black Hanifah, Uchop Ahmad, Tajul dan ramai lagi. Muhammad Musaddiq dan Ajak Shiro turut hadir.

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k