Persatuan Karyawan Malaysia bersama Vit’s Mempersembahkan Festival Muzik Vits-‘KONSERT TELAN KASET 90-AN’ .

Persatuan Karyawan Malaysia bersama Vit’s Mempersembahkan Festival Muzik Vits-‘KONSERT TELAN KASET 90-AN’ .

Festival ini akan menampilkan barisan artis popular era 90-an seperti Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik Kasawari, Roy, Amir Ukay’s, Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Hasnol, Shades, A To Z, Tom, Fuad, Zamani, serta DJ Fasha Anderson dengan Don’t Panic Buskers, dan ramai lagi.

Penganjur dari pihak Vit’s, Pn. Baizura Tazri, menyatakan, “Ini merupakan kali pertama Vit’s menganjurkan festival muzik yang menggabungkan elemen muzik dan makanan. Vit’s Music Festival ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk menikmati pelbagai hidangan berasaskan mi sambil dihiburkan dengan muzik 90-an.”

Persatuan Karyawan Malaysia

Beliau menambah, konsert ini bertujuan untuk mengubati kerinduan peminat muzik 90-an dengan mempersembahkan lagu-lagu hits dari era tersebut, serta menyediakan pelbagai jenis makanan berasaskan mi seperti laksa, mi kari, mi bandung, pasta, dan banyak lagi.

“Selain itu, konsert ini juga bermatlamat untuk mengumpul dana bagi Persatuan Karyawan Malaysia melalui jualan tiket. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk membantu artis-artis senior dan karyawan yang memerlukan bantuan, selaras dengan tujuan penubuhan persatuan ini,” kata Pn. Baizura.

Festival Muzik Vits ini dijangka akan menampilkan 17 penyanyi 90-an yang akan mempersembahkan pelbagai genre muzik seperti rock, balada, R&B, hip hop, dan irama Malaysia sepanjang dua hari acara berlangsung, dari jam 8 malam hingga 11:30 malam.

Para pengunjung juga berpeluang untuk mengunjungi lebih 80 gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan berasaskan mi, serta menikmati pelbagai permainan karnival yang sesuai untuk seisi keluarga.

Persatuan Karyawan Malaysia

“Setiap pengunjung yang hadir dengan berpakaian bertemakan 90-an seperti rock, hip hop, atau dangdut akan menerima hadiah. Selain itu, atas permintaan ramai di media sosial, kami juga akan mengadakan pertandingan karaoke pada kedua-dua hari acara dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi,” tambah Pn. Baizura.

Festival ini turut mendapat sokongan daripada MBPJ, Storm Truperz Campers, Ticket2u, Suria FM, Media Panas, Hotel Seri Pacific, Nester, dan Irama Maju Productions, selain Vit’s dan Persatuan Karyawan Malaysia.

Pn. Baizura mengakhiri, “Kami berharap festival makanan dan muzik berkonsepkan karnival ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus memperjuangkan penyanyi-penyanyi era 90-an dan lagu-lagu hits mereka yang sentiasa segar dalam ingatan.”

Mewakili Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Dato’ Freddie Fernandez, beliau berharap agar para penonton dapat berhibur sambil beramal melalui festival ini, dengan dana yang dikumpul akan disalurkan kepada persatuan.

“Marilah beramai-ramai ke Vit’s Music Festival. Jumpa anda di sana!”

Tiket untuk KONSERT TELAN KASET 90’AN dan karnival boleh didapati secara dalam talian mulai 16 Ogos 2024, jam 4 petang di laman web Ticket2u.com.my dengan harga RM45 seorang. Masuk ke Festival Mi Malaysia adalah percuma.

CATEGORIES
TAGS
Share This