Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/beritahari/domains/beritaharian.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078

PERSIDANGAN HARI ASMA SEDUNIA 2022 ,Menutup Jurang dalam Penjagaan Asma

Asthma Malaysia telah menganjurkan Persidangan Hari Asma Sedunia 2022 bertempat di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, Kuala Lumpur hari ini. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan, bertepatan dengan sambutan memperingati Hari Asma Sedunia tahun ini dan ia juga merupakan gabungan kerjasama antara Persatuan Thoracic Malaysia (MTS), Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) dan AstraZeneca Malaysia

Persidangan ini bertujuan membincangkan cabaran dan penyelesaian dalam menangani jurang dalam penjagaan asma di Malaysia sejajar dengan tema hari Asma Sedunia pada tahun ini iaitu Menutup Jurang dalam Penjagaan Asma.

Asthma Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk menjadi sumber yang boleh dipercayai tentang asma, untuk meningkatkan kesedaran terhadap piawaian penjagaan terbaik dan untuk memperkasakan pesakit dalam pengurusan asma mereka.

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Asma ini boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat. Faktor juga adalah berbeza bagi setiap individu seperti jangkitan pernafasan dan selsema.

Selain merasmikan pelancaran semula laman web rasmi Asthma Malaysia,  YB Khairy turut menyaksikan majlis menandatangani ikrar oleh pelbagai pihak bagi menyatakan komitmen bersama mereka dalam meningkatkan penjagaan asma di Malaysia.

Berapa siri ceramah diadakan oleh pakar perubatan dan pesakit, dimana dapat disimpulkan bahawa terdapat keperluan campur tangan yang lebih besar terhadap penyakit asma di Malaysia ini bagi membendung penderitaan dan beban kewangan oleh pesakit akibat daripada asma mereka yang tidak dikawal dengan baik.

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k