Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia

Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC) menyasarkan untuk menubuhkan 222 pusat khidmat usahawan di setiap daerah parlimen di seluruh negara, termasuk reka bentuk dan pelancaran Grocer99 mart.com, untuk meningkatkan pembangunan ekonomi akar umbi.

Selain itu, inisiatif pertama pertubuhan itu, menurut presidennya, Tengku Adena Tengku Abdullah, telah membuktikan bahawa banyak firma tempatan mencipta sesuatu dan mampu untuk maju ke hadapan. Dengan pusat perkhidmatan dan kedai Grocer99, ia akan berfungsi sebagai pusat pemantauan pendidikan, pertumbuhan ekonomi, dan usaha keusahawanan di setiap kawasan parlimen.

Menurut beliau, antara matlamat utama mart Grocer99 adalah untuk menyediakan peluang pasaran sedia ada kepada pengusaha produk makanan sejuk beku halal Islam bumiputera, serta membantu usahawan menaik taraf perniagaan mereka dengan mengembangkan pengeluaran mereka. Serentak dengan itu, dapat menghasilkan produk makanan berasaskan pertanian dan perikanan untuk pembuatan halal demi meneroka pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Konsep dan idea yang di ilhamkan oleh Penasihat Eksekutif MEEDC, Datuk Seri Ahmad Khusairi Bani Hashim Al-Haj ini telah berjaya terhasil dengan pembukaan cawangan pertama di seksyen 22 Shah Alam dan bakal dirasmikan oleh Y.A.M Tengku Puteri Dato’ Sri Hjh Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang juga merupakan Penaung Kehormat DiRaja MEEDC Malaysia dan akan berlangsung pada 29 Mei 2022 ini. Dengan sasaran utama pembinaan Grocer99 mart.com di seluruh negeri dan di setiap Wilayah Parlimen projek ini dengan jangkaan akan berada di bursa Malaysia pada tahun 2026.

“Melalui program ini, usahawan yang berhasrat untuk membina syarikat akan dibimbing sehingga mereka mampu membina legasi perniagaan yang boleh diwarisi,”

MEEDC telah dibentuk dengan jelas sebagai pusat pengawasan antarabangsa, perancangan, pertumbuhan perniagaan, dan keusahawanan negara.

“Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Islam dibawah projek Grocer99 Mart.com bakal membuka peluang kepada lebih banyak IKS untuk maju terus kehadapan membina idea dan perniagaan yang lebih berdaya saing.

Dengan menggunakan tagline Halal Itu Wajib, MEEDC dan kempen Grocer99 mart.com menunjukkan komitmen mereka untuk meningkatkan profil jenama di Bursa Malaysia@IPO.

“UNITED WE GROW THE NATION”

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k