PROGRAM JELAJAH FRANCAIS BAY (PJFB) MEMBUKA PELUANG PERNIAGAAN FRANCAIS KEPADA MASYARAKAT DI LEMBAH KLANG

 

Masyarakat di Lembah Klang berpeluang membuka perniagaan francais melalui Program Jelajah Franchise Bay (PJFB) 2022 yang dilaksanan melalui kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan Aeon Mall Shah Alam. KPDNHEP berkata program tersebut merupakan platform yang dibangunkan oleh Kerajaan melalui Kementerian tertumpu kepada bakal peniaga untuk menceburkan
diri dalam bidang perniagaan, mengembangkan perniagaan sedia ada dan juga mempromosikan perniagaan mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19, seterusnya menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.

Pameran diadakan sempena PJFB 2022, mencerminkan perkembangan pesat industri francais negara. Sesi pameran dan padanan perniagaan telah dihadiri oleh sejumlah 20 syarikat francais tempatan. Pameran ini juga bertujuan mendedahkan bakal usahawan francais kepada sistem perniagaan francais sedia ada negara, serta pakej latihan dan pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Siri keempat Jelajah Francais Bay 2022 ialah PJFB di Shah Alam ini. YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri PDNHELP, melancarkan siri pertama pada 28 Mei 2022, di Kuching, Sarawak. Dari 9 hingga 11 Jun 2022, Siri Kedua akan diadakan di Johor Bahru, Johor. Siri ketiga akan diadakan pada 15-17 Julai 2022 di Kuantan, Pahang, dan siri akhir akan diadakan di Kedah (17-19 November 2022).

 

Sebanyak 20 syarikat francais tempatan mengambil bahagian dalam pameran dan sesi pemadanan perniagaan. Pameran ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada sistem perniagaan francais sedia ada di negara ini, serta pakej latihan dan pembiayaan yang ditawarkan kerajaan kepada bakal usahawan francais.

Hasil daripada penganjuran program di Kuching, Johor Bahru dan Kuantan, sebanyak 304 potensi francaisi telah mendapatkan khidmat nasihat dan mengemukakan hasrat mereka untuk menjadi francaisi dengan nilai potensi pelaburan sebanyak RM93 juta. KPDNHEP mensasarkan sekurang-kurangnya 30 potensi francaisi dengan jangkaan nilai potensi pelaburan sebanyak RM 7.5 juta melalui PJFB di lembah klang ini.

Kerajaan menggalakkan para peniaga untuk merebut peluang yang disediakan dari segi program latihan dan pembiayaan dalam meneroka perniagaan francais.

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k