PROGRAM JELAJAH JUALAN RAHMAH TERUS DIPERGIATKAN UNTUK RAKYAT NEGERI TERENGGANU

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh,Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah merasmikan dan melakukan sesi walkabout di Program Jelajah Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2023 yang diadakan di Tapak Pasar Malam Tok Adis, Kuala Ibai, Terengganu

Untuk makluman, Program Jualan RAHMAH yang mula diperkenalkan bermula Januari 2023 sehingga hari ini, sejumlah 89 lokasi membabitkan lapan(8) kawasan Parlimen dan 32 DUN telah terlibat dengan Jualan RAHMAH di premis-premis peruncitan di negeri Terengganu. Penganjuran program ini dapat dilihat memberi kesan yang positif dalam usaha untuk meringankan kos sara hidup warga Malaysia MADANI. Ini dapat dilihat melalui jumlah keseluruhan pengunjung iaitu sebanyak 70 ribu orang dan rekod jualan di negeri Terengganu yang berjumlah melebihi RM2 juta.

Selain daripada Program Jualan RAHMAH yang dijalankan di premis[1]premis pasar raya, hypermarket dan kedai runcit, Program Jualan Rahmah Bergerak turut dijalankan dan tertumpu kepada kawasan kepadatan penduduk tinggi dan kawasan luar bandar. Sehingga 04 Ogos 2023, rekod jualan yang dicatatkan melalui Program Jualan Rahmah Bergerak di negeri Terengganu ini telah melebihi RM300 ribu dan jumlah keseluruhan pengunjung melebihi lapan(8) ribu orang.

Program Jelajah Jualan RAHMAH di Tapak Pasar Malam Tok Adis ini akan dilaksanakan bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam selama dua (2) hariberturut-turut iaitu pada 4 sehingga 5 Ogos 2023. Antara barang-barang yang dijual dan ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Ayam Segar;
  • Telur Ayam;
  • Minyak Masak Paket 1KG;
  • Gula;
  • Tepung Gandum;
  • Beras;
  • Milo;
  • Bawang Besar;
  • Susu Pekat;
  • Bihun;
  • Maggi;
  • Sardin;
  • Kicap Manis;
  • Cecair Pencuci Pinggan;
  • Beras Pulut;
  • Sos Cili, dan;
  • Ubat gigi.

Program Jelajah Jualan RAHMAH ini merupakan salah satu program KPDN di bawah Inisiatif Payung RAHMAH yang bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Program Jualan RAHMAH ini merupakan kolaborasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasar raya dan hypermarket yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian di antara 10 % hingga 30% lebih murah daripada harga biasa setempat.

KPDN mengajak dan menggalakkan lebih ramai lagi pemain industri khususnya hypermarket dan pasar raya supaya dapat bersama-sama menjayakan aspirasi ini dalam mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup rakyat.

KPDN Negeri Terengganu merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang mampan sepanjang menjayakan Program Jelajah Jualan RAHMAH ini bagi membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban kos sara hidup mereka di Negeri Terengganu di samping meningkatkan pendapatan para peniaga di sini.

 

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k