PROGRAM MENANG WANG TUNAI MENARIK DI ERA, SINAR, GEGAR DAN ZAYAN PADA SEPTEMBER BULAN INI

A: Teka Jawline ERA Teka nama selebriti berdasarkan gambar ‘jawline’ dan berpeluang menang RM250, dari sekarang hingga 22 September di udara.

  • Pendengar ERA perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Peserta perlu meneka nama selebriti berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram ERA. Pembayang disediakan di Instagram ERA.
  • Peserta hanya boleh membuat satu tekaan dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM250 dalam setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Jawline ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.
SINAR: Jerat SINAR Jawab 10 soalan dan berpeluang menang wang tunai RM1000, dari sekarang hingga 15 September di udara.

A poster with text and images

Description automatically generated

  • Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Jawab 10 soalan dengan perkataan ‘ya’ atau ‘tidak’ dalam tempoh 60 saat sahaja.
  • Peserta perlu menjawab kesemua soalan secara berturut-turut dan tidak boleh menukar atau melangkau soalan.
  • Jika kesemua 10 soalan dijawab dengan tepat, peserta berjaya membawa pualng wang tunai RM1000 dalam setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Jerat SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR
GEGAR: Teka Kacang Gegar Teka bilangan kacang dan berpeluang menang wang tunai RM500 dari sekarang hingga 21 September di udara

A blue and white poster with text

Description automatically generated

  • Pendengar GEGAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Kongsikan tekaan bilangan kacang berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram dan TikTok GEGAR bersama personaliti GEGAR.
  • Pemenang mingguan akan diumum setiap Ahad, jam 10 malam menerusi TikTok Live GEGAR.
  • Tekaan bilangan kacang yang tepat ataupun paling hampir akan membawa pulang wang tunai RM500 secara mingguan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Kacang GEGAR’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.
ZAYAN: EJAWI ZAYAN Eja perkataan jawi dan berpeluang menang wang tunai RM200, dari sekarang hingga 22 September di udara
A poster with text and letters

Description automatically generated with medium confidence
  • Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Eja perkataan jawi berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram ZAYAN dalam tempoh 10 saat.
  • Peserta yang berjaya mengeja dengan tepat akan membawa pulang wang tunai RM200 dalam setiap pusingan.
Dapatkan maklumat tentang ‘’EJAWI ZAYAN’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.
CATEGORIES
TAGS
Share This