PROGRAM SME BANK 90-DAYS BIZ CHALLENGE LAHIR USAHAWAN SISWAZAH BERILMU DAN BERDAYA SAING

Program SME Bank 90-Days Biz Challenge 2022, yang berbentuk persaingan perniagaan, telah berjaya mempamerkan kemahiran keusahawanan 20 pasukan finalis daripada Kolej Komuniti dan Politeknik apabila perniagaan yang mereka jalankan memperoleh pendapatan melebihi RM500,000 dan ke atas. mengatasi rekod edisi sebelum ini, yang berjumlah RM103,000, dalam tempoh 10 bulan pertandingan itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad sewaktu majlis penyampaian hadiah berkata, “Secara keseluruhannya, sejak program SME Bank 90 Days Biz Challenge dimulakan pada tahun 2015, jumlah nilai jualan yang dicatatkan oleh semua peserta adalah sekitar RM1.43 juta. Ini membuktikan dengan latihan, bimbingan yang bersesuaian serta semangat juang yang tinggi, bidang perniagaan yang diceburi oleh golongan remaja boleh Berjaya walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.”

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail berkata, “SME Bank 90-Days Biz Challenge adalah program tanggungjawab korporat utama anjuran SME Bank dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi. Setakat ini, ia telah memanfaatkan 1,692 pelajar dan rekod kami menunjukkan tujuh syarikat masih aktif dan terus menjalankan perniagaan mereka walaupun berdepan cabaran pandekmik COVID-19 dan kawalan pergerakan dua tahun yang lalu.”

Untuk menjadikan program ini lebih relevan dan mencerminkan reality perniagaan masa kini, penekaan diberikan kepada aspek pemasaran digital melalui penghasilan dua video perkembangan perniagaan untuk dimuatnaik ke Facebook dengan tujuan mendapatkan markah tambahan melalui jumlah ‘Like’ tertinggi. Secara keseluruhannya, video-video tersebut telah ,endapat jumlah ‘Like’ sebanyak 52,078 kali dan ditonton oleh orang ramai sebanyak 46,505 kali.

Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR), anak syarikat SME Bank telah dilantik untuk menjadi jurulatih perniagaan bagi program ini. Pendekatan hands-on yang digunakan oleh CEDAR memastikan peserta mengaplikasikan ilmu keusahawanan dan pemasaran digital yang telah dipelajari oleh para peserta finalis termasuk teknik pembentangan atau pitching, penyediaan laporan perniagaan dan analisis SWOT.

SME Bank telah menyediakan hadiah wang tunai secara keseluruhannya sebanyak RM45,000 untuk para pemenang. Juara pertandingan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, piala pusingan, trofi dan sijil, manakala Naib Juara sebanyak RM15,000, trofi dan sijil dan Temoat Ketiga berjumlah RM10,000 berserta trofi dan sijil penyertaan.

Pemilihan pemenang telah dibuat oleh panel juri yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan yang terdiri daripada wakil SME Bank, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), SME Corporation Malaysia, TEKUN Nasional, MARA, Bank Rakyat dan usahawan SME Bank. Penilaian pemenang dibuat berdasarkan aspek pasaran, kewangan, pengurusan dan juga teknikal. Keputusan pemenang telah diaudit oleh sebuah firma akauntan professional yang dilantik oleh SME Bank.

Peserta SME Bank 90-Days Biz Challenge juga akan didaftarkan sebagai alumni dan akan mendapat akses kepada pelbagai faedah seperti menyertai program-program keusahawanan serta latihan dan bimbingan yang oleh SME Bank dan juga agensi Kerajaan. Antara program keusahawanan yang telah disertai oleh alumni adalah Minggu Nasional anjuran KUSKOP.

Majlis penyampaian hadiah telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Surianti Dato’ Ahmad, Pengarah Kanan Kompetensi, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK), Roslee Yahya, Wakil Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (MoHE), Dr. Shamsuri Abdullah dan Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail.

 

SENARAI PEMENANG

Hadiah Politeknik/Kolej Komuniti Nama Kumpulan Jenis Perniagaan Pensyarah Pembimbing
Juara

RM20,000 Wang tunai, Piala Pusingan, Trofi & Sijil

Kolej Komuniti Baling Bellissimo HQ Legacy Fesyen/Pakaian Pn. Nur Izzah Binti Abdul Kadir 014-9268 280
Tempat Ke-2

RM15,000 Wang tunai, Trofi & Sijil

Politeknik Seberang Perai Capt Empire Fesyen/Pakaian Pn. Hasmiza Bt Taib 011-6330 5151
Tempat Ke-3

RM10,000 Wang tunai, Trofi & Sijil

Politeknik Merlimau JS Florist Enterprise Perkhidmatan/Hadiah & Cenderahati Pn.Rusmaimi Binti Ramly 013-508 8013
CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k