PROMOSI MENARIK KFC & PIZZA HUT SEMPENA SAMBUTAN 65 TAHUN MERDEKA

Set-set menarik yang ditawarkan sempena sambutan kemerdekaan ke-65

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2022 – KFC dan Pizza Hut Malaysia telah melancarkan promosi istimewa bagi memperingati ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65, dengan tawaran RM6.50.

Dengan harga RM6.50, KFC menyediakan tiga pilihan berbeza: Set A, yang menawarkan seketul ayam KFC dengan Sos Jalapeno; Set B, seketul ayam dengan kentang putar; dan Set C, seketul ayam dengan Nasi Kolonel.

Pizza Hut dengan menu yang sangat menyelerakan

Pencinta pizza kini boleh menikmati piza bersaiz personal dan minuman berkarbonat di Pizza Hut pada kos serendah RM6.50, atau mereka boleh memilih untuk menambah (add-on) Hut’s Chocolate Lava cake pada harga RM6.50 (sah dengan sebarang pembelian). Tawaran ini bermula pada 22 Ogos dan berlangsung hingga 30 Ogos 2022.

“Selaku jenama yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah panjang Malaysia, KFC berbesar hati untuk meraikan kejayaan ini bersama rakyat Malaysia dan kami berharap tawaran ini akan menambah keceriaan kepada pelanggan kami”, kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran, KFC Malaysia.

“Pizza Hut sinonim dengan detik istimewa dan Hari Merdeka adalah hari istimewa yang sentiasa dekat di hati kita semua. Kami berharap dapat menjadikan sambutan kemerdekaan tahun ini lebih ceria disamping keluarga, oleh itu kami berbesar hati untuk menawarkan promosi ini”, kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my dan www.pizzahut.com.my

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k