PUSINGAN 360° MMA KE LAKON LAYAR

 

Lisa (Erne Marina Ainalisa Mohd Noer) yang pernah bertanding dalam seni mempertahankan diri campuran sedia mengambil peluang dan melakukan pusingan 180 darjah demi memenuhi hasrat bapanya untuk bergelar pelakon. Sesuai dengan ketabahannya, Lisa memutuskan untuk menjadi pelakon aksi yang serba boleh.

Sebelum memasuki FIT FOR ACTION, Lisa merupakan seorang atlet MMA. Pernah memasuki pertandingan sukan bina badan di Singapura dan Indonesia sehingga memenangi Champion of Champion pada tahun 2017 dan 2019. Namun, kini Lisa beralih ke dunia lakonan atas permintaan bapanya. Menurut Lisa, “Berlakon ini pada mulanya bukan impian saya, saya memasuki FIT FOR ACTION atas permintaan bapa saya yang ingin melihat saya sebagai seorang pelakon terutama dalam genre aksi. Alhamdulillah saya berjaya di pusingan uji bakat dan ke peringkat seterusnya, saya menganggap ini sebagai satu rezeki.”

“Saya suka menerokai untuk lebih mengetahui diri saya, selain daripada melakukan aktiviti lasak seperti menunggang motor, aktiviti paranormal dan fitness, berlakon bagi saya adalah sesuatu yang saya perlu cuba untuk mengenal diri saya lagi. Dengan mempunyai sedikit pengetahuan MMA saya ingin menjadi seorang pelakon aksi kerana pelakon aksi wanita di Malaysia sangat sedikit,” tambah Lisa.

Bagi Lisa, jika diberi peluang untuk melakonkan watak perempuan ayu, dia sanggup untuk menggalaskan tanggungjawab yang diberi oleh pengarah, kerana dia percaya mereka lebih tahu siapa yang sesuai dengan watak itu dan sudah menjadi keinginan seorang pelakon untuk menjadi pelakon yang verstail dan  boleh melakukan pelbagai genre watak bukan sahaja aksi.

Bolehkah Lisa mengalahkan peserta lain dan menjadi juara FIT FOR ACTION? Jangan terlepas untuk menonton FIT FOR ACTION, pada setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam dan gunakan pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k