Rahmah Madani memperkenalkan pilihan sarapan bufet baru ke Malaysia. Datang dan nikmati hidangan yang sedap!
Menu RAHMAH telah diperkenalkan oleh usahawan inovatif dalam industri makanan dan minuman, yang menyediakan pilihan baru untuk diterokai kepada pelanggan. Bufet kini menyajikan Menu RAHMAH, termasuk RAHMAH Buffet Breakfast dengan harga RM10.60, yang tersedia untuk semua pelanggan yang mengunjungi Ocean Coffee House di Hotel Putra Brasmana. Pelbagai pilihan menu ditawarkan, memastikan ada sesuatu untuk semua orang. Hotel Putra Brasmana dengan bangga menjadi hotel pertama di Malaysia yang menawarkan Sarapan Menu Buffet RAHMAH. Jadi, datang dan nikmati sarapan di sini, dan rasakan sensasi masakan yang unik seperti yang lain!
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengalukan-alukan apa jua idea kreatif dan inovatif dari peniaga untuk memberi pilihan kepada pelanggannya pada harga yang berpatutan dan kualiti yang terjamin.
Dengan penawaran baru ini, pelanggan dapat menikmati satu hidangan seimbang yang sangat berpatutan ini dan sekaligus dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua pengusaha makanan dan minuman yang bersemangat menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan Menu RAHMAH kepada rakyat secara sukarela. YAB Perdana Menteri baharu-baharu ini telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi diskaun khas kepada pengusaha Menu RAHMAH bagi mendapatkan barangan mentah di pasaraya terpilih bagi memastikan kelestarian inisiatif ini.
KPDN juga telah pun membangunkan portal yang memaparkan senarai pengusaha Menu RAHMAH berserta lokasi sebagai usaha membantu mempromosikan premis yang menawarkan Menu RAHMAH. Sehingga 9 Mei 2023, sejumlah 1,706 premis telah berdaftar di Direktori Menu RAHMAH.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my
YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Saleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kuala Perlis, 10 Mei 2023