RAIKAN RAYA KALI INI DENGAN ‘ALL OUT’

Semenjak dua tahun lalu, dimana negara kita melalui fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai aktiviti ditangguhkan dan ada juga aktiviti tidak dapat dijalankan.

Kemeriahan untuk menyambut syawal juga agak sedikit suram kerana terpaksa menyambut sambutan hari raya Aidilfitri dalam fasa PKP. Tidak dibenarkan merentas negeri dan aktiviti ziarah menziarahi juga tidak dapat dilakukan. Hanya mampu untuk sambut dirumah masing-masing bagi mengelakkan penularan covid-19.

Kenangan berada di atas jalan raya berjam-jam untuk pulang ke kampung halaman, kanak-kanak bermain bunga api dan mercun, aktiviti memasang pelita dan menziarah dari rumah ke rumah antara aktiviti yang pastinya menggamit memori.

Biarpun begitu, tahun ini diharapkan agar kita dapat menyambut raya dengan serba meriah dan meneruskan tradisi sedia ada dengan seisi keluarga. Bayangkan suasana pada hari raya sudah cukup untuk membuat kanak-kanak teruja dan tidak sabar untuk menyambut hari raya begitu juga dengan orang dewasa.

Dengan itu, syarikat rakaman Universal Music Malaysia bakal melancarkan lagu raya nyanyian barisan artis ternama dengan bagi menghidupkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri 2022.

Menampilkan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Yonnyboii, Dolla, Kmy Kmo, Luca Sickta, Sophia Liana dan Hannah Delisha.

Menurut Anne Mukhtar, Pengurus promosi dan pemasaran Universal Music Malaysia berkata, penerbitan lagu raya itu bagi mengembalikan semula ‘mood’ selepas dua tahun hanya beraya di rumah.

“Tahun ini pihak Universaal Music Malaysia ingin mewarnai kemeriahan hari raya dengan memberi ‘mood’ raya selepas dua tahun kita berada dalam fasa PKP dan tidak dapat pulang beraya ke kampung halaman.”

Tambah beliau lagi, “kemeriahan ini kita kena rasai seperti dulu lagi. Jadi, kami di Universal Music menyajikan lagu-lagu raya yang baharu dan menarik untuk menemani anda sepanjang jalan balik ke kampung dan memeriahkan suasana raya anda di kampung.”

Selepas dua tahun tidak menyambut hari raya dalam suasana meriah, apa salahnya kalua raya tahun ini kita ‘all out’ sikit.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k