RATU TEN PIN KEMBALI DENGAN KISAH RATU BOLING NEGARA, SHALIN ZULKIFLI

Astro Ria membawa drama bersiri ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ yang merupakan sambungan kepada siri ‘Ratu Ten Pin’ hasil terbitan JS Pictures Sdn Bhd. Penceritaan menerusi 20 episod ini diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli termasuk bibit-bibit permulaan dirinya berkecimpung dan menyertai pasukan boling negara.

Menerusi musim kedua, Mem Maria menjemput Shalin menyertai pasukan boling negara kerana kagum melihat kebolehannya. Setelah melihat kebolehan ahli baharu pasukan negara itu, Norma dan Sandra mula mencemburui kebolehan Shalin dan berpura-pura berbaik dengannya. Mereka berhasrat untuk menjatuhkan Shalin kerana merasakan diri mereka terancam dengan kehadirannya. Penonton juga akan dapat menyaksikan bagaimana hubungan Shalin dan Azidi bermula hingga akhirnya membawa ke jinjang pelamin.

Drama yang berunsurkan genre sukan ini mengangkat barisan pelakon popular seperti Jasmine Suraya, Yusuf Bahrin, Elisya Sandha, Nazim Othman dan Sheila Rusly.

Norma, Reez, Sandra dan Suzana kini telah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun, Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut. Walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi, Reez tetap memilih untuk mengutamakan masanya bersama dengan keluarga setelah persengketaan dengan bapanya menjadi baik untuk menguruskan legasi bisnes keluarganya.

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Maria, jurulatih pasukan tersebut mengambil Shalin sebagai pemain baharu untuk mencukupkan bilangan pemainnya. Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan boling tetapi tidak pernah berjumpa dengannya. Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara dan menganggap dirinya sebagai Ratu Ten Pin berasa terancam dengan kehadiran Shalin. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukannya.

‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 11 Julai 2022 secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k