RAYA BERGAYA DENGAN BUSANA BAJU MELAYU ‘ELRAH EXCLUSIVE’

 

Perasmian ELRAH EXCLUSIVE, iaitu sebuah butik busana baju Melayu ternama ini telah diadakan di ‘Shoppes at Four Seasons Place’ di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Perasmian ini menandakan bermulanya era baharu bagi Elrah yang memperkenalkan pelbagai jenis baju Melayu elegan, direka khas untuk perayaan Aidilfitri 2024 yang bakal dinanti-nantikan tidak lama lagi. Elrah bertapak selama lebih sedekad di pasaran Malaysia dan Thailand secara konsisten, dan mampu memukau pelanggannya dengan pilihan lebih dari 100 warna yang dipamerkan dalam koleksi terbaru mereka.

Rekaan baju Elrah Exclusive yang terkenal dengan potongan segak bersama butang unik dan aksesori lainnya bakal tampil lebih mewah dari segi kemasannya di koleksi raya tahun ini. Koleksi baju melayu Elrah 2024 menggunakan bahan ‘abloh crepe‘ berkualiti tinggi, dan menawarkan kekentalan elegan dengan struktur yang sempurna apabila dipakai. Saiz yang ditawarkan pula bermula dari XXS hingga XXL sesuai untuk semua peringkat umur.

Harga bagi sepasang baju melayu Elrah adalah mampu milik bermula dari RM99 sehingga ke RM199. Di antara ciri-ciri istimewa pada rekaan baju melayu Elrah adalah kerana potongan slim fit dengan zip sisi kiri-paduan tradisi dan tren, mencipta penampilan yang menawan serta aksesori ekslusif percuma seperti pin rantai logo, butang octagon, sapu tangan percuma berserta kotak ekslusif.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh pengasas Elrah Exclusive serta duta rasmi jenama Elrah iaitu Tn. El Azman selaku pengasas Elrah Exclusive, serta Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairi selaku duta jenama ini. Butik ini telah dirasmikan pada 26th February 2024 pada jam 3.00 pm. Terdapat pelbagai koleksi pakaian yang dijual, antaranya seperti Baju Melayu Ultimate 2.0, Baju Melayu Luxe Teluk Belanga, Kurta Klasik Eksklusif, Jubah Eksklusif, koleksi pakaian kanak-kanak dan sampin Elrah.

Lokasi ini dipilih kerana ia berada di tengah ibu kota dan sekaligus dilihat sebagai lokasi yang paling strategik dan premium di dalam Four Seasons Place. Ia juga mengambil kira jumlah trafik dan tumpuan pembeli yang banyak, maka lokasi ini akan memudahkan pelanggan untuk mencari keperluan baju Melayu di tengah kota.

Butik ini mensasarkan golongan yang ingin merasakan suasana yang selesa dan mewah untuk pelanggan setia Elrah Exclusive dengan harga yang mampu milik. Bagi sebarang keterangan atau pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi Amirun Nazreen di talian 017-2413839, Pegawai Operasi Elrah Exclusive Shoppes at Four Seasons Place.

 

 

 

CATEGORIES
TAGS
Share This