RISDA SEDIA INISIATIF PROGRAM AGROMAKANAN ATASI KEKURANGAN BEKALAN MAKANAN

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan sejumlah RM 20 juta melalui inisiatif Program Agromakanan untuk menyokong dan memenuhi dasar keperluan agromakanan negara sekaligus menjamin bekalan makanan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

KPLB juga berharap dapat menggalakkan pekebun kecil mencari sumber pendapatan tambahan dan meminimumkan jumlah pergantungan mereka kepada getah melalui peruntukan ini.

Menerusi peruntukan ini, KPLB turut berhasrat menggalakkan pekebun kecil untuk meneroka sumber baru bagi meningkatkan pendapatan serta mengurangkan kebergantungan sepenuhnya pendapatan dari sumber getah.

Tanaman jagung sedang dilaksanakan di Negeri Perlis yang melibatkan 750 000 pokok debgab kawasan penanaman seluas 15 hektar bermula Februari tahun 2022. Pengurusan RISDA Agro Sdn. Bhd. (RASB) adalah sebanyak 82 200kg jagung bijian akan dituai pada bulan julai.

Program Agro makanan RISDA tahun ini membabitkan 1,000 peserta di seluruh negara dengan jumlah maksimum bantuan RM 20,000 bagi setiap peserta. Peserta boleh memilih untuk melaksanakan tiga skop projek iaitu Tanaman Jangka Pendek, Tanaman Jangka atau Aktiviti Ternakan. Program boleh dimajukan secara berkumpulan melibatkan kerjasama Koperasi Pekebun Kecil dan syarikat di bawah Kumpulan RISDA Holdings

Bagi memberikan pulangan yang tinggi kepada peserta dengan melihat kepada permintaan pasaran, penanaman tanaman jangka pendek ketika ini seperti cili, halia, sayuran hijau dan ternakan kepada pengeluaran daging lembu segar menjadi fokus utama RISDA dan KPLB.

Kerjasama RISDA bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta agensi seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, FAMA, MARDI akan memastikan pelaksanaan Program Agromakanan ini selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).

CATEGORIES
Share This