Riuh Raya Digital Bersama Dapur Panas, TV3 & Alternate Records

Riuh Raya Digital Bersama Dapur Panas, TV3 & Alternate Records

Majlis Hari Raya Dapur Panas Digital anjuran TV3 dan Alternate Records berlangsung dengan penuh meriah di Balai Berita, Bangsar. Acara ini turut disokong padu oleh F&N selaku penaja utama dan Pepper Labs sebagai rakan kolaborasi, sekaligus menyatukan pelbagai pihak termasuk barisan pengurusan Media Prima, wakil F&N, Pepper Labs, pasukan Dapur Digital serta para artis di bawah label Alternate Records.

Suasana majlis diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada barisan artis muda berbakat seperti Marygrace, Kai Deva, Mariam dan Zazzleen. Persembahan memukau turut disampaikan oleh Ameerais, Suara, Zizi Safira dan Wanie Ooi, yang berjaya memikat hati para tetamu. Kehadiran selebriti Media Prima seperti Mior Malek Raiyani, Amirulhakim Lokman, Fariha Onn, Fiza Sabjahan, Fatin Hamimah, Rena Hazrena, Fahmi Izzudin dan Asrulnizam Kadir turut memeriahkan suasana.

Antara detik yang mencuri tumpuan ialah demonstrasi penyediaan teh tarik oleh Puan Masri Binti Md Husin dari Dapur Digital Kerinchi. Menggunakan produk F&N, demonstrasi tersebut bukan sahaja menarik perhatian, malah mewujudkan suasana interaktif yang mesra dan penuh nostalgia.

Sajian istimewa turut menjadi daya tarikan utama majlis. Dihidangkan oleh pasukan Dapur Digital Kerinchi, tetamu menikmati pelbagai juadah raya seperti nasi tomato, mi kari, popia karbonara, puding karamel, agar-agar sirap, sirap bandung dan teh tarik – semuanya menggunakan produk F&N termasuk Krimer Manis dengan Kalsium dan Krimer Sejat Penuh Krim Ideal. Minuman 100PLUS ACTIVE dan 100PLUS ZERO turut disajikan, memberi sentuhan menyegarkan di hari yang penuh keceriaan ini.

Majlis ini juga menandakan penutup rasmi kepada kempen Dapur Panas Digital, sebuah inisiatif TV3 dan Pepper Labs yang mendapat sokongan penuh daripada F&N. Program ini memberi tumpuan kepada pemerkasaan wanita komuniti B40, khususnya para usahawan dari Projek Perumahan Rakyat (PPR). Sepanjang Ramadan lalu, mereka diberi peluang untuk berniaga di bazar-bazar terpilih sekitar Kuala Lumpur, termasuk di Kg Baru, Bangsar Baru dan Wangsa Maju.

Setiap hidangan yang dijual menggunakan produk F&N sebagai bahan utama, manakala 100PLUS ACTIVE dan 100PLUS ZERO menjadi minuman rasmi kempen. Suasana di tapak bazar turut diserikan dengan kehadiran selebriti Media Prima seperti Fiza Sabjahan, Rena Hazrena, Fatin Hamimah, Nurin Ramzyn, Fariha Onn dan Nabilah Wazer, yang memberi sokongan dan semangat kepada para usahawan.

Bagi yang ingin mengikuti kisah inspirasi para wanita hebat Dapur Panas Digital, anda boleh menonton kandungan digital di media sosial rasmi TV3. Jangan lupa juga untuk saksikan segmen khas Dapur Panas Digital dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) pada Isnin, 28 April 2025.

CATEGORIES
TAGS
Share This