River Of Life Fun Run 2023 (ROLFR23) Melangkah di Arus Kehidupan – Bersama Impian yang Menghidupkan

KUALA LUMPUR, 17 SEPTEMBER 2023 – Setiap insan memerlukan bekalan air yang tidak hanya bersih, tetapi berkualiti tinggi – titik mula kepada kesihatan dan kesejahteraan. Kunci kepada keseimbangan ini bermula dari sumber air yang asli dan terpelihara dengan baik, dengan sungai menjadi satu daripada sumber utama. Ini adalah tugas bersama untuk memelihara dan melindungi sungai daripada pencemaran, menjadikan kita penjaga kelestarian alam.

Selain memastikan kebersihan air, keindahan alami sungai juga perlu dijaga dengan penuh kasih sayang. Sungai yang indah bukan hanya memberi kehidupan kepada haiwan dan tumbuhan, tetapi juga memberi ketenangan dan kecantikan kepada manusia. Ia adalah simbol kehidupan dan penyubur semangat kita.

Selain air yang bersih, amalan gaya hidup yang sihat juga menjadi penyumbang utama kepada kesihatan. Menyedari kepentingannya, Zamara Biz dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia berganding bahu menganjurkan River OF Life Fun Run 2023(ROLFR23).

Selari dengan matlamat untuk memperkukuhkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, penganjuran ROLFR23 dapat menjadi platform membina perpaduan dan persefahaman bagi mencapai tujuan tersebut. Adalah menjadi aspirasi penganjur, dijangka 500 perserta dan pengunjung yang mengambil bahagian dapat berkongsi pengalaman dan informasi melalui platform media sosial sebagai satu usaha berterusan memperkasa tanggungjawab sosial dan akauntabiliti dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Jarak larian 6.5 kilometer yang ditetapkan penganjur cukup bersesusaian untuk merangsang sistem tubuh badan bagi tujuan mengekalkan kesihatan dan kesegaran. Turut berlangsung, acara KL Car Free Morning’ yang bermula dari jam 7:00 pagi to 9:00 pagi di sekitar ibu kota. Ini juga merupakan satu lagi usaha pihak penganjur untuk memastikan udara bersih dan segar serta pelatih tingkah laku berjalan kaki sebagai satu usaha yang boleh di jadikan amalan.

Dalam pada itu, satu pameran turut dianjurkan oleh pihak penganjur bagi menyampaikan informasi-informasi yang berkaitan. Inisiatif tambahan ini dilakukan bagi mempengaruhi emosi dan tingkah laku bukan sahaja peserta, malah semua yang hadir untuk mendalami keperluan dan kepentingan sungai sebagai satu ekosistem yang perlu diberikan penjagaan yang lebih sempurna sebagai satu keterjaminan kesejahteraan, keselamatan, ketenangan dan kesihatan.

Menerusi satu kempen “Impian Kita bersama”, keterlibatan, sumbangan dan komunikasi diantara pelbagai pihak amat penting dalam memastikan kelestarian sungai di Kuala Lumpur sentiasa terpelihara.

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k