RIZMAN RUZAINI Lancarkan RR Mono Scarves Di Bukit Bintang KL

Jenama Rizman Ruzaini (RR) telah berkembang dengan pesat dalam bidang rekaan fesyen selama 17 tahun dan tidak asing lagi dalam kalangan pencinta fesyen tanah air.  Memulakan empayar perniagaan ini dengan bakat yang dimiliki, kini dua rakan baik, Rizman dan Ruzaini bangga bukan sahaja menjadi pereka fesyen tetapi juga usahawan berjaya. Menambah nilai dalam usaha yang mereka tunjuk kini, hampir dua dekad jenama itu turut menjadi kebanggaan ramai, bukan sahaja dalam industri kreatif malah di pasaran antarabangsa apabila hasil kerja dua anak tempatan ini memulakan bidang produk kecantikan. Jika jenama itu semakin hampir dengan rekaan dan busana pengantin eksklusif untuk selebriti, kini RR tidak hanya memfokuskan kepada golongan tertentu.

Untuk memastikan RR ini menjadi pilihan yang terkenal, salah satu fokus utama dari jenama ini juga adalah mensasarkan rekaan fesyen ready-to-wear kepada semua golongan di Malaysia. Dari permaisuri ke selebriti ternama hinggalah ke guru sekolah, semua kini dapat bergaya di dalam busana RR.

Selain pakaian, salah satu rekaan RR juga mendapat perhatian, iaitu koleksi tudung eksklusif yang menjadi kegilaan penggemar jenama RR kini. Konsisten dengan ketepatan setiap gaya, koleksi Mono Scarves ternyata menjadi salah satu yang paling dekat dengan penggemar mereka.  Diperkenalkan setahun yang lalu pada tahun 2021, Mono Scarves akan tetap menjadi pilihan wanita yang suka menggayakan dengan tudung tersebut.

Melihat sambutan yang diterima Mono Scarves ini sebagai sesuatu yang diluar jangkaan, bagi Rizman dan Ruzaini, menjadi impian mereka untuk meraikan sokongan peminat koleksi ini dengan cara tersendiri.

Bersempena meraikan ulang tahun pertama RR Mono Scarves, tujuh selebriti dilantik menjadi “muse” bagi koleksi tudung ini. Ternyata antara strategi di sebalik pembabitan Ziana Zain, Izara Aishah, Aina Abdul, Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman, Nurida Suraya adalah sebagai satu lagi cara untuk memastikan koleksi tudung Mono Scarves yang mempunyai 44 jenis warna berbeza ini terus menjadi pilihan.

Sementara itu pada majlis sambutan ini juga turut RR mengumumkan pemenang Face of RR Hijab yang akan turut membawa pulang wang tunai beserta kontrak bersama jenama RR bernilai RM10,000. Sekaligus memberi peluang kepada pemenang pencarian yang julung kali diadakan ini untuk bersama-sama menjadi wajah eksklusif produk RR.

Mensasarkan jualan RM 10 Juta setiap bulan, ketika ini RR turut memaksimumkan penggunaan pembelian melalui laman web rasmi mereka di WWW.RIZMANRUZAINI.MY yang dilihat menjadi akses mudah untuk semua pelanggan mereka mendapatkan produk RR. Jom Ruby kongsikan dengan anda apakah rangkaian produk Rizman Ruzaini. Ia bukan hanya pakaian sahaja tau! Are you ready? JOM!

CATEGORIES
Share This