SAJIAN FILEM-FILEM HEBAT MENERUSI TV3 CINEMA SETIAP JUMAAT, 10.00 MALAM

Untuk penonton setianya, TV3 sentiasa menyediakan kandungan teratas! Sehubungan itu, setiap Jumaat jam 10.00 malam, Pawagam TV3 akan mempersembahkan filem-filem asing yang menarik dalam genre romantik, seram, aksi dan komedi.

Nantikan filem-filem yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat antarabangsa seperti Priyanka Chopra, Salman Khan, Ranveer Singh, Angga Yunanda, Isel Fricella, Nadya Arina, Raymond Wong, Loletta Lee dan ramai lagi.

Tidak sah sambutan setiap perayaan tanpa tayangan filem-filem yang hebat. Bersempena dengan sambutan Hari Deepavali tahun ini, penonton TV3 akan disajikan dengan filem epik Bollywood yang berjudul Bajirao Mastani pada 28 Oktober 2022 ini. Filem yang telah meraih pelbagai anugerah antarabangsa ini mengisahkan tentang cinta tiga segi antara Perdana Menteri dari empayar Maratha di kurun 17, iaitu Bajirao (Ranveer Singh), isteri pertama Kashibai (Priyanka Chopra) dan isteri kedua Mastani (Deepika Padukone). Mastani seorang wanita cantik dan cekal, sentiasa menyertai peperangan yang dipimpin oleh suaminya. Kelebihan yang dimiliki Mastani membuatkan Bajirao memberikan lebih perhatian kepada Mastani dan telah menimbulkan perasaan iri hati Kashibai.

Berita baik juga buat penonton yang meminati filem genre seram! Kini, anda boleh menerokai pengalaman seram yang baharu menerusi TV3 Cinema sepanjang November ini. Dua filem seram antarabangsa akan disiarkan iaitu Tabu: Mengusik Gerbang Iblis dan Pocong The Origin. Cerita seram dari negara jiran, Indonesia ini pasti akan membuatkan bulu roma anda meremang setiap hujung minggu anda pada pukul 10.00 malam hanya di TV3 Cinema.

Tabu: Mengusik Gerbang Iblis yang akan ditayangkan pada 4 November 2022 ini dilakonkan oleh Angga Yunanda, Isel Fricella, Rayn Wijaya, Elina Magdalena Joerg, Agatha Chelsea dan Bastian Steel. Ia mengisahkan tentang enam remaja secara tidak sengaja telah memasuki hutan terlarang di Leuweung Hejo. Setelah memasuki hutan tersebut, mereka melakukan satu kegiatan yang dipanggil tabu. Sejak itu, peristiwa aneh mula berlaku ke atas mereka. Diaz yang menghilang pada waktu kejadian, tiba-tiba muncul membawa seorang budak kecil misteri dan ini menambahkan lagi kejadian misteri yang tidak diingini. Mereka mula menyiasat tentang kejadian tersebut. Akhirnya terbongkar apabila perbuatan mereka sebenarnya telah membuka pintu gerbang iblis di Leuweung Hejo. Hanya ada satu cara sahaja untuk mengembalikan keadaan seperti sediakala iaitu budak kecil yang misteri itu.

Jangan lepaskan juga untuk menonton Pocong The Origin pada 11 November 2022 yang dibintangi oleh Nadya Arina, Izzati Khansa, Samuel Rizal, Della Dartyan, Surya Saputra & Tio Pakusadewo. Cerita ini mengisahkan seorang gadis muda, Sasthi menjalani hari-harinya dengan penuh tekanan dan pandangan miring dari penduduk sekitarnya kerana dia dianggap sebagai keturunan pengikut ilmu hitam. Suatu hari, Sasthi dapat tahu bahawa ayahnya, Ananta telah dihukum mati kerana merupakan pembunuh yang telah meragut banyak nyawa. Sebagai seorang anak tunggal, Sasthi harus membawa jenazah ayahnya ke kampung halaman iaitu di Jawa Barat. Hal ini menjadi lebih sulit kerana mereka diganggu oleh gangguan ghaib yang menghalang mereka sepanjang perjalanan.

Pengalaman anda bersama TV3 Cinema bakal diteruskan lagi dengan filem Hong Kong yang hebat iaitu The Happy Ghost pada 18 November 2022. Filem yang bertemakan komedi seram ini bakal menemani hujung minggu anda pada penghujung November ini. Filem ini dilakonkan oleh Raymond Wong, Bonnie Law, Loletta Lee, Sandby Lam dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tiga pelajar sekolah menengah, Bonnie, Juliet dan Venus yang bersama-sama pergi berkelah sebelum peperiksaan akhir mereka. Kemudian, mereka berlindung daripada ribut yang tiba-tiba datang di kuil yang terbiar itu. Bonnie mencari seutas tali dan membawanya pulang tanpa menyedari bahawa tali itu terletak jiwa seorang Cendekiawan, Stewart Pik yang gugur dari Dinasti Ching. Lantas, mereka mula bergantung kepada sihir untuk segala-galanya dan tanpa disedari perkara tersebut membawa mereka kepada pelbagai masalah.

Jangan lupa temu janji anda bersama TV3 Cinema pada setiap Jumaat, pada pukul 10.00 malam. Anda juga boleh strim secara langsung di www.tonton.com.my dan jangan lupa untuk ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k