Sajian Masakan Cina Autentik Sentuhan Khas Restoran InColonial

Restoran InColonial berhasrat untuk meninggalkan pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pelanggan apabila hadir untuk menjamu selera masakan Cina Muslim di restoran InColonial.

Restoran InColonial

Restoran InColonial amat menitikberatkan konsep santapan mewah dimana setiap pelanggan akan disajikan dengan suasana yang damai sambil dibuai perasaan penuh nostalgia pada era Kolonial.

Misi utama yang difokuskan oleh restoran InColonial adalah pelanggan mempunyai perasaan yang syahdu dan rindu untuk mengunjungi semula restoran Cina Muslim ini bagi mendapatkan lebih banyak hidangan dan layanan mesra oleh staf-staf restoran InColonial serta momen-momen indah yang mereka alami di retoran InColonial.

In Colonel Abalone Fried Rice

Kuew Tiao with Beef Hong Kong Style

Chicken Feet

Squid and Chicken Wing

Untuk memastikan pelanggan mendapatkan citarasa terbaik dan tulen bagi setiap hidangan popular masakan Cina Muslim, restoran InColonial sentiasa berusaha untuk menggunakan hanya bahan-bahan segar dan asli.

Variasi Menu DimSum

Custard Pao

BBQ Chicken Pao

Tambahan pula, Restoran InColonial adalah 100% milik orang Islam dan hanya menggunakan bahan-bahan Halal.  Restoran InColonial kini berada dalam proses permohonan Sijil Halal daripada JAKIM bagi membolehkan semua pelanggan dari pelbagai agama dan bangsa berpeluang menikmati pelbagai  masakan Cina Muslim terbaik yang ditawarkan tanpa sebarang kebimbangan.

Restoran InColonial amat berbesar hati untuk menerima kunjungan daripada anda dan akan menawarkan pengalaman santapan masakan Cina Muslim yang indah dan terbaik khususnya buat anda.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS