Sebuah Naskah Keluarga Penuh Dugaan, Dipenuhi Dengki Hingga ke Ilmu Hitam Menerusi ‘Cinta Hilang Kata’

‘Cinta Hilang Kata’ merupakan sebuah cerita berkaitan dengan perasaan cemburu, cinta yang tidak kesampaian, perkahwinan yang penuh pancaroba serta kesanggupan mengguna ilmu hitam dan santau untuk merealisasikan kehendak merupakan titik utama yang diketengahkan dalam penceritaan drama terkini Astro Prima.

Drama Terbaru Astro Prima ‘Cinta Hilang Kata’

Penceritaan ini mempunyai 40 episod yang mengisahkan Nurul Masmin yang menjadi seorang pengarang yang dikenali ramai Ketika di Universiti dengan sokongan teman lelakinya, Rain Akhtar.  Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila ibunya bertegas agar dia berkahwin dengan Amirul, anak kepada Jah Gayah iaitu seorang pengasuh, dengan pujukkannya.  Nurul mengikut Hasrat ibunya dan meneruskan perkahwinan itu, tanpa menyedari bahawa perkahwinan itu sebenarnya adalah sebuah penipuan Jah Gayah untuk mengambil kekayaan keluarganya.

Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintaynya pada ayah Nurul tidak berbalas. Perkahwinan kepada Nurul hanyalah pembukaan jalan kepada Jah Gayah untuk hidup dalam kemewahan semata-mata. Sepanjang perkahwinannya, nurul tidak pernah berasa Bahagia kerana semua yang dilakukan adalah untuk menjaga hati ibunya sahaja.

Setelah kematian ibunya, nurul tekad untuk bercerai. Tindakkannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul pula menderita akibat terkena sihir yang dilakukan oleh ibu Sabirah, rakan sekerjanya yang cemburu dengan kehidupannya. Mujur nurul mempunyai rakan baik seperti ezra, wanie dan deena yang sentiasa ada disisinya.

Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma denga napa yang pernah berlaku dan dia juga tidak mahu digelar perampas. Bolehkan nurul masmin mencari cinta semula? Adakah kehidupannya akan menjadi Bahagia?

Drama ini juga menyelit isu-isu kekeluargaan yang hancur serta perampasan harta benda yakni menceritakan realiti sesetengah masyarakat. Heroin muda Sophia Albarakbah serta pelakon berpengalaman seperti Shah Jaszle sebagai hero dalam drama ini. Iqram Dinzly membawakan watak antagonis utama dalam drama Astro Prima.

Drama ‘Cinta Hilang Kata’ merupakan arahan sutradara yang disegani ramai, Kyoll Hamzah dan turut didukung oleh barisan pelakon yang hebat seperti Liza Abdullah, Nelissa Nizam serta Hariz Hamdan.

‘Cinta Hilang Kata’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 18 Julai 2022 secara ekslusif di SLOT Tiara melalui Astro Prima (105) serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di Astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k