SEMARAK UNITI KELUARGA MALAYSIA MERAKYATKAN PERPADUAN

Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Kota Tinggi telah dilancarkan oleh YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara, di Dataran Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Ini merupakan lokasi kedua di peringkat Parlimen selepas yang pertama diadakan di Parlimen Jempol pada 4 Jun 2022. Program ini menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik yang menjadi tapak integrasi dalam membina kebersamaan dan menyemarakkan semangat muhibbah di kalangan warga Kota Tinggi.

Program yang bertemakan ‘Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia” ini berpaksikan 3 teras Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran yang menjadi ciri asas mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Bersempena program ini, YB Menteri Perpaduan Negara turut menyampaikan:

  1. 400 kotak RT Cares kepada penerima melalui program Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia;
  2. Geran Pelaksanaan Program UNITI Siswa bernilai RM5,000 kepada empat (4) Sekretariat Rukun Negara (SRN) iaitu SRN Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, SRN Universiti Teknologi Malaysia, Johor, SRN Politeknik Metro Johor Bahru dan SRN UiTM Cawangan Johor;
  3. III. Cek faedah PERKESO kepada lima (5) penerima Pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) dan penerima Pencen Penakat;
  4. Penyerahan Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 kepada pemimpin komuniti setempat; dan
  5. Lawatan ke rumah dan menyampaikan cek faedah PERKESO kepada 3 (tiga) penerima Pencen Faedah Huk, Ilat dan Alat Pemulihan;

Turut menghadirkan diri pada program ini ialah YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Tuan Muszaide bin Makmor, ADUN Tanjung Sedili, YB Cik Norlizah binti Noh, ADUN Johor Lama, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBhg. Dato’ Hajah Norison binti Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

YB Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada semua atas gabungan tenaga menjadikan pengisian program ini padat, mantap dan terbaik merangkumi pelbagai kumpulan sasar.

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k