SINGLE SULUNG EMEER BAKRI, FANTASIA

Namanya mungkin samar-samar diingati di kalangan penggemar muzik tanah air, Emeer Bakri merupakan artis terbaharu naungan Armani Entertainment Group (AEG). Perjalanan seninya telah pun bermula hamper 2 dekat lamanya.

Mula menyanyi pada usia 10 tahun dengan menyertai pelbagai pertandingan karaoke di sekitar Pahang. Kini di usia 27 tahun, Emeer tampil dengan single pertamanya berjudul Fantasia, sekaligus kembali mewarnai industri muzik tanah air setelah lama menyepi.

“Alhamdulillah dan terima kasih di atas peluang yang diberikan oleh pihak pengurusan AEG, terutamanya kepada Dato’ KK Chua serta Puan Zeileen Yusnita kerana mempercayai bakat saya sehingga ditawarkan kontrak rakaman bersama mereka.” Kata penyanyi muda itu.

Menurut Dato’ KK Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Armani Media, “Emeer merupakan naib juara ‘The Audition’, sudah pastinya kami di AEG percaya dengan bakat nyanyian yang dimilikinya. Mungkin dahulu, bakatnya kurang menyinar kerana tidak diberikan peluang yang sewajarnya, dan di AEG kami percaya jika bakat itu digilap dengan baik, pasti bintangnya akan menyinar suatu hari nanti. Semoga Fantasia dapat melonjakkan lagi nama Emeer Bakri sehingga dikenali ramai.”

Selain menyanyi, Emeer juga merupakan Penerbit Muzik di AEG dan bertanggungjawab menghasilkan pelbagai konten berkaitan muzik.

Melalui lagu ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan John Jeeves ini mampu menonjolkan kemampuan vocal Emeer dalam menyampaikan sesebuah karya muzik.

Serentak dengan perlancaran single Fantasia nanti, sebuah muzik video (MV) turut dilancarkan dengan mengangkat tema science fiction, dan jalan ceritanya yang agak berlainan pasti membuat ramai penonton tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi.

“Menerusi MV Fantasia, saya merupakan anak Malaysia pertama yang ‘masuk’ ke dalam Black Hole dan kalau hendak tahu lebih lanjut kenalah tonton!” kongsi Emeer dalam nada teruja.

Fantasia juga merupakan runut bunyi (OST) bagi drama ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’ yang ditayangkan di Astro Ria bermula 1 Jun ini pada jam 10 malam di slot Mega Drama.

“Saya berharap agar lagu ini (Fantasia) dapat diterima oleh ke semua pendengar muzik tempatan, dan buat peminat semua jangan lupa untuk terus menyokongnya sehingga dikenali ramai. Saya juga berharap semoga lagu ini juga menjadi titik comeback bagi saya untuk terus menyinar dalam industri muzik tanah air.”

Lagu Fantasia boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBoxx, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga Youtube Music.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran rasmi Youtube Armani Entertainment.

 

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k