SITI HARIESA DIANGKAT SEBAGAI WATAK UTAMA SLOT AKASIA TV3

Pencarian cinta tidak semudah yang disangka, lebih-lebih lagi bagi Karina selepas dia cuba menafikan cinta yang tersemat di dalam hati. Keputusan untuk menafikan perasaannya telah menyebabkan Karina sengsara bersama seorang suami yang tidak mampu memberinya kebahagiaan yang dicari. Mampukah Karina bangkit untuk mencari kebahagiaan setelah apa yang berlaku?

Terbaharu di Slot Akasia, Rajuk Karina akan disiarkan bermula 10 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim eksklusif HD di www.tonton.com.my.

Drama bersiri 28 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diinspirasikan oleh novel bertajuk sama, Rajuk Karina oleh Sufea Hareez. Diarahkan oleh Harris Fadzillah dan penghasilan skrip oleh Rozie Rashid, Moonrahdin dan PGRS Team, drama Rajuk Karina ini menggandingkan pelakon popular seperti Siti Hariesa, Yusuf Bahrin, Nazim Othman, Puteri Aishah dan ramai lagi.

Karina (Siti Hariesa) dan Mizan (Yusuf Bahrin) adalah sepupu dan mereka tidak pernah berenggang. Begitu juga hubungan keluarga besar mereka seolah-olah tiada batas dua keluarga. Mizan juga melayan Karina seperti adik sendiri dan boleh dilihat kasih sayangnya pada Karina melebihi adik kandungnya. Namun, penerimaan Karina terhadap layanan Mizan itu tidak sama dengan apa yang dirasai oleh Mizan.

Saiful (Nazim Othman) pula adalah seorang pengajar di Kolej Kart’s yang merupakan milik keluarga Karina. Saiful sudah lama tertarik dengan Karina. Status mereka yang sejauh langit dan bumi itu membuatkan Saiful tercabar untuk memulakan langkah berkenalan dengan Karina.

Pada awalnya, Karina tidak menerima Saiful tetapi Saiful berjaya memikat hati Karina atas kesungguhannya. Tambahan pula, Karina kecewa dengan keputusan Mizan yang menolak cadangan Opah untuk menikahi Karina. Jadi, Karina tekad menerima lamaran Saiful dan melupakan tentang perasaannya terhadap Mizan.

Kehidupannya selepas bernikah dengan Saiful tidak seindah yang disangkakan. Sikap Saiful dan ibu mertuanya yang kejam dan menggunakan hartanya untuk berbelanja membuat Karina derita dan merindukan kehidupan asalnya. Kehadiran orang ketiga yang merancangkan kejatuhan rumahtangga Karina kemudian membuatkan dia tekad untuk bangkit melawan nasibnya.

Dapatkah Karina mempertahankan rumah tangganya? Bolehkah dia bangkit semula dan cari kebahagiaan yang diimpikan? Jangan ketinggalan untuk menonton Rajuk Karina menerusi slot Akasia mulai 10 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam atau strim eksklusif HD di www.tonton.com.my.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k