SITI SALEHA MELENGKAPKAN TRIO PEMERKASAAN WANITA DALAM ‘WOMEN TALK’

Program bual bicara TV3 yang menampilkan pengacara utama Deborah Henry dan pengacara bersama, Zoraya Vadillo bakal dilengkapi lagi dengan kehadiran pelakon drama terkenal Siti Saleha. Dengan kehadiran Siti Saleha, maka lengkaplah sudah trio pemerkasaan wanita dalam Women Talk. Program bual bicara ini mula bersiaran sejak 2 April lalu. Program ini membincangkan tentang isu-isu yang menjadi focus utama dalam kalangan wanita.

Perbincangan topik dan isu yang menarik untuk golongan wanita bersama tetamu dan ikon jemputan. Untuk makluman, tetamu yang dijemput adalah mereka yang berpengalaman dalam bidang berkaitan topik mingguan. Antara tetamu yang dijemput ialah pengarah pengurusan Chriszen Mandy Leong, Pengasas Pops Malaya Rose Yasmin Karim, selebriti terkenal Siu Lim, peguam Syariah perceraian Nursahila Ayub, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim, penasihat kewangan Brenda Yong, mangsa kebankrapan Soo Wincci dan juga ahli estetik dan doctor selebriti Dr Katalina.

Antara topik-topik penting yang telah dibincangkan dalam Women Talk ialah meraikan kemenangan wanita Malaysia bersama Datuk Nicol David dan wakil United Nations Datuk Noor Farida Ariffin, kerisauan berkaitan gangguan seksual bersama peguam kes gangguan seksual Datuk David Morals dan ahli pakar Anti-Gangguan, Buli dan Diskriminasi Emillia Sharff, soalan-soalan berkaitan wanita dan kanak-kanak dan program vaksinasi Covid-19 bersama Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Adeeba Kamaruzaman dan doctor terkenal sosial media Dr Malar Santhi dan pelbagai lagi topik menarik.

Women Talk boleh ditonton di www.tonton.com.my dan saluran rasmi TV3 di Youtube. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti media sosial rasmi TV3 di Facebook, Instagram dan Twitter.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k