SLANK MERAIKAN 4 DEKAD DENGAN KONSERT DI MALAYSIA
Acara Slank 4 Dekad akhirnya berlangsung pada 25 Disember selepas asalnya dijadualkan pada 19 November. Walaupun banyak lagi persembahan yang berlangsung di dalam dan sekitar Kuala Lumpur, virus Slank masih aktif.
Konsert anjuran TBRW Global Sdn Bhd yang di adakan di Zepp Kuala Lumpur itu adalah bersempena meraikan ulang tahun ke 40 penubuhan kumpulan rock yang menjadi ikonik di Indonesia. Bimbim (drum), Kaka (vokal), Ivanka (bass), Abdee (gitar), dan Ridho (gitar) masih kekal bersilaturrahim di bawah panji panji Slank.
“Kami merasa cukup terharu dengan sambutan yang diberikan oleh TBRW Global selaku penganjur dan peminat yang sentiasa mendokong muzik yang kami persembahkan, meskipun sudah acapkali kami manggung di Malaysia, kehadiran kami sentiasa mendapat kerjasama daripada peminat di sini”, ujar Slank yang ditemui sebelum konsert bermula. “Lebih istimewa ini merupakan kolaborasi pertama kami bersama Ratu Rock Malaysia, Ella. Meskipun bertemu secara kebetulan di mall dan itu adalah pertama kali kami menemuinya”, jelas Kaka selaku vokalis Slank.
Menerusi konsert 4 Dekad Slank yang berdurasi dua jam itu mereka telah tampil dengan dendangan lagu-lagu hits sepanjang 40 tahun dalam industri muzik. Memanaskan pentas dengan I Miss U But I Hate U, Gara Gara Kamu, Virus, Mars Slankers dan Mawar Merah.
Ternyata pemilihan lagu yang cukup dekat di hati para ‘Slankers’ di Malaysia. Virus lirik ciptaan Slank yang cukup mudah di hadam, disurami dengan melodi yang cukup indah pastinya memberi nilai tambah untuk para slankers turut bernyanyi bersama.
Kolaborasi Kaka dan Ella yang dilihat cukup intim menerusi lagu Pandangan Pertama pastinya mengundang cemburu slankers. Kredit harus diberikan atas kredibiliti serta komitmen yang jitu. Ella kemudiannya tampil solo menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Kesal.
Slank Nggak Ada Matinya, bukti ini di perkukuhkan dengan lontaran muzik mereka yang terus bergema di Zepp. Ku di Negeri Orang, Kirim Aku Bunga, Tong Kosong dan Bang Bang Tut. Slank bagai tiada lelah terus memberikan persembahan secara total.
Mengakhiri penyebaran virus, Slank tampil dengan lagu-lagu seperti Bimbim Jangan Menangis, Terlalu Manis, Kuil Cinta, Maafkan, Ku Tak Bisa, Orkes Sakit hati, Kamu Harus Pulang dan Ngeslank Rame Rame.
Penataan cahaya yang minimal di tambah dengan sistem bunyi yang cukup bersesuaian dengan halwa pendengar sudah cukup untuk menjadikan Konsert 4 Dekad Slank sesuatu yang harus di abadikan dalam kamus hidup slankers.
Untuk rekod, selain Malaysia Slank pernah beraksi di Jerman, Jepun, Korea Sealatan, Thailand, Filipina dan US.