Star Fitness International Yoga Day 2022

Centro Mall Klang merupakan lokasi program Star Fitness International Yoga Day 2022 telah diadakan anjuran pusat gim dan kecergasan Star Fitness pad 25 Jun 2022 yang dikendalikan oleh selebriti terkenal, Atilia Haron.  Seramai hampir 80 orang terdiri daripada ahli kelab Star Fitness dan orang awam telah menyertainya.

Sambutan Hari Yoga Sedunia 2022 merupakan objektif utama penganjuran Star Fitness International Yoga Day 2022 selain mempromosikan yoga sebagai salah satu senaman yang merangkumi kesihatan jiwa dan fizikal.  Encik Syed Shaddad selaku Pengarah Urusan Star Fitness berkata “ada pelbagai gaya dalam yoga yang mana ia mampu mendidik jiwa berada dalam keadaan positif sekaligus menjadikan diri dn tubuh anda lebih sihat”.

Untuk pengetahuan semua, perkataan yoga berasal daripada sanskrit kuno “Yuj” yang membawa maksud menyatukan, menyambungkan atau menggabungkan.  Yoga adalah sejenis senaman berasaskan tiga perkara iaitu pergerakan, pernafasan dan meditasi.  Yoga dapat membantu menangani stress, mengurangkan berat badan, meningkatkan kekuatan, kestabilan dan fleksibiliti termasuk tidur yang lebih berkualiti.

Star Fitness International Yoga Day 2022 berlangsung selama dua jam yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dan terbahagi kepada dua jenis bahagian yang berbeza iaitu Sesi 1 bersama Atilia Haron dan Sesi 2 bersama Harrison Jub.  Sesi tersebut dimeriahkan oleh kehadiran selebriti terkenal tanah air dan berpengaruh seperti Raden Zaharatul, Saidah Kamarudin, influencer Chan Khye serta finalis Mr World Malaysia 2022 iaitu El-Umar dan Jack Kho, Parvin, Zaim dan Raja Irshad.

Star Fitness telah ditubuhkan pada Mac 2020, yakin bahawa penganjuran program kesihatan seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan serta sentiasa berusaha memberikan pengalaman kecergasan berkualiti tinggi, terbaik dan menyeronokkan.

Star Fitness bakal membuka beberapa kelab baharu tidak lama sahaja lagi di Aeon Big Seberang Jaya, Prai Penang dan Aeon Big Bukit Minyak Pulau Pinang setelah empat buah kelab beroperasi di lokasi seperti Aeon Big Subang Jaya, Aeon Big Wangsa Maju, Viva Shopping Mall dan Centro Mall Klang.  Jenama Under Armour, Yogood, Gramps Asia dan AA Natural merupakan penaja Star Fitness International Yoga 2022 selain Star Fitness.

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k