Suki Low Muncul Dengan Single Terbaharu, NELANGSA

Penyanyi ini berjaya merangkul gelaran sebagai pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim ke-8, Suki Low Sook Yee atau lebih dikenali sebagai Suki Low kembali aktif didalam industri muzik tanah air menerusi Alternate Records & Talents dengan lagu solo berjudul ‘Nelangsa’. Tajuk ‘Nelangsa’ bermaksud sedih yang diambil daripada bahasa lama seberang oleh penulis liriknya iaitu Senna. Lagu unik ini merupakan hasil ciptaan komposer Farouk Roman dan lirik oleh Senna.

‘The Assistant’ merupakan sebuah filem aksi lasak arahan pengarah terkenal Adrian teh, lakonan Hairul Azreen dan Iedil Dzuhri yang bakal ditayangkan pada bulan Mei 2022 telah memilih ‘Nelangsa’ sebagai runut bunyi bagi filem “blockbuster” ini.

Menurut Suki Low, “Suki sangat bersyukur apabila diberikan peluang untuk menyanyikan lagu ini kerana ianya adalah lagu single pertama yang Suki rakam setelah lama tidak keluarkan lagu baru dan ini juga merupakan kali pertama Suki nyanyi untuk sebuah OST filem. Ketika diberikan lagu dan liriknya, Suki dengar dan Suki terus suka melodinya serta lirik dan perkataan yang digunakan itu membuatkan Suki jatuh cinta dengan keseluruhan lagu ini yang bersesuaian dengan filemnya.”

Single Nelangsa nyanyi Suki Low edaran Alternate Records kini boleh di dengari di semua saluran digital bermula 15 April 2022.

CATEGORIES
Share This