SYM Tuscany 150 Skuter yang Berkonsepkan Evergreen Dilancarkan Oleh SYM Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2023 – Dalam rangka KL Bike Show 2023 yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur dari 24 Ogos hingga 27 Ogos 2023, SYM Malaysia telah mengambil peluang emas untuk memperkenalkan SYM Tuscany 150 kepada umum. Model terbaru ini telah lama dinantikan oleh pencinta skuter klasik. Tuscany 150 merupakan satu lagi ciptaan yang memukau dengan paduan keanggunan dan prestasi yang hebat. Reka bentuknya memukau dengan penggabungan yang jelas antara elemen-elemen klasik dan moden. Spesifikasinya yang mencengangkan memberikan gambaran yang jelas tentang kemampuannya. Dengan gabungan elegan dan canggih yang tidak dapat disangkal, Tuscany dijangka akan memberikan pengalaman yang ditunggu-tunggu oleh peminat skuter.

Tuscany 150 ialah skuter yang menawan dan menyerlah dengan gabungan gaya dan prestasinya. Reka bentuknya sangat menarik dan jelas terlihat gabungan di antara klasik dan moden. Manakala spesifikasinya yang mengagumkan turut menjelaskan banyak tentang keupayaannya. Dengan gabungan elegan dan canggih, Tuscany semestinya menjanjikan pengalaman yang ditunggu-tunggu oleh para peminat skuter.

Dikuasakan oleh enjin jenis satu silinder 4-lejang, model Tuscany 150 memberi ketekalan dan prestasi yang luar biasa. Dengan sesaran 149.6cc, enjin ini menawarkan keseimbangan harmoni antara kuasa dan kecekapan bahan api. Prestasi ini dijelaskan lagi dengan kuasa maksimumnya sebanyak 8.5Kw pada 8000rpm, dan tork maksimum 11.4Nm pada 5,500rpm. SYM Tuscany 150 menawarkan pecutan yang seimbang dan prestasi tahan lama. Ia sesuai untuk penggunaan harian dalam bandar atau perjalanan jauh, menjadikannya pilihan serba boleh bagi pelbagai keadaan.

Kelebihan Tuscany 150 diperlihatkan lagi dengan menggunakan system kunci pintar pintar ataupun Smart Key System dengan penggera anti-kecurian. Sistem kunci pintar ini mudah digunakan untuk menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket anda yang pastinya lebih memudahkan.

Menunggang dengan SYM Tuscany 150 adalah lebih menyeronokkan dan selamat apabila skuter ini mempunyai lampu hadapan dan belakang yang menggunakan LED penuh untuk memberikan penglihatan yang lebih jelas. Selain itu juga, dengan paparan LCD digital penuh, ia dapat memberikan segala informasi tunggangan yang diperlukan oleh anda. Untuk kemudahan para penunggang juga, SYM Tuscany 150 dilengkapi dengan penyambung USB pengecasan pantas dimana anda boleh mengecas gajet anda tanpa gangguan.

Model terbaharu ini hadir dengan tiga warna pilihan iaitu Merah, Kelabu dan Putih dengan harga permulaan RM8,888.00 tidak termasuk insuran dan cukai jalan. Pembeli boleh mendapatkan model cilik ini di mana-mana pengedar sah SYM di seluruh Malaysia.

Dengan setiap pembelian mana-mana model Tuscany 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

CATEGORIES
TAGS
Share This