Tag: #Aina Abdul

  • Siri Konsert Aina Abdul: “AINA ABDUL IMAJI TOUR” Siap Menggegarkan Malaysia!

    imaji

    Penyanyi dan pencipta lagu terkenal, Aina Abdul, bakal kembali menggegarkan pentas dengan siri konsert jelajah yang dinantikan ramai, AINA ABDUL IMAJI TOUR.

    Menyusul kejayaan luar biasa album sulungnya, Imaji, yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu, Aina kini bersedia untuk membawa muziknya lebih dekat kepada peminat di seluruh Malaysia.

    Siri konsert ini akan berlangsung di tiga lokasi eksklusif, bermula di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 14 Disember 2024, sebelum menuju ke Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember 2024, dan diakhiri di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada 11 Januari 2025.

    AINA ABDUL IMAJI TOUR bukan sekadar persembahan biasa, tetapi satu perjalanan emosi yang mendalam. Setiap persembahan bakal membawa peminat menghayati jiwa dan perasaan di sebalik lagu-lagu dari album Imaji.

    Aina Abdul, yang terkenal dengan persembahannya yang penuh emosi dan suara yang memukau, berhasrat untuk memberikan pengalaman konsert yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

    “Saya mahu peminat benar-benar merasai setiap bait lagu yang saya sampaikan. Setiap lokasi yang dipilih mempunyai makna tersendiri, dan saya teruja untuk berjumpa dengan peminat dari pelbagai latar belakang,” kata Aina Abdul, penuh semangat.

    Keputusan Aina untuk menjelajah ke tiga negeri ini juga bukan kebetulan. Sarawak, Kuala Lumpur, dan Kedah dipilih dengan teliti bagi memastikan muziknya dapat dinikmati oleh peminat dari pelbagai pelusuk Malaysia.

    “Saya ingin membawa pengalaman muzik yang luar biasa ke luar Lembah Klang. Ini adalah peluang untuk saya berinteraksi dengan peminat dari luar bandar, termasuk golongan mahasiswa yang mungkin belum berpeluang menonton saya secara langsung sebelum ini,” tambah Aina.

    Jelajah ini juga memberi ruang kepada Aina untuk menampilkan sisi muziknya yang lebih kreatif dan inovatif, dengan susunan lagu-lagu Imaji yang segar dan berbeza.

    Konsert jelajah ini diadakan setahun selepas pelancaran Imaji untuk memberi masa kepada peminat mendalami dan mengenali setiap lagu dalam album tersebut.

    Lagu-lagu hits seperti “Sumpah”, “Jangan Mati Rasa Itu”, “Bilang”, dan “Puas Sudah” bakal diberi nafas baru dalam susunan muzik langsung, menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan.

    “Setahun adalah masa yang cukup untuk peminat memahami album ini, dan kini saya rasa tiba masanya untuk membawa lagu-lagu ini ke pentas dengan susunan yang lebih segar, lebih mendalam, dan lebih dekat di hati mereka,” jelas Aina lagi.

    Tiket untuk AINA ABDUL IMAJI TOUR akan mula dijual pada 10 September 2024 di www.ticket2u.com.my, dan dijangka mendapat sambutan hangat. Peminat disarankan untuk mendapatkan tiket secepat mungkin kerana kapasiti tempat duduk yang terhad di setiap lokasi.

    “Saya mahu pastikan setiap penonton pulang dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Setiap persembahan dirancang dengan penuh teliti dan setiap lagu akan dipersembahkan dengan jiwa yang mendalam. Ini bukan hanya sekadar konsert, ia adalah satu perjalanan muzik yang penuh emosi,” tambah Aina Abdul.

    Dengan persiapan rapi dan komitmen penuh, AINA ABDUL IMAJI TOUR dijangka menjadi salah satu konsert terbesar tahun ini. Bagi mereka yang telah lama menantikan persembahan langsung dari Aina Abdul, ini adalah peluang yang tidak harus dilepaskan.

    Aina Abdul kini bersedia untuk mencipta satu lagi sejarah dalam kariernya yang penuh inspirasi dan menjadikan siri jelajah ini sebagai satu pengalaman yang luar biasa untuk semua peminatnya di seluruh negara. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini!

  • Pengucapan yang Beremosi ‘Perjalanan Menuju Madinah’ Sebagai Pengormatan Terhadap Warisan Nabi Muhammad

    Baru saja meraih gelar Vokal Terbaik dan meraih tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-38, penyanyi berbakat Aina Abdul kini mempersembahkan sebuah karya spiritual yang berjudul ‘Eksplorasi Ke Nabawi’.

    Menariknya kali ini, lagu ini bukan ciptaan atau tulisan Aina sendiri tetapi ia dicipta oleh Anep Otwo, Alan Otwo dan FJ Muzik dengan lirik sentuhan FJ Muzik juga.

    Seperti judulnya, lagu serta penulisan karya ini mengangkat kisah perjuangan serta kehidupan tokoh junjungan besar umat Islam iaitu Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam. 

    “Untuk lagu ini saya Anep Monosterio dan Alan Monosterio merasakan sesuatu yang luar biasa dari segi penyampaian serta vokal Aina , ini kerana Aina mempunyai kebolehan menyampaikan lagu ini dengan penuh ikhlas sambil mampu menceritakan kisah di sebalik lirik tersebut. Aina seorang penyanyi yang sangat luar biasa dan semestinya kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi yang sememangnya sangat dikenali di Malaysia,” ujar Anep Otwo selaku salah seorang pencipta lagu ini.

    Malah, untuk menghasilkan karya ini, terdapat beberapa rujukan yang perlu dilakukan terlebih dahulu. 

    “Dari segi penulisan lagu ini, ia ditulis oleh saudara FJ Muzik dan semua ini datangnya dari hasil membaca kisah Rasulullah SAW, tapi dalam masa yang sama agak susah untuk kami singkatkan dan menjadikannya sebuah lirik yang lengkap dan mahu setiap patah kata dalam lirik ini menjadi padat serta pendengar dapat merasai kisah di dalam lirik ini. Moga lagu serta penulisan ini akan membuatkan kami serba sedikit tahu secara ringkas tentang perjalanan dan kehidupan Nabi Muhammad SAW,” tambah Anep lagi.

    Lagu ini juga ditampilkan dengan sebuah video muzik dan telah dilancarkan bersama pada 8 Mac 2024 jam 12 pagi waktu Malaysia.

    Kembara Nabawi’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

     

    Kredit:

    Artis: Aina Abdul

    Tajuk: Kembara Nabawi

    Produser: Anep Otwo (Asia Empire Records)

    Komposer: Anep Otwo, Alam Otwo & FJ Muzik

    Lirik: FJ Muzik

     

    TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT 

    Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga mencipta rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform dan model perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang berasas bagi meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai pencipta dan label rekod kami di sini.