Tag: AlhaAlfa

  • ‘CINTA AGUNG’ KOLABORASI ROMANTIS ANTARA DATO’ SRI ALHA ALFA DAN ZARA ZYA

    Sejak dilancarkan pada 28 Disember 2023, nukilan istimewa lagu ‘CINTA AGUNG’, hasil karya penyanyi-penulis lagu berbakat Yuka Kharisma, Senna, dan Daniesh Sufian, memukau pendengar dengan gandingan romantis antara usahawan produk kecantikan terkenal tanah air, Dato’ Sri Alha Alfa, dan pelakon terkenal Zara Zya.

    Ditanya mengenai perkembangan terkini tentang dirinya, Dato’ Sri Alha Alfa berkata, “Alhamdulillah diatas kelahiran single duet ini bersama Zara Zya, selain sedang sibuk dengan persiapan menjelang AJL38 (Anugerah Juara Lagu ke-38) tidak lama lagi, persiapan diri, termasuk juga pelancaran produk terbaharu jenama Alha Alfa.

    Single CINTA AGUNG yang dilancarkan kira-kira dua bulan lalu sudah pun memperoleh hampir 110,000 tontonan di YouTube, kongsi Dato’ Sri dalam nada penuh keterujaan, “Syukur diatas sambutan yang amat baik oleh pendengar, rata-rata memberikan komen yang positif kerana mereka sukakan karya daripada kami berdua yang bukannya dari kalangan penyanyi profesional tetapi saya yakin lagu ini mampu memberi ketenangan dan semangat buat halwa telinga orang yang mendengarnya.

    “Diantara komen yang saya terima adalah lagu ini memberi pengajaran serta semangat, terutama buat mereka yang berada dalam perhubungan untuk menyayangi serta mencintai seseorang bahawa tiada kesempurnaan dalam percintaan.

    Selain single, Dato’ Sri juga aktif menceburkan diri dalam bidang seni seperti nyanyian, sekadar ingin mencuba nasib, beliau sememangnya mempunyai bakat seni yang semula jadi, dan lagu ini mempunyai maksud yang istimewa buat dirinya sendiri, tambah Dato’ Sri lagi, “Dalam hidup pasti akan ada orang lain yang menyayangi kita dalam diam dan tiada cinta yang sempurna melainkan cinta yang Maha Agung.

    “Cinta saya kepada Zara Zya hanyalah sebagai sahabat baik kerana kami mengenali hati budi masing-masing selain menghargai bakat yang dikurniakan oleh Tuhan, lagu ini akan kami simpan sebagai kenangan untuk masa depan kami berdua, dan mungkin dengan cara ini kami lebih menghargai hubungan persaudaraan ini.

    Lagu ‘CINTA AGUNG’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala video muzik single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Alha Alfa.

    Akhiri Dato’ Sri: “Saya berharap agar lebih ramai yang mendengar dan menyokong lagu ini, semoga ia memberi impak yang baik pada diri, dan sentiasalah bersemangat untuk meneruskan kehidupan cinta kita semua.

  • Datuk Seri Alha Alfa Muncul Dengan Single Sulungnya Bersama Pelakon dan Penyanyi Zara Zya

    Dato’ Seri Alha Alfa, pengasas kosmetik terkenal, mengejutkan peminatnya dengan pengumuman istimewa, dia kini melancarkan single sulung bersama rakan baiknya, pelakon dan penyanyi tersohor, Zara Zya. Ini bukan sahaja sebagai perayaan persahabatan mereka yang kukuh, tetapi juga sebagai ungkapan rasa syukur atas sembilan tahun perjalanan bersama yang penuh makna.

    Sebagai pemula bicara “Syukur Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih buat kesemua rakan media dan teman-teman artis dan yang sudi hadir pada sidang media pada hari ini.

    “Selain giat menjalankan pelbagai aktiviti bersempena Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) sebagai penaja utama, ‘Title Sponsor’ bagi konsert Mahalini pada Februari tahun hadapan, ‘Year End Sale’, keluaran terbaharu Alha Alfa Cosmetics, saya juga teruja untuk membuat beberapa pengumuman istimewa buat semua.

    Gradient Lips Edition

    Produk Alha Alfa kini berada di awan biru melalui kolaborasi sulungnya bersama syarikat penerbangan Air Asia Shop melalui produk terbaharu iaitu Lip Matte Gradient Lips Edition.

    Malaysia Book of Records (MBR)

    ‘Jenama’ Alha Alfa Cosmetics turut melakar sejarah dengan mencatat rekod memasuki MBR sebagai Highest Latitude Cosmetic Demonstration (Demonstrasi Kosmetik Latitud Tertinggi), serta pemegang rekod bagi kategori ‘individu’, Yang Berbahagia Dato’ Sri Alha Alfa sendiri untuk gelaran yang sama, Highest Latitude Cosmetic Demonstration.

    Perfume Alha Alfa (AA) X Umie Aida

    Alha Alfa Cosmetics juga berbangga memperkenalkan keluaran terbaharu minyak wangi eksklusif bersama primadona filem Melayu, Datin Seri Umie Aida, Perfume AA X Umie Aida, dan juga rangkaian Perfume AA sendiri.

    Single ‘Cinta Agung’ feat. Zara Zya

    Mungkin ramai yang tidak sedar di luar sana, Dato’ Sri Alha Alfa mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan pernah menghasilkan single sebelum selain pernah berduet, katanya, “Idea disebalik penghasilan single ini timbul secara santai, secara jujurnya saya tidak mempunyai tujuan khusus untuk menghasilkan lagu ini. Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Zara Zya gemar berkaraoke, kami mempunyai beberapa kenalan rapat yang digelar ‘geng karaoke’, dan kebetulan juga, saya berkawan baik dengan Yuka Kharisma yang merupakan seorang penyanyi dan komposer terkenal. Pernah saya berseloroh meminta beliau menciptakan sebuah lagu dan tanpa diduga Yuka beritahu beliau telah menyiapkan sebuah single untuk saya, lantas saya terima pelawaan tersebut dan mengajak Zara Zya untuk berduet bersama. Hakikatnya lagu ini sudah pun dihasilkan hampir setahun yang lalu. Kini, tiba masa kami luncurkannya.

    Alha Alfa Cosmetics (AAC) Mendunia

    Keberadaan jenama AAC sudah pun menembusi pasaran antarabangsa, selain negara Singapura dan Brunei, produk AAC mempunyai peminat setianya di bumi Indonesia. “Berdasarkan DM (mesej terus) yang diterima, AAC mendapat tempat di hati pengguna Eropah dan Timur Tengah, mereka memuji kualiti produk kami malah meminta membuka cawangan di sana, tetapi pada tahun hadapan kami akan mula beroperasi secara rasmi di Indonesia.

    Diari Hati Dato’ Sri Alha Alfa

    Sebagai seorang usahawan kosmetik berjaya yang kini boleh dianggap sebagai selebriti, “Saya hanyalah seorang usahawan biasa dan masih banyak lagi yang saya harus pelajari. Hakikatnya, saya tidak mempunyai yang ‘niat khas’ untuk menampilkan ‘sisi lain Alha Alfa’, apa yang saya lakukan hanyalah bertujuan memeriahkan lagi industri hiburan tanah air.

    “Mengenang kembali permulaan sebagai seorang MUA (jurusolek artis), ramai rakan selebriti yang memberi sokongan, kepercayaan mereka berikan tidak mampu saya balas. Oleh itu, saya beranggapan, dengan cara menaja anugerah-anugerah seperti AJL38 dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan cara saya mengungkapkan terima kasih kepada sebuah industri yang amat bermakna kepada saya.

    “Sebagai contoh, penghasilan single bersama Zara Zya ini merupakan penghargaan saya terhadap beliau yang banyak membantu dan memberi sokongan sebagai seorang sahabat, biarlah ia diabadikan menerusi sebuah karya yang indah.

    “Saya seorang yang sukakan cabaran, tetapi saya sendiri tidak berani untuk melakukannya. Namun apabila diasak oleh rakan-rakan terdekat, saya akan menyahut cabaran tersebut.

    “Fokus utama saya kini adalah Alha Alfa Cosmetics (AAC), dengan memastikan jenama kami dapat bersaing dengan jenama antarabangsa yang terlebih dahulu bertapak di industri kita.

    “Dengan momentum yang ada pada jenama AAC, saya dan keluarga besar Alha Alfa Rich Legacy (AARL) berimpian untuk meletakkan AAC ebagai jenama kecantikan nombor satu di pasaran Malaysia.

    “Dan andai benar kini saya dilihat sebagai seorang selebriti, mudah-mudahan saya dikenali dan diingati kerana kehebatan produk kosmetik yang saya hasilkan, dan inilah perancangan masa hadapan saya.