Tag: #AlternateRecords

  • Hafiz Zainal Sentuh Hati Pendengar Dengan “Memoir”

    Hafiz Zainal Sentuh Hati Pendengar Dengan “Memoir”

    Muzik mempunyai kuasa untuk menyentuh hati, mengimbau kenangan, dan membawa kita kembali ke momen yang pernah dilalui. Penyanyi dan doktor pergigian, Hafiz Zainal, kembali dengan single solo terbaharunya, Memoir, sebuah lagu yang menyimpan kisah mendalam. Lagu ini berasal daripada melodi ciptaan mendiang Chaq, abang kepada penyanyi Stacy, yang kemudiannya disempurnakan oleh Bunga Cantik dan Hang Nadim. Dengan sentuhan peribadi yang kuat, Memoir menjadi lebih daripada sekadar lagu – ia adalah penghormatan kepada sebuah legasi.

    Menurut Hafiz, lagu ini diberikan kepadanya oleh Stacy, yang pada awalnya bercadang untuk menyanyikannya sendiri. Namun, Stacy merasakan bahawa Memoir lebih sesuai dengan suara dan gaya nyanyian Hafiz. “Saya sangat berbesar hati menerima kepercayaan ini. Lagu ini bukan sekadar sebuah karya seni, tetapi juga satu bentuk penghormatan kepada bakat dan karya mendiang Chaq,” katanya.

    Ketika pertama kali mendengar lagu ini, Hafiz merasakan keikhlasan dan emosi yang begitu kuat dalam setiap not dan liriknya. Ia membawa cerita tentang memori yang masih kekal dalam hati meskipun orang yang kita sayangi telah pergi. “Lagu ini bukan hanya tentang kehilangan, tetapi juga tentang mengenang dan menghargai masa yang pernah kita lalui bersama seseorang,” jelas Hafiz.

    Dari segi muzik, Memoir menggabungkan elemen melodi yang diinspirasikan daripada muzik Cina, tetapi dinyanyikan dalam gaya balada Melayu yang lebih dekat dengan jiwa pendengar. Hafiz turut menyuntik elemen R&B dalam nyanyiannya bagi memberikan kelainan kepada lagu ini. “Saya mahu pendengar benar-benar merasai emosi dalam lagu ini, kerana ia mempunyai makna yang mendalam bagi saya,” katanya lagi.

    Rakaman lagu ini mengambil masa tiga jam, dengan bimbingan penuh daripada Bunga Cantik dan Hang Nadim. Mereka membantu Hafiz dalam menyampaikan emosi yang sebenar, memastikan setiap nada dan lirik membawa maksud yang mendalam. “Saya sangat menghargai peluang untuk bekerja dengan mereka kerana mereka sangat memahami muzik dan cara terbaik untuk menyampaikannya,” katanya.

    Bunga Cantik berkongsi bahawa lirik asal lagu ini lebih bernuansa kesedihan, tetapi mereka mengubahnya agar lebih luas maknanya. Dengan cara ini, pendengar dapat mengaitkan lagu ini dengan pengalaman mereka sendiri, sama ada dalam percintaan, persahabatan, atau kehilangan seseorang yang disayangi. “Kami mahu Memoir menjadi lagu yang boleh membawa makna berbeza kepada setiap orang,” katanya.

    Hafiz berharap lagu ini dapat diterima baik oleh peminat muzik tempatan dan mencapai kejayaan di pentas yang lebih besar. Beliau juga bercita-cita untuk melihat Memoir dipersembahkan di Anugerah Juara Lagu (AJL) atau digunakan sebagai lagu latar dalam drama atau filem. “Saya percaya lagu ini mempunyai kekuatan untuk menyentuh hati ramai orang, dan saya berharap ia dapat pergi lebih jauh,” katanya.

    Kini, Memoir boleh didengarkan di semua platform penstriman digital. Hafiz mengajak semua peminat untuk mendengar dan menghayati setiap bait lirik yang penuh emosi ini. Jangan lupa ikuti Hafiz dan Alternate Records & Talents di media sosial untuk perkembangan terbaru mereka!

  • Shiha Zikir Tampilkan Sisi Baharu Melalui Single ‘Pelangi Kelabu’

    Shiha Zikir Tampilkan Sisi Baharu Melalui Single ‘Pelangi Kelabu’

    Shiha Zikir, penyanyi berbakat yang kini bergabung dengan Alternate Records, telah melancarkan single terbarunya berjudul Pelangi Kelabu. Lagu ini memaparkan gabungan melodi pop balada yang memikat dan lirik yang penuh emosi, membawa pendengar menyelami setiap lonjakan perasaan yang menggetarkan hati. Tidak hanya sekadar sebuah lagu, Pelangi Kelabu juga menjadi runut bunyi bagi drama Marina, yang boleh ditonton secara eksklusif di aplikasi Tonton atau laman web Tonton setiap Isnin hingga Khamis.

    Pelangi Kelabu menceritakan perjalanan hati yang dilanda kesakitan akibat perpisahan. Lagu ini menggambarkan pergelutan antara kesedihan dan penerimaan dalam usaha untuk mencari kekuatan agar dapat terus bertahan meskipun dihimpit rasa pilu. Melalui perumpamaan hujan dan air, lagu ini melukiskan kedalaman kerinduan dan kesedihan yang menyelubungi jiwa, serta menggambarkan kefanaan cinta yang dilalui oleh protagonis.

    Pada bahagian korus, protagonis menyembunyikan tangisan di bawah langit mendung, merindui cinta yang tidak mungkin dimiliki. Pelangi Kelabu melambangkan harapan yang semakin pudar, seiring dengan kekecewaan yang menghimpit. Namun, seperti hujan yang pasti reda, dan pelangi yang akan muncul semula, lagu ini menyampaikan mesej bahawa walaupun kesedihan menguasai hati, kebahagiaan pasti akan datang kembali selepas badai mereda.

    Shiha Zikir meluahkan rasa teruja dan beruntung dapat menjadi sebahagian daripada projek ini. “Kali pertama saya mendengar demo lagu ini, saya sangat teruja kerana lagu ini sangat sesuai dengan drama trending sekarang. Ia memiliki elemen menyayat hati yang benar-benar menyentuh perasaan saya. Proses rakamannya juga berjalan lancar, hanya mengambil masa 3 jam, kerana John Jeeves sangat membantu dan mempermudah keseluruhan proses,” ujar Shiha.

    Meskipun lagu ini membawa emosi yang mendalam, Shiha mengakui bahawa cabaran terbesar adalah untuk menghayati setiap bait lirik dengan sepenuh hati. “Saya perlu meletakkan diri saya dalam lagu ini dan membayangkan kesakitan yang saya rasa agar penyampaian saya menjadi lebih jujur dan berkesan. Saya berharap lagu ini dapat memberi kesan kepada pendengar dan mendapat sokongan mereka, kerana kita semua pasti pernah merasai kekecewaan dalam hidup,” tambahnya.

    Dicipta oleh John Jeeves, Iqie Hugh, dan Omar K, Pelangi Kelabu tercetus daripada idea tentang kesedihan yang mengaburkan kebahagiaan, seperti pelangi yang sepatutnya berwarna-warni namun akhirnya menjadi kelabu. John Jeeves memuji kebolehan Shiha Zikir dalam menyampaikan pelbagai ekspresi melalui nyanyiannya, menjelaskan bahawa kerjasama mereka sangat memuaskan. “Shiha datang ke studio dengan penuh persediaan, membawa idea-idea bernas, dan ini memudahkan kami untuk menghasilkan lagu ini dengan sangat baik,” kata John.

    Menurut John, Pelangi Kelabu adalah lagu yang sangat beremosi dengan melodi yang menarik, dan ia memberikan impak yang mendalam kepada pendengar. “Kami berharap lagu ini akan memperkenalkan sisi baru Shiha Zikir dalam dunia seni dan memberi impak yang positif kepada industri muzik. Penyampaian Shiha sangat asli dan memukau, dan kami sangat teruja untuk berkongsi karya ini dengan semua orang,” tambah John.

    Pelangi Kelabu nyanyian Shiha Zikir kini sudah boleh didengari di platform digital seperti iTunes, Spotify, dan YouTube Music. Lagu ini dijangka akan terus meraih sambutan baik daripada peminat muzik tanah air. Shiha Zikir juga berharap lagu ini akan menyentuh hati para pendengar dan menjadi teman dalam melalui perasaan kecewa atau patah hati.

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemajuan Shiha Zikir dan projek-projek terbaru di bawah Alternate Records, anda boleh melawat akaun media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram (@alternate.my_) dan TikTok (@alternate.rt_).

  • Single Terbaharu Zizi Safira ‘Merana’ Tampilkan Perjuangan Emosi dengan Sentuhan EDM

    Single Terbaharu Zizi Safira ‘Merana’ Tampilkan Perjuangan Emosi dengan Sentuhan EDM

    Penyanyi berbakat besar dari Sabah, Zizi Safira, mengambil langkah baharu dalam karier muziknya dengan pelancaran single terbarunya, ‘Merana’. Lagu ini diterbitkan oleh Alternate Records & Talent dan menggabungkan elemen muzik EDM moden bersama sentuhan tradisional Nusantara, menghasilkan sebuah karya yang tidak boleh dilepaskan oleh para peminat muzik.

    Zizi Safira, yang dikenali dengan suara yang bertenaga dan memikat, mula melangkah dalam dunia muzik profesional pada tahun 2018. Sejak itu, beliau telah aktif menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan telah merakamkan tiga single yang dilancarkan di Sabah. Salah satu pencapaian terbesarnya adalah ketika beliau memenangi tempat pertama dalam sebuah episod program popular TV3, I Can See Your Voice Malaysia, pada Julai 2024.

    Lagu ‘Merana’ dihasilkan oleh komposer terkemuka, Mas Dewangga dan Jova Devito, dan menceritakan kisah seseorang yang melalui tekanan emosi namun memilih untuk melawan kesakitan itu dengan kekuatan dan keyakinan diri. Lagu ini menyampaikan mesej yang mendalam tentang ketabahan, keberanian, dan kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.

    Zizi Safira berkongsi keterujaannya terhadap lagu ini, berkata, “Lagu ini sangat berbeza dengan apa yang pernah saya bawa sebelum ini. Gabungan bunyi tradisional yang menyentuh jiwa dengan elemen moden telah membuatkan saya jatuh cinta pada lagu ini sejak kali pertama mendengarnya. Saya sangat teruja untuk mencabar diri dan memberikan yang terbaik dalam karya ini.”

    Menurut Zizi, bekerjasama dengan Mas Dewangga adalah pengalaman yang penuh dengan magik. “Kerjasama dengan Abang Mas Dewangga sangat bermakna bagi saya kerana beliau memberikan kepercayaan penuh kepada saya untuk menyampaikan lagu ini dengan cara saya sendiri. Proses rakaman sangat cepat dan lancar, tetapi cabaran terbesar dalam lagu ini adalah untuk menyampaikan emosi yang mendalam dengan karakter sinis, serta mengawal vokal dan pernafasan agar dapat memberi kesan yang maksimum,” jelas Zizi.

    ‘Merana’ membawa genre EDM ke tahap yang lebih tinggi dengan elemen progressive house dan pop-dance, disertakan dengan alat muzik tradisional yang mencipta suasana berbeza. “Zizi adalah seorang penyanyi yang penuh tenaga dan profesional. Vokalnya memberi impak besar, menjadikan lagu ini lebih daripada sekadar lagu EDM biasa,” ujar Mas Dewangga. Beliau berharap ‘Merana’ akan mencipta fenomena tersendiri dan menjadi pilihan utama pendengar di platform digital serta acara muzik.

    Jangan lepaskan peluang untuk menikmati ‘Merana’, yang akan dilancarkan di semua platform digital pada 6 Disember 2024. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talent, layari akaun rasmi mereka di Facebook, Instagram (@alternate.my_) dan TikTok (@alternate.rt_).

  • Daus Eli Dedikasikan ‘Terukir’ Buat Peminat

    Daus Eli Dedikasikan ‘Terukir’ Buat Peminat

    Penyanyi popular, Daus Eli, yang sudah lebih 14 tahun bertapak dalam industri muzik Malaysia, kini kembali dengan single kelimanya yang bertajuk ‘Terukir’. Lagu ini bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi sebuah perjalanan emosi yang penuh dengan cinta sejati, keikhlasan, dan nilai kerohanian. Untuk pertama kalinya, Daus Eli bekerjasama dengan Alternate Record & Talents, membawa warna baru dalam kerjaya muziknya.

    ‘Terukir’ menceritakan tentang cinta yang tulus dan abadi, menggabungkan elemen-elemen romantik dengan nilai spiritual yang mendalam. Dengan lirik yang menyentuh hati seperti “Kan ku terima cintamu di atas nama-Nya” dan “Selagi kau selalu ada, terbit rasa cinta”, lagu ini membawa mesej cinta yang bukan hanya sekadar untuk pasangan, tetapi juga untuk mereka yang menghargai hubungan dengan Yang Maha Esa.

    Menurut Daus Eli, proses penciptaan lagu ini memakan masa sekitar dua bulan. Ia melibatkan pelbagai fasa dari susunan muzik, rakaman vokal, sehinggalah proses mixing dan mastering. Selain itu, Daus turut terlibat secara aktif dalam penghasilan lagu ini sebagai komposer dan penulis lirik bersama Syed Asyraf. “Proses penciptaan lagu ini sangat bermakna buat saya. Saya berharap mesej dalam lagu ini dapat menyentuh jiwa setiap pendengar,” katanya.

    Menggabungkan genre Pop Catchy-Reggae, ‘Terukir’ menawarkan irama ceria yang dapat meningkatkan mood pendengarnya, namun di sebalik irama yang riang ini, terdapat elemen emosi yang dalam, menggambarkan cinta yang matang dan ikhlas. Daus Eli berharap lagu ini dapat menjangkau semua lapisan masyarakat, membawa mesej positif dan memberi inspirasi.

    Berkongsi pengalaman hidupnya, Daus Eli yang mula dikenali melalui sebuah rancangan realiti pada tahun 2010 ini, menyatakan bahawa setiap karya muzik yang dihasilkan adalah bentuk penghargaan kepada peminat yang telah menyokong sepanjang perjalanan kariernya. “Dengan single ini, saya berharap dapat meninggalkan impak yang mendalam dan menghubungkan saya dengan peminat melalui emosi yang terkandung dalam lirik dan melodi,” ujarnya.

    Inspirasi di sebalik ‘Terukir’ datang daripada perbualan santai dan permainan gitar yang kemudian terlahir menjadi sebuah lagu yang mempersembahkan kisah cinta sejati. Lirik-lirik seperti “Segalanya terukir sehingga terpisahnya jasad dan sifat” menggambarkan ikatan cinta yang tidak terputus, meskipun jasad dan jiwa berpisah. Tema cinta ini juga diilhami oleh kisah cinta Nabi Adam dan Hawa yang abadi.

    Syed Asyraf, yang turut bersama dalam penciptaan lagu ini, menjelaskan bahawa ‘Terukir’ membawa mesej tentang ketentuan takdir dan menerima segala perjalanan hidup dengan penuh rasa syukur. “Setiap cinta yang kita alami sudah tertulis oleh Yang Maha Esa. Kita harus sentiasa yakin dan menerima segala takdir dengan hati yang terbuka,” tambah Syed.

    Lagu ini bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi sebuah pengalaman yang menyentuh hati dan memberi makna yang lebih dalam tentang cinta dan kehidupan. Daus Eli mengakui bahawa mencipta sesuatu yang unik bukanlah satu tugas yang mudah. “Saya ingin agar lagu ini dikenang bukan hanya kerana melodi dan liriknya, tetapi juga kerana kesan yang dapat ditinggalkannya dalam hati pendengar,” jelas Daus.

    ‘Terukir’ kini boleh didengarkan di platform penstriman popular seperti Spotify, YouTube Music, dan iTunes. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati karya terbaru Daus Eli yang penuh dengan emosi dan keindahan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Alternate Record & Talents, sila layari akaun media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram (@alternate.my_) dan TikTok (@alternate.rt_).

  • ‘Ada Kamu’ OST Drama Gadis dan Angan-Angan Bawa Cerita Persahabatan

    ‘Ada Kamu’ OST Drama Gadis dan Angan-Angan Bawa Cerita Persahabatan

    Lagu Ada Kamu nyanyian Ika Mustafa menjadi sebuah penghargaan indah terhadap keistimewaan persahabatan sejati yang sentiasa ada dalam hidup, menemani dalam setiap detik kebahagiaan dan memberi sokongan dalam kesedihan. Dengan lirik yang menyentuh hati, lagu ini menyampaikan mesej penting mengenai kekuatan yang dimiliki oleh sahabat sejati yang tidak pernah mengkhianati dan selalu hadir ketika diperlukan.

    Dengan genre pop yang segar, Ada Kamu hadir dengan rentak yang ceria dan melodi yang menarik, mengundang pendengar untuk merasai kegembiraan dan menikmati setiap momen. Lagu ini menyarankan kita untuk menghargai mereka yang hadir dalam hidup sebagai sahabat sejati, menyertai setiap warna kehidupan—dari saat-saat suka hingga yang paling sukar sekalipun.

    Lagu ini adalah hasil kerjasama antara Ika Mustafa dan Amir Hasan dalam penulisan lirik, bersama Mingaling yang bertanggungjawab dalam susunan muzik. Menyentuh mengenai pengalaman menghasilkan lagu ini, Ika Mustafa berkongsi, “Projek ini sangat istimewa bagi saya kerana saya dapat bekerjasama dengan Amir dan Ming dalam menghasilkan lagu yang membawa banyak makna. Kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menghasilkan lagu ini sebagai OST drama Gadis dan Angan-Angan adalah satu penghormatan yang besar.”

    Ika juga mengungkapkan bahawa proses penghasilan lagu ini melibatkan dua sesi. Sesi pertama adalah untuk menulis lagu dan merakam demo, manakala sesi kedua adalah rakaman versi akhir yang memerlukan kelulusan pihak produksi. “Kami memberi tumpuan penuh pada setiap perincian untuk memastikan lagu ini mencapai visi yang diinginkan,” tambah Ika.

    Sebagai single keempatnya bersama Alternate Records, Ika Mustafa membawakan kelainan dalam muziknya kali ini. “Lagu ini menggabungkan elemen pop dengan hip hop dan rap, memberikan sentuhan yang lebih unik,” jelas Ika. Selain itu, Ika menambah bahawa tema lagu ini sedikit berbeza berbanding kebanyakan lagu pop yang lebih fokus kepada hubungan percintaan. Sebaliknya, Ada Kamu mengangkat keindahan dan kemesraan dalam hubungan persahabatan, sebuah tema yang jarang diangkat dalam muzik popular.

    Amir Hasan, salah seorang penulis lirik dan komposer lagu ini, berkongsi bahawa inspirasi untuk Ada Kamu datang secara spontan melalui sesi freestyle di studio. “Lagu ini memiliki bunyi yang segar dan penuh tenaga, sesuatu yang jarang didengar dalam pasaran muzik kini. Saya harap ia tidak hanya menghiburkan tetapi juga membawa mesej positif kepada pendengar,” ujar Amir. Beliau juga memuji kerjasama yang cemerlang antara beliau dan Ika, “Ika seorang penyanyi yang berbakat dan penuh tenaga. Vokalnya memberi impak besar dalam lagu ini, menjadikannya lebih hidup dan berkesan.”

    Selain sebagai single terbaru Ika, Ada Kamu turut menjadi runut bunyi (OST) untuk drama Gadis dan Angan-Angan. Drama ini boleh ditonton semula di Tonton bagi mereka yang terlepas siarannya. Lagu ini kini boleh didengari di pelbagai platform penstriman seperti iTunes, Spotify, dan YouTube Music, memberikan peluang kepada peminat untuk menikmati setiap bait lirik yang penuh makna.

    Ika Mustafa berharap agar pendengar dapat merasai dan menghayati mesej yang disampaikan dalam lagu ini, serta menghargai nilai persahabatan dalam hidup mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan muzik Ika dan projek-projek lain dari Alternate Records, ikuti media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram (@alternate.my_), dan TikTok (@alternate.rt_).

    Jangan lepaskan peluang untuk mendengarkan Ada Kamu, lagu yang tidak hanya menghiburkan, tetapi juga memberi sentuhan emosional yang mendalam kepada semua yang mendengarnya.

  • Single Terbaharu ‘Menang Atau Kalah’ Serlahkan Evolusi Firdaus Rahmat

    Single Terbaharu ‘Menang Atau Kalah’ Serlahkan Evolusi Firdaus Rahmat

    Firdaus Rahmat, seorang bintang yang telah menapak kukuh di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk tiga edisi berturut-turut, iaitu pada AJL ke-36, 37, dan 38, kini semakin memantapkan kedudukannya dalam industri muzik Malaysia. Dengan bakat yang luar biasa dan dedikasi yang tinggi, beliau terus menghadirkan karya-karya berkualiti yang menarik perhatian ramai.

    Terbaharu, Firdaus mempersembahkan single yang dinanti-nantikan, ‘Menang Atau Kalah’. Lagu ini bukan sahaja menandakan satu perkembangan dalam kariernya, tetapi juga mencerminkan keberaniannya untuk bereksperimen dengan elemen muzik baharu, termasuk pengenalan rap untuk pertama kalinya. Karya ini adalah simbol kepada evolusi Firdaus sebagai seorang artis serba boleh; beliau bukan sahaja seorang penyanyi, tetapi juga seorang penulis lirik, komposer, dan penerbit lagu.

    Lagu ‘Menang Atau Kalah’ dihasilkan bersama komposer berbakat Iqie Hugh, yang merupakan rakan kolaborasi Firdaus dalam menghasilkan banyak karya hebat sebelum ini. Selain itu, lagu ini juga dipilih sebagai runut bunyi untuk drama aksi yang dinanti-nantikan, ‘Skuad X’, yang akan disiarkan dalam slot Lestary di TV3. Ini menunjukkan betapa relevannya karya Firdaus dalam industri hiburan Malaysia.

    Tema utama dalam lagu ini adalah tentang semangat juang yang tidak pernah padam dan keteguhan untuk mengatasi pelbagai rintangan dalam kehidupan. Firdaus berkata, “Lirik dalam ‘Menang Atau Kalah’ terinspirasi daripada semangat yang tidak pernah pudar. Saya mahu pendengar merasa bahawa dalam apa jua cabaran, kita perlu terus berusaha dan tidak mengenal erti putus asa. Sama ada kita menang atau kalah, perjalanan yang kita lalui dengan hati yang penuh tekad adalah yang paling penting.”

    Dari segi muzik, ‘Menang Atau Kalah’ menawarkan kelainan yang pasti memikat perhatian para peminat. Dengan menggabungkan elemen pop rock dan rentak yang lebih laju, lagu ini juga diperkaya dengan bahagian rap yang bertenaga. “Saya sangat teruja untuk mencuba sesuatu yang baharu. Memasukkan elemen rap ke dalam muzik saya adalah satu cabaran besar, tetapi juga pengalaman yang menyeronokkan. Bahagian rap ini memberikan tenaga dan warna baru kepada lagu, dan saya berharap peminat akan menerimanya dengan baik,” ujar Firdaus dengan penuh keyakinan.

    Sesi rakaman lagu ini berlangsung dengan lancar, di mana Firdaus menyatakan bahawa keseluruhan proses rakaman hanya mengambil masa satu jam. “Chemistry antara saya dan Iqie Hugh adalah kunci kejayaan dalam menghasilkan lagu-lagu kami. Setiap kali kami bekerjasama, idea-idea segar dan kreatif muncul dengan mudah. Iqie mempunyai kebolehan luar biasa dalam membantu kami menghasilkan karya yang bermakna dan relevan,” tambahnya.

    Firdaus tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan muziknya. “Saya amat bersyukur kepada setiap individu yang telah menerima karya-karya saya. Dengan sokongan anda semua, saya dapat melangkah lebih jauh dalam industri muzik ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Alternate Records yang sentiasa percaya dengan bakat saya. ‘Menang Atau Kalah’ adalah karya ke-24 saya bersama mereka, dan saya berharap lagu ini akan mendapat tempat di hati pendengar.”

    Beliau juga berharap ‘Menang Atau Kalah’ tidak hanya menjadi lagu yang digemari ramai, tetapi juga memberi inspirasi kepada pendengar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Firdaus menekankan bahawa dia berhasrat untuk terus bereksperimen dan menyampaikan karya yang lebih segar dan berbeza di masa hadapan. “Saya ingin memberikan sesuatu yang baharu dalam setiap karya saya agar peminat sentiasa memperoleh pengalaman yang segar setiap kali mendengar lagu-lagu saya,” katanya penuh semangat.

    Bagi peminat yang tidak sabar untuk mendengar lagu terbaharu ini, ‘Menang Atau Kalah’ akan dilancarkan secara rasmi pada 18 Oktober 2024. Untuk maklumat terkini tentang perkembangan Firdaus dan Alternate Records & Talents, anda boleh mengikuti mereka di media sosial seperti Facebook, Instagram @alternate.my_, dan TikTok @alternate.rt_. Teruskan menyokong muzik tempatan dan nantikan lebih banyak karya hebat daripada Firdaus Rahmat!

  • Alternate Records dan Universal Music Malaysia Lancar Era Baru Muzik Malaysia

    Dua label bergabung untuk memasarkan muzik tempatan secara strategik! Kerjasama antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman antarabangsa Universal Music Malaysia dijangka merevolusi landskap muzik tempatan dan membuka peluang baharu bagi artis-artis tempatan untuk memperluaskan pengaruh muzik mereka di peringkat domestik, serantau, dan global.

    Kerjasama ini menggabungkan pendekatan inovatif dan kreatif Alternate Records dalam penerbitan muzik dengan kepakaran Universal Music Malaysia yang terkenal dengan rangkaian artis ternama. Ini akan membawa perubahan baru dalam industri muzik tempatan dengan memenuhi cita rasa peminat muzik melalui gabungan kepakaran kedua-dua syarikat rakaman yang berbeza.

    Menurut Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, kerjasama dengan syarikat rakaman tempatan yang berjaya seperti Alternate Records adalah penting untuk mencungkil bakat baru dan menghasilkan kepelbagaian genre muzik. Ini adalah langkah penting dalam mengembangkan industri muzik tanah air.

    Kim Lim menyatakan, “Dengan menggabungkan kepakaran kedua-dua belah pihak, kami percaya kerjasama ini akan meningkatkan keupayaan kami dalam memahami selera tempatan dan mengukuhkan komitmen kami dalam menggalakkan inovasi dan kepelbagaian dalam industri muzik.”

    Tambah beliau lagi, “Bagi kami, yang lebih penting adalah jika muzik benar-benar berhubung dengan pendengar dan sesuai dengan visi yang kita cuba bina bersama, tanpa mengira dari mana asal artis tersebut.”

    Kim Lim menegaskan bahawa kerjasama ini tepat pada masanya, mengingat kejayaan Alternate Records & Talents dalam pasaran muzik masa kini. “Alternate Records & Talents telah berjaya mencungkil bakat dan menghasilkan artis, lagu, dan runut bunyi yang menonjol dalam pasaran. Pengumuman kerjasama ini hanyalah langkah pertama untuk mengembangkan lebih ramai bakat hebat dalam industri muzik Malaysia.”

    Sebagai sebahagian daripada usaha ini, beberapa artis seperti Marsha Milan, Rahmad Mega, Puteri Khareeza, Sonaone, Ernie Zakri, Bella Astillah, dan Ezra Kairo telah dan akan memulakan projek kerjasama ini. Kim Lim menyatakan, “Ini adalah antara beberapa senarai artis yang telah dan akan bekerja rapat dengan Alternate Records. Kami sangat teruja untuk terus bekerjasama dengan mereka dalam lebih banyak projek yang akan datang.”

    Puan Shahila Shah Harun, Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Filem, Muzik, dan Kandungan Rancangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, berkongsi keterujaannya mengenai kerjasama ini, “Kerjasama antara Alternate Records dan Universal Music adalah langkah strategik untuk meluaskan pengaruh artis tempatan. Dengan sokongan Universal Music, kami yakin dapat menghasilkan karya berkualiti tinggi yang mampu menembusi pasaran muzik.”

    Tambah Puan Shahila Shah, “Alternate Records dan Universal Music mempunyai barisan artis berbakat dan kami akan memberi sokongan penuh dari segi promosi, produksi, dan pengedaran. Ini adalah permulaan era baharu dalam industri muzik Malaysia, membuka peluang kepada artis sedia ada dan bakat baru untuk menonjolkan potensi mereka. Usaha sama ini juga akan memfokuskan kepada pengeluaran muzik yang berani, segar, dan relevan dengan kehendak pasaran semasa.”

    Dengan pengumuman ini, industri muzik Malaysia akan membuka lebih banyak peluang kepada pemain industri untuk membawa muzik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Kolaborasi ini memberikan sinergi unik dan membolehkan kepelbagaian budaya dalam muzik Malaysia terus berkembang dan dikenali di peringkat domestik, serantau, dan global.

    Industri muzik Malaysia semakin diminati dan dihormati di persada serantau dan antarabangsa, membuka lembaran baru untuk insan kreatif Malaysia melalui platform yang lebih berdaya maju serta berprestij.