Tag: AnugerahLaguIndie2023

  • Hadiah Motosikal Honda RS-X Dimenangi oleh Jumaat

    Pada malam kemuncak Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang berlangsung pada 7 Mac lalu, sebuah motosikal Honda model RS-X telah diumumkan menjadi milik orang pertama yang mengeluarkan tweet dengan tiga kod rahsia yang diberikan oleh hos rancangan pada malam tersebut. Kejayaan ini pastinya menjadi satu momen yang menyeronokkan bagi pemenang dan mungkin menjadi titik awal kebahagiaan baru dalam hidup mereka.

    Hadiah motosikal RS-X telah diserahkan oleh AmanRa (Duta Honda RS-X) dengan diiringi oleh Steven Chin, Pengurus Kanan Pemasaran dan Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie kepada Mohammad Noor Jumaat di Honda Impian X Bandar Puchong Jaya pada pagi tadi.

    Mohammad Noor Jumaat, 36, berkata “Tuah saya menang motor malam Jumaat, terima kasih kepada Honda Motorcycle dan Anugerah Lagu Indie kerana tawarkan hadiah motor RS-X.”

    Mengakui terkejut dan terharu ketika namanya diumumkan membuatkan dirinya terkedu seketika dan rasa tidak percaya. Mohammad Noor Jumaat yang bekerja sendiri memberitahu tidak akan menjual motosikal tersebut, sebaliknya ingin menggunakan untuk kegunaan sendiri.

    Steven Chin berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Anugerah Lagu Indie 2023 dan berharap pihak pemenang gembira serta berpeluang untuk mengembara ke destinasi-destinasi impian beliau dengan RS-X. Ini sejajar dengan falsafah Semangat Impian dan frasa global kami The Power of Dreams serta How We Move You.”

    Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Rakan Motosikal Rasmi ALI2023 iaitu Honda Motorcycle Malaysia yang sudi untuk menambah nilai kepada Anugerah Lagu Indie 2023, sekaligus bersama-sama kami dalam menyokong komuniti muzik indie,” tambah beliau lagi.

    Kira-kira 200 orang telah hadir menjayakan dan memeriahkan pada malam Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie. Sebagai sebuah platform yang dicipta khusus untuk meraikan bakat-bakat muzik indie tempatan, Anugerah Lagu Indie memberi inspirasi kepada penggiat muzik indie untuk terus menghasilkan karya yang asli dan berkualiti dalam arena muzik.

    Lagu “Pembunuh Malam” yang dicipta oleh Hazeeq Hilman dan Muhd Haziq serta dipersembahkan oleh artis ‘Lunar’ tampil sebagai Juara Lagu Terbaik pada malam tersebut.

  • RM36,000 Menanti Juara Anugerah Lagu Indie 2023, Adakah Jadi Milik Pengkarya Indie Pop, Rock Atau Hip Hop?

    Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah mengumumkan senarai penuh Finalis-finalis Top 5 bagi kategori Pop, Rock dan Hip Hop secara eksklusif di Majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix pada petang tadi.

    Memasuki tahun keempat penganjuran, #ALI2023 kembali lebih mantap dan konsisten memperkasa perjuangan komuniti seni muzik indie bakat anak Malaysia. Beberapa kelainan telah disuntik dalam musim ini dengan memperkenalkan kategori- kategori lagu terbaik di bawah genre Pop, Rock, dan Hip Hop.

    Selain penambahan kategori, Anugerah Lagu Indie 2023 menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam daripada atas talian manakala 70 peratus pemarkahan juri profesional. Dan paling menarik, hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM 36,000 menanti juara Anugerah Lagu Indie 2023.

    Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Tahun ini, kami telah menerima 626 buah lagu dan lebih 11 ribu undian awam merentasi kategori genre telah diterima oleh #ALI2023 pada tahun ini. Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi. Sebanyak 15 lagu layak bertanding dan membuat persembahan di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang akan dilangsungkan pada 7 Mac 2024 nanti.”

    Jennifer Thompson, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie berkata, “Lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai Finalis Anugerah Lagu Indie telah dipilih berdasarkan aspek kualiti lagu. Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli. Kesemua lagu yang diterima telah dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh Juri Profesional iaitu sebanyak 70%, dan melalui undian awam di
    anugerahlaguindie.com.my sebanyak 30%.”

    Anugerah Lagu Indie 2023 disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda: Motosikal Rasmi, Honda Motorcycle Malaysia; Penaja Makanan, 1901 Hot Dog Malaysia; Radio Rasmi, Rakita 107.9; Rakan-rakan Media yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie, Medialah!, Media Variasi, Selebriti Online, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Malaysia Tribune, Relevan, Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media, serta Rakan Kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo.

    Jangan lupa untuk menonton Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 di laman YouTube Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac 2024 jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

    Senarai penuh Finalis Anugerah Lagu Indie disertakan di helaian Lampiran.

    Lampiran

    SENARAI FINALIS ANUGERAH LAGU INDIE 2023

    TOP 5 KATEGORI HIP HOP TERBAIK

    1. ICE COLD CASTLE

    ○ KOMPOSER OLEH: JEFFERY CHONG, OOI CHEN CHUN, AMMAR ARIFF, DANISH HAKIMI.

    ○ LIRIK OLEH: JEFFERY CHONG, AMMAR ARIFF, DANISH HAKIMI

    ○ ARTIS: YUNG KAI, NAKALNESS, AKKIMWARU.

    1. CANDY MIND

    ○ KOMPOSER OLEH: SYA

    ○ LIRIK OLEH: SYA & SENNA

    ○ ARTIS: SYA

    1. LXF

    ○ KOMPOSER OLEH: SABBALA, RAHHH5KAKI, ISSA GOODMUSIC, JAYMHD7, A.D.K., ZEMO, BENZOOLOO, DANYE, REBEL ASIA & DJ RUCKES

    ○ LIRIK OLEH: SABBALA, RAHHH5KAKI, ISSA GOODMUSIC, JAYMHD7, A.D.K., ZEMO, BENZOOLOO, DANYE, REBEL ASIA & DJ RUCKES

    ○ ARTIS: LXF

    1. GARD O GARD

    ○ KOMPOSER OLEH: UZAYR MUHAMMAD DAN JEFFREY AFFANDY ○ LIRIK OLEH: UZAYR MUHAMMAD DAN JEFFREY AFFANDY

    ○ ARTIS: 53 UNIVERSE

    1. MIMPI UNTUK SEMALAM

    ○ KOMPOSER OLEH: DAFREAKINAZ, JAYSTATION, QUAI

    ○ LIRIK OLEH: JAYSTATION, QUAI

    ○ ARTIS: SLATAN / JAYSTATION, QUAI

    TOP 5 KATEGORI POP TERBAIK

    1. PURA

    ○ KOMPOSER OLEH: FATIN FAIZAL

    ○ LIRIK OLEH: FATIN FAIZAL

    ○ ARTIS: FATIN FAIZAL

    1. PEMBUNUH MALAM

    ○ KOMPOSER OLEH: HAZEEQ HILMAN & MUHD HAZIQ

    ○ LIRIK OLEH: HAZEEQ HILMAN & MUHD HAZIQ

    ○ ARTIS: LUNAR

    1. STARGAZING

    ○ KOMPOSER OLEH: ODELIA TIRZA

    ○ LIRIK OLEH: ODELIA TIRZA

    ○ ARTIS: ODELIA TIRZA

    1. LUKA

    ○ KOMPOSER OLEH: LILY JANNAH

    ○ LIRIK OLEH: LILY JANNAH

    ○ ARTIS: LILY JANNAH

    1. DERANA

    ○ KOMPOSER OLEH: SYAHIR CHERPEN

    ○ LIRIK OLEH: SYAHIR CHERPEN

    ○ ARTIS: HEIDI & RUANG HATI

    TOP 5 KATEGORI ROCK TERBAIK

    1. JIWA (TAKHTA MILIK KITA)

    ○ KOMPOSER OLEH: AIMRAN, FAZ, ADRY, SHAHRIL

    ○ LIRIK OLEH: SHAHRIL REDZWAN

    ○ ARTIS: AKTA

    1. IN THE HAZE

    ○ KOMPOSER OLEH: CHIA SHOCK HONG, BRYAN LU

    ○ LIRIK OLEH: CHIA SHOCK HONG

    ○ ARTIS: MATH CLASS

    1. INTI SARI

    ○ KOMPOSER OLEH: HAYZEEQ IMAN, DANIEL ASWAD & HARITH ZIKRY ○ LIRIK OLEH: HAYZEEQ IMAN & DANIEL ASWAD

    ○ ARTIS: ZEROPHOBIA

    1. TERRA LUNA

    ○ KOMPOSER OLEH: CRAZY GRIZZLY

    ○ LIRIK OLEH: MUSTIKA SARI

    ○ ARTIS: CRAZY GRIZZLY

    1. SOULED OUT

    ○ KOMPOSER OLEH: VOTA

    ○ LIRIK OLEH: VOTA

    ○ ARTIS: VOTA

    Contest istimewa menanti untuk penonton yang menonton Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 dan anda berpeluang untuk memenangi motosikal HONDA RS-X.

    Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023:

    Hari: Khamis

    Tarikh: 7 Mac 2024
    Masa:  8.30 PM
    Saluran: Youtube Anugerah Lagu Indie

    Lawati @anugerahindie untuk info lanjut Anugerah Lagu Indie 2023!