Tag: #Bantuan

  • Perkukuh Cawangan: Inisiatif Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sinar Harapan Batu Pahat untuk Memperluas Bantuan kepada Rakyat

    Perkukuh Cawangan: Inisiatif Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sinar Harapan Batu Pahat untuk Memperluas Bantuan kepada Rakyat

    Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sinar Harapan Batu Pahat, di bawah pimpinan Presiden Klaus Lim, sedang memfokuskan usaha untuk memperkukuhkan cawangan mereka di seluruh negara. Dalam satu wawancara, Klaus Lim, yang lebih dikenali dengan nama ‘Abang Susu’, menegaskan bahawa kejayaan badan sukarelawan ini bergantung pada kerjasama dan penguatan cawangan di setiap lokasi.

    “Kita tidak boleh bekerja sendirian. Sebagai sebuah badan sukarelawan yang prihatin, kita perlu memperkukuhkan semua cawangan di seluruh negara serta bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memperluas jangkauan bantuan kita,” kata Klaus. Beliau percaya bahawa dengan memperkuat jaringan cawangan, pertubuhan ini akan dapat melaksanakan lebih banyak program yang berfokus pada matlamat jelas dan berterusan.

    Klaus menjelaskan bahawa kerjasama ini akan mempermudah pengumpulan dana yang lebih efektif, dan seterusnya memastikan bahawa dana tersebut dapat disalurkan kepada golongan memerlukan seperti rumah anak yatim, rumah penjagaan orang tua, dan komuniti lain yang memerlukan. “Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban Kerajaan tetapi juga memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lebih tepat melalui kerjasama aktif dengan pihak berkaitan, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) lain,” tambahnya.

    Sehingga kini, Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sinar Harapan Batu Pahat mempunyai cawangan di pelbagai lokasi di seluruh negara termasuk Teluk Intan (Perak), Melaka, Muar (Johor), Nilai (Negeri Sembilan), Pulau Pinang, Kelantan, Kuantan, Miri, Kuching (Sarawak), Ipoh (Perak), Klang (Selangor), dan Johor Bahru. Selain itu, pertubuhan ini juga mengembangkan sayap ke luar negara dengan cawangan di Thailand dan Cambodia untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan di kawasan tersebut.

    Melalui pengumpulan dana yang melibatkan semua cawangan, pertubuhan ini mampu menganjurkan pelbagai aktiviti sosial. Salah satu contoh adalah program khidmat sosial masyarakat (CSR) yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak dengan penyakit jantung, jantung berlubang, dan kanser mendapatkan rawatan di hospital.

    Klaus menegaskan bahawa CSR ini bukan sahaja untuk membantu masyarakat tetapi juga untuk menyemai sikap kasih sayang dalam kalangan masyarakat, yang pada masa yang sama dapat menarik minat orang ramai untuk turut serta dalam usaha membantu.

    Klaus Lim berkomitmen bahawa dengan usaha berterusan dan kerjasama yang erat antara semua cawangan serta pihak berkaitan, Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sinar Harapan Batu Pahat akan terus meningkatkan usaha mereka dalam membantu golongan yang memerlukan dan memberi impak positif kepada masyarakat.

  • KEMBARA SHOWCASE AMAL JIWA KITA SEBUAH PROGRAM MUZIKAL YANG BERTUJUAN UNTUK MENGUTIP DANA BAGI MEMBANTU INSAN-INSAN YANG KURANG BERNASIB BAIK

    Mengambil inisiatif penuh semangat untuk mengumpulkan dana demi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik, Datuk Syaiful Bahrim, atau yang lebih dikenali sebagai DJ Pool dari era penyiaran radio, mengilhamkan ciptaan program muzikal yang sangat istimewa – ‘Kembara Showcase Amal Madani Jiwa Malaysia’.

    Program ini mula di aktifkan pada tahun 2006 ketika Beliau masih Bersama Klfm dengan program yang dinamakan DARI KUALA LUMPUR KE GAZA.

    Sehingga sekarang Beliau mengujudkan pula program ini dengan Skala yang lebih Proaktif,di bawah Pertubuhan Persahabatan Pengiat Seni selangor atau PERSIS.

    Program ini juga Turut didokong oleh pengerusi PERSIS Tuan Raimie dan Majlis Penasihat PERSIS Tuan Hj Halim Bin Redzuan.

    Program ini juga menerima sokongan yang baik dari jabatan Perdana Menteri yang bersetuju untuk diperluaskan lagi program ini ke seluruh Malaysia dengan Tajuk KEMBARA SHOWCASE AMAL MADANI JIWA MALAYSIA yang mana pada Tarikh 16/1/2024 Yang lalu program KEMBARA ini telah diadakan di sebuah Restoran Tumpuan RESTORAN SUP DAN AYAM KAMPUNG BERAPI MERU.Program AMAL yang turut di hadiri oleh Artis2 popular Tanah air Dan Dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Mariam Binti Abdul Rashid Wakil Rakyat  N42 MERU.

    Program Amal ini turut dibarisi oleh Pengiat-Pengiat Muzik berbakat yang beraksi setiap Hari di venue-venue Tumpuan antaranya Pasaraya NSK, Super7 juga food stations Seperti SAFA FOOD HUB ANTARABANGSA, MERU PORT, CAFÉ WONG JOWO, D. LERENG CAFÉ DLL.

    Tahun 2024 misi mereka adalah merancang memperluaskan program Amal ini keseluruh Malaysia bermula di selatan Tanah air pada 26/1/2024 dan seterusnya ke negeri2 Lain termasuk Sabah dan Sarawak.

  • KEMPEN ‘BERSAMA DEMI SEMUA UNTUK TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR DI MALAYSIA

    SUBANG JAYA, 7 November 2023 – Procter & Gamble (P&G) dan MYDIN melancarkan kempen “BERSAMA DEMI SEMUA”  untuk dana bantuan banjir masa musim tengkujuh. Syarikat barangan pengguna global dan syarikat borong dan runcit tempatan bersama menjayakan kempen untuk tabung bantuan mangsa banjir. Hal ini, untuk memberikan bantuan kepada masyarakat yang terlibat dengan banjir pada musim tengkujuh pada setiap tahun yang berlaku di Malaysia. Bantuan ini dapat meringankan beban masyarakat yang terkesan dengan banjir.

    Bermula 1 November, 2023 hingga 6 Januari, 2024, setiap pembelian produk P&G bernilai RM10 dari mana-mana pasar raya MYDIN, 5 sen akan disumbangkan kepada tabung bermakna ini. Ketika tempoh kempen berakhir, pasar raya MYDIN akan menjadi pusat perolehan barangan keperluan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir.

    Tahun lepas menyaksikan Malaysia berdepan banjir paling teruk dalam sejarah, yang turut menjejaskan ribuan orang di seluruh negara. Sebagai langkah menangani situasi yang buruk ini  kerajaan Malaysia telah memperuntukkan belanjawan yang besar untuk bantuan banjir dan pengurusan bencana pada tahun 2024. Langkah proaktif sebegini sejajar dengan misi P&G yang telah lama wujud untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna dan komitmen MYDIN yang tidak berbelah bahagi terhadap kebajikan masyarakat.

    Nantha Kumaran Kalimuthu, Pengurus Serantau, P&G Malaysia dan Singapura berkata, “Di P&G, warga kerja kami dan semua jenama kami sangat komited dalam melakukan kebaikan setiap hari, sekaligus menjadi pemangkin kepada komuniti untuk turut mengamalkan nilai memberi dan menyumbang. Kerjasama murni bersama MYDIN ini menjadi bukti iltizam kami untuk menyumbang kepada komuniti.”

    Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Hj. Ameer Ali Mydin berkata, “Berikutan kejayaan kempen ‘Ourdin’ yang mendapat sambutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami berasa bangga dan teruja dapat memberi sokongan kepada kempen dana bantuan banjir ini. Ia juga satu penghormatan buat kami kerana dapat bersama-sama dengan syarikat berpengaruh antarabangsa seperti P&G. Perkongsian ini bukan sahaja mencerminkan nilai teras MYDIN iaitu khidmat masyarakat dan integriti tetapi juga mengukuhkan ikrar kami untuk terus menyumbang tanpa mengira batas usia dan kaum.”

    Kerjasama seperti ini menekankan kepentingan penglibatan komuniti dan meletakkan asas untuk pembangunan mampan yang lebih memberi impak. Dengan bekerjasama, syarikat korporat boleh meluaskan keberkesanan bantuan mereka serta menjamin ianya dapat dinikmati oleh golongan tumpuan dengan segera dan berkesan.

    Kami menyeru pengguna untuk menyokong usaha yang mulia ini. Setiap pembelian melambangkan langkah ke arah mengurangkan kesusahan mereka yang memerlukan. Bersama-sama, mari kita menempa masa depan yang lebih cerah,” ujar Kalimuthu.

    Untuk mendapatkan maklumat terperinci dan kemas kini mengenai inisiatif ini, layari www.procterandgamble.com atau hubungi mereka melalui Instagram, Twitter, TikTok dan Facebook.

  • PELANCARAN INISIATIF PAYUNG RAHMAH BERSAMA RAKAN STRATEGIK KPDN

    KULIM, 4 SEPTEMBER 2023 – Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup hari ini telah melancarkan Inisiatif Payung RAHMAH Bersama SJ Circle Sdn Bhd yang diadakan di Kulim Industrial Estate, Kulim, Kedah.

    Di bawah Inisiatif Payung RAHMAH, KPDN telah melancarkan empat (4) teras utama iaitu Jualan RAHMAH, Menu RAHMAH, Bakul RAHMAH dan Pakej RAHMAH. Melalui Inisiatif Jualan RAHMAH, KPDN telah mempunyai 29 rakan strategik yang terdiri daripada pasar raya besar, pasar raya rangkaian dan pihak pengeluar. Inisiatif Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

    Terdapat tiga (3) model Program Jualan RAHMAH iaitu dalam premis, luar premis, dan bergerak (mobile). Sehingga kini, jumlah PJR dan PJRB telah dilaksanakan di 1,748 lokasi di 222 parlimen sejak ianya diperkenalkan pada Januari 2023. PJRB atau #KedaiCariRakyat terbukti dapat memberi kesan yang positif dalam usaha untuk meringankan kos sara hidup dan kini telah 2 menjangkau rakyat di semua peringkat termasuk kawasan yang tiada pasar raya atau pasar raya besar. Untuk makluman, PJRB telah menjangkau rakyat Malaysia MADANI di bandar, pinggir bandar dan juga di luar bandar meliputi 575 lokasi di seluruh negara.

    Selaras dengan saranan Kerajaan ini, SJ Circle Sdn Bhd akan memulakan penyertaan sebagai rakan strategik di bawah Inisiatif Payung RAHMAH dengan mengeluarkan produk lampin bayi pakai buang jenama MIDORI khusus bagi Jualan RAHMAH Bergerak. Jenama MIDORI ini boleh didapati dalam lima(5) bungkusan berbeza mengikut saiz iaitu S, M, L, XL dan XXL.

    Untuk makluman, SJ Circle Sdn Bhd adalah sebuah syarikat perkilangan yang telah beroperasi sejak tahun 2016 dan telah mengeluarkan produk lampin pakai buang untuk bayi dan kanak-kanak bagi beberapa jenama seperti MIDORI dan Weezy serta lampin pakai buang dewasa jenama Senshine dan Sensof. Syarikat ini juga telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2015 oleh pihak LRQA serta status HALAL dari pihak JAKIM.

    Selain itu, SJ Circle Sdn Bhd turut mempunyai rakan strategik di beberapa buah negara luar seperti Kemboja, Thailand, Vietnam dan India, di samping pasaran tempatan sedia ada. KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.

    Mengikut Laporan Indeks Pengguna pada Julai 2023 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati bahawa kadar inflasi negara terus mereda pada kadar 2.0% berbanding bulan sebelumnya iaitu 2.4%. Namun, ianya jauh lebih rendah berbanding negara jiran seperti Indonesia (3.1%), Singapura (4.1%) dan Filipina (4.7%). Dalam konteks ini, KPDN akan terus melaksanakan pelbagai gerak kerja dalam memastikan agenda menangani kos sara hidup ini diberikan tumpuan utama dalam agenda Malaysia MADANI seperti yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri.

    KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri dari pelbagai sektor di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna.