Tag: #DramaSangat

  • KEMANA NAIM DANIEL PERGI? Mahu berhenti sebagai penyiasat?

    Jom siasat sambil seronok bersama I Can See Your Voice Malaysia musim ke-7 (ICSYVMY 7), di mana episod terbaru ini bakal disajikan dengan lebih kejutan! Kali ini, kami menghadirkan tidak dua, tetapi tiga penyiasat jemputan yang pastinya menarik perhatian anda: penyanyi terkenal dan pelakon hebat tanah air seperti Sufian Suhaimi, Azhan Rani, dan Noorkhiriah. Kehadiran mereka bersama penyiasat tetap akan memeriahkan lagi hujung minggu anda.

    Walau bagaimanapun, tanpa kehadiran Naim Daniel, adakah pilihan artis jemputan kali ini memadai? Mengapa Naim Daniel tampaknya menarik diri dari tanggungjawabnya?

    Jangan lepaskan peluang untuk menonton ICSYVMY7, setiap Ahad jam 9.00 malam hanya di TV3. Anda juga boleh menonton secara langsung dalam HD di Tonton melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton dari Google Play atau App Store. Sertai misi baru anda dan siasat bersama keluarga dalam ICSYVMY7!

    ICSYVMY7 yang diterajui oleh Jamil Bin Hassan sebagai Penerbit Eksekutif dan Ikha Arnisya sebagai Penerbit, terus memikat peminat dengan konsep dan format asal dari Korea Selatan yang menggabungkan hiburan, lawak berkelas, drama, dan teka-teki mencabar.

    Episod terbaru, yang mengusung tema Seram sempena filem seram komedi terkini arahan Dr Ahmad Idham ‘Saka Perawan’, telah menggegarkan penonton dengan suasana riuh-rendah yang meriah. Namun, dalam kehebohan tersebut, episod ini turut menyaksikan kegagalan Afieq Shazwan dalam memilih penyanyi sebenar, dipengaruhi oleh pandangan yang bertumbuk dari panel penyiasat tetap dan jemputan seperti Nadia Brian dan Afifah Nasir.

    Episod ketiga ICSYVMY7 menampilkan Amy Mastura, seorang pelakon dan penyanyi terkenal Malaysia, sebagai artis jemputan. Tugasnya adalah menilai bakat-bakat di hadapan panel penyiasat untuk mengenal pasti penyamar bersuara sumbang. Dengan ketiadaan Naim Daniel, satu-satunya penyanyi dalam panel penyiasat tetap, mampukah Amy Mastura menggantikan peranan ini dengan pengalaman serta pengetahuan dalam dunia seni suara?

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ICSYVMY7 setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3, atau menonton secara langsung dalam HD melalui Tonton di www.tonton.com.my. Untuk kemaslahatan program, sertai perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #ICSYVMY7. Untuk berita terkini, layari laman sosial TV3 seperti Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram di @TV3Malaysia, serta Instagram Drama Sangat di @dramasangat.

  • LURUHNYA BUNGA CINTA, SUATU ADAPTASI DARI DRAMA KOREA TERKENAL “AUTUMN IN MY HEART,” MENJELASKAN BAGAIMANA PERUBAHAN IDENTITI MENGUBAH TAKDIR SELAMA-LAMANYA.

    Nuha dan Aara secara tidak sengaja bertukar keluarga pada peringkat awal kelahiran mereka. Akhirnya, nasib menarik mereka berdua, dan semuanya akan berubah. Apa akan jadi pada Nuha dan Aara jika mereka terpaksa bertukar nasib?

    Luruhnya Bunga Cinta merupakan adaptasi daripada siri drama popular Korea yang berjudul Autumn in My Heart. Siri drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini ditaja oleh Nivea dan bakal menemani penonton bermula 19 September 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3. 

    Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Muhamad Riza Baharudin dan penulisan skrip oleh Hafiz Halim, Intan Zarina Mohd Yasin dan Farah Bani. Luruhnya Bunga Cinta dibintangi oleh pelakon-pelakon tanah air yang berbakat seperti Redza Rosli (Nuh), Tracie Sinidol (Nuha), Nabila Razali (Sara), Bella Luna (Aleen), Auni Yusrii (Aara), Aniq Durar (Awal) dan ramai lagi. 

    Sidang media Akasia: Luruhnya Bunga Cinta telah berlangsung di GalahGala Seafood Restaurant, TT Gardens selaku penaja lokasi bagi acara tersebut. Dihoskan oleh Fiza Frizzy, majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Puan Farah Shamsudin (Pengurus Besar Kanan, Pemasaran Kandungan & Kreatif Rangkaian Televisyen Media Prima), Encik Ng Hock Guan (Pengurus Serantau, Beiersdorf Malaysia & Singapura), Puan Faye Lee (Eksekutif Pembangunan Perniagaan, iQIYI Malaysia), Puan Zetty Alia Dato’ Ramly (Penerbit Global Station Sdn Bhd), Encik Muhamad Riza Baharudin (Pengarah Luruhnya Bunga Cinta) serta barisan pelakon iaitu Redza Rosli, Tracie Sinidol, Nabila Razali, Bella Luna, Auni Yusrii, Aniq Durar, Laila Nasir, Yang Mulia Dato’ Sri Shah Rezza, Raja Azmi, Hafiz Halim, dan Zila Bakarin. 

    Luruhnya Bunga Cinta berkisahkan takdir dua gadis yang tertukar sejak bayi dan perubahan mendadak dalam hidup mereka selepas masa silam tersebut terbongkar selepas beberapa tahun. Versi Malaysia ini juga memperkenalkan Sara, watak baharu lakonan oleh Nabila Razali yang pasti menyuntik elemen segar dalam kisah cinta yang menyayat hati ini. 

    Jamaludin dan Adita yang sedang menunggu kelahiran anak perempuan mereka, Aara (Auni Yusri) telah mengambil keputusan untuk melahirkan bayi di klinik tempatan di sebuah daerah kecil kerana hujan ribut yang melanda kawasan tersebut. Jalan utama ke laluan bandar besar telah terhalang oleh sebatang pokok besar yang tumbang. Secara kebetulan, Noriah yang sedang sarat mengandung juga melahirkan anak perempuannya, Nuha (Tracie Sinidol) di tempat yang sama. Label tag nama ibu di katil bayi masing-masing telah terjatuh dan tersalah letak. Insiden ini menyebabkan Nuha dan Aara tertukar identiti mereka kemudiannya dibawa pulang oleh keluarga yang berasingan.

    Selepas beberapa tahun, Nuha dan Aara belajar di sekolah yang sama. Nuha membesar dengan abangnya, Nuh (Redza Rosli) di rumah agam milk Jamaluddin dan Adita manakala Aara tinggal dengan abangnya, Anwar di rumah kos rendah milik Noriah. Nuha, seorang yang lemah lembut dan sangat disayangi oleh keluarganya. Aara pula terpaksa hidup dalam kemiskinan. Aara iri hati dengan kehidupan Nuha yang dicurahi dengan kasih sayang dan kemewahan. 

    Suatu hari, Nuha mengalami kecederaan teruk dan disahkan mengidap Talasemia. Hal tersebut menimbulkan kecurigaan Jamaludin kerana keluarga mereka tidak mempunyai rekod penyakit itu. Akhirnya, kebenaran yang mengejutkan terbongkar bahawa Aara dan Nuha telah tertukar secara tidak sengaja sewaktu bayi. 

    Aara yang telah lama membenci kehidupannya di kampung, mengambil inisiatif untuk tinggal di rumah mewah Jamaludin dan Adita, manakala Nuha secara sukar rela memulakan kehidupan baharunya di rumah kampung Noriah. Nuha terputus hubungan dengan Nuh apabila Jamaludin menerima tawaran kerja di luar negara dan satu keluarga telah berhijrah ke sana. Dapatkah mereka menempuh perubahan secara mendadak  dalam kehidupan mereka ini? Apa yang akan terjadi kepada Nuha dan Aara?

    Lebih menarik, Akasia: Luruhnya Bunga Cinta menampilkan lagu ‘Belakang Tabir’ nyanyian oleh Syamel sebagai lagu runut bunyi. Lagu ‘Belakang Tabir’ dicipta oleh Syamel dan Jiwa, liriknya dihasilkan oleh Syamel dan diterbitkan oleh Aubrey Suwito. 

    Saksikan drama terbaharu Luruhnya Bunga Cinta menerusi slot Akasia bermula 19 September 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam atau strim di perkhidmatan iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

    Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. 

  • #PEMBURURAHSIA MENGANGKAT ISU BULI SIBER DALAM KALANGAN REMAJA

    Budaya dan cara hidup masyarakat kita kini telah terjejas dengan ketara oleh kemunculan media sosial. Memandangkan sambungan sosial semakin tertumpu pada komunikasi maya, kemudahan internet menjangkau lebih daripada sekadar menyediakan akses kepada maklumat. Buli siber telah menjadi masalah sosial yang meluas.

    Mengangkat isu buli siber dalam kalangan remaja dalam naskah terbaharu terbitan Zeel Production, saksikan #PemburuRahsia yang mula bersiaran menerusi slot Samarinda TV3 pada 5 September 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton. 

    Drama bersiri 15 episod ini merupakan hasil karya Marr Mohamad, diarahkan oleh pengarah Feroz Kader, serta membariskan pelakon – pelakon handalan seperti Intan Najuwa, Raden Zaharatul, Muaz Zabir, Kimberly Chuah, Raff Roslee, Haliza Misbun, Adam Lee, Scha Elinnea, Fariz Isqandar dan ramai lagi. 

    Damia (Scha Elinnea), seorang pelajar dan pempengaruh popular ditemui mati dalam kawasan kampus pada malam prom kolej. Damia yang diminati ramai pengikut Insta-Space tiba-tiba rebah ketika bersiaran di Insta-Space dan perkara ini telah mengejutkan semua pihak. Ada pihak yang membuat andaian Damia bunuh diri kerana dipulau. Ikmal (Muaz Zabir), Shaqir (Raff Roslee), Bella (Raden Zaharatul) dan Eli (Kimberly Chuah) bimbang jika dikaitkan dengan kematian Damia.

    Kematian Damia tidak dapat diterima oleh ibunya, Suraya. Kakak tirinya, Aliya (Intan Najuwa) telah pulang ke Malaysia untuk mencari sebab kematian adiknya walaupun polis telah mengklasifikasikan Damia mati kerana  membunuh diri. 

    Aliya cuba mencari jawapan dengan mengikut gerak hatinya. Aliya telah membuka akaun Insta-Space kepunyaan Damia dan melihat secara terperinci. Aliya kemudiannya menerima satu panggilan misteri, dan perkara ini memaksa Aliya bertindak ke atas Ikmal dan kawan-kawannya. Aliya mengesyaki Damia membunuh diri angkara buli siber daripada rakan-rakannya.

    Keadaan menjadi semakin membingungkan apabila Shaqir, Bella dan Eli mula dihantui gangguan misteri. Ikmal diserang dan hampir dibunuh selain menerima ugutan supaya mengaku dia punca kematian Damia.  Selepas itu, bermulanya pula gerakan kempen oleh pelajar-pelajar kolej yang menuntut keadilan atas kematian Damia.

    Dengan bantuan Sir Waiz (Adam Lee), seorang kaunselor di kolej tersebut, Aliya ingin membuktikan bahawa 5 pelajar tersebut bertanggungjawab atas kematian adiknya, Damia. Namun, dalam usaha Aliya menyiasat dan mencari kebenaran, kelima-lima pelajar tersebut termasuk Aliya dan Suraya kini mula diancam oleh seorang yang misteri. Apakah kebenaran di sebalik kematian Damia? Adakah Damia mati bunuh diri atau dibunuh? Apakah sebab sebenarnya Damia menjadi mangsa buli siber? 

    Sama-sama kita merungkai plot drama #PemburuRahsia menerusi slot Samarinda bermula 5 September 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim dan catch-up secara eksklusif di www.tonton.com.my. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.