Tag: Exist

  • Konsert Rock Nostalgia yang Menggegarkan Johor! A Night to Remember 2024

    Konsert Rock Nostalgia yang Menggegarkan Johor! A Night to Remember 2024

    Peminat muzik rock, bersiap sedia untuk satu malam yang tidak akan dilupakan! Konsert “A Night to Remember” kembali lagi dengan edisi kedua yang lebih epik pada 14 Disember 2024 di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor. Bertemakan “Rock Nostalgia”, konsert ini akan membawa anda kembali ke zaman kegemilangan rock tanah air dengan persembahan yang menggetarkan jiwa dari tiga legenda muzik Malaysia: Ella, Kugiran Masdo, dan Exists.

    Saksikan sendiri persembahan luar biasa Ratu Rock Ella yang pastinya akan menggamit memori dengan lagu-lagu hitsnya yang malar segar. Kugiran Masdo dengan alunan retro-pop yang unik, serta kugiran legenda Exists akan turut menggegarkan pentas dengan lagu-lagu popular mereka. Bersiap sedia untuk sing-along dan bernostalgia bersama ribuan peminat yang lain!

    konsert

    Bukan sekadar menyanyi bersama idola, anda juga digalakkan untuk tampil bergaya ala bintang rock kegemaran anda! Jadikan malam ini lebih bermakna dengan menggayakan fesyen era 80-an atau 90-an! Tambah menarik, pelbagai hadiah lumayan menanti pemenang pertandingan media sosial yang dianjurkan.

    Konsert ini mendapat sokongan padu daripada Tourism Johor, BestFM, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), dan Damansara Assets Sdn Bhd. Pengarah Tourism Johor, Tuan Shahril Nizam Abdul Rahim, menyifatkan acara ini sebagai platform untuk memperkukuh imej Johor sebagai destinasi acara bertaraf antarabangsa.

    konsert

    Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my dengan harga bermula dari RM99 hingga RM399. Nikmati diskaun istimewa 6.7% untuk pembelian tiket bernilai RM169 dan ke atas sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-67. Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos 2024.

    #ANightToRemember2024 #RockNostalgia #Ella #KugiranMasdo #Exists #Johor #Konsert #Malaysia

    Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Rebut tiket anda sekarang dan alami sendiri malam penuh nostalgia bersama legenda-legenda rock tanah air!

  • Festival Aku,Muzik&Kamu 2.0 : Mencapai Ketinggian sebagai Acara Terbesar di Wilayah Selatan Semenanjung

    KUALA LUMPUR, 5 MAC 2024 – Festival Aku.Muzik&Kamu (AMK) yang mencetuskan kegemparan di Selatan Semenanjung pada tahun sebelumnya, kini beraksi kembali dengan para artis baru yang telah membuat sejarah dan mendominasi panggung muzik Nusantara.

    Festival AMK yang memasuki tahun kedua penganjuran kini bernama AMK 2.0 menjanjikan satu festival muzik yang tidak akan dapat dilupakan di mata pemegang-pemegang tiket. 

    CoAction Events Sdn Bhd, penganjur AMK 2.0, dengan bangganya mengumumkan sembilan (9) pemuzik Nusantara yang akan menghangatkan pesta 10 jam tanpa henti tersebut pada 8 Jun 2024 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru, Johor. 

    Barisan pesohor muzik tersebut termasuklah kumpulan Masdo, IAMNEETA, Saixse, Feel Koplo, Imran Ajmain dan Ratu Rock Negara, Ella.

    Selain itu, Afgan akan diterbangkan khas dari Indonesia untuk ‘mencairkan’ pengunjung-pengunjung dengan lagu hit-nya seperti Bukan Cinta Biasa dan Jodoh Pasti Bertemu.

    Turut mewakili keghairahan muzik Indonesia, AMK 2.0 akan menampilkan Kumpulan Nidji yang tidak pernah mengecewakan dalam persembahan-persembahan penuh tenaga mereka. 

    Dan mewakili kebanggaan seluruh Bangsa Johor, kumpulan Exists turut akan mencipta sejarah baharu dalam AMK 2.0 yang akan bermula dari pukul 3 petang sehingga 12 malam.

    “Seramai 12,000 orang hadir di Aku.Muzik&Kamu yang julung kali diadakan tahun lepas. Festival ini begitu berjaya sehingga dicalonkan sebagai Acara Dalam Negeri Terbaik Johor untuk 2023. Tahun ini, kami menjangka kehadiran dalam 15,000 pengunjung dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak. 

    “Festival muzik kali ini akan terus menampilkan sembilan pesohor seni muzik bakat tempatan dan Indonesia.  Mereka mewakili genre muzik yang berlainan untuk menepati citara pengunjung kami nanti.

    “Ini adalah landasan kami untuk menyemarakkan industri seni, dengan menyatukan bakat-bakat muzik Nusantara, sekaligus memberi kepuasan maksima kepada semua pembeli tiket,” ujar Pengarah Eksekutif CoAction, David Emir Baring.

     Beliau juga berterima kasih kepada rakan kongi strategik festival tersebut, seperti pihak Tourism Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Visit Johor dan juga rakan kongsi media, Astro Malaysia Holdings kerana turut bersama menjayakan festival tersebut.  

     Untuk Exists, menyertai Festival AMK 2.0 adalah seperti ‘menunaikan kewajipan’ kembali ke negeri kelahiran, Johor lalu menghiburkan peminat mereka yang bukan hanya dari Malaysia tetapi Indonesia dan Singapura.

     “Bersedialah untuk berpesta dengan lagu-lagu yang akan membawa kalian pulang ke zaman nostalgia. Jumpa di Festival AMK 2.0,” ujar Ajai, mewakili Exists.

    Selain daripada persembahan yang hangat, festival ini juga akan menampilkan festival makanan dari MaQan Space untuk memuaskan pelbagai citarasa pengunjung, menawarkan pengalaman gastronomi yang melengkapi suasana festival ini.

    Harga tiket adalah RM229 (CHILL ZONE FREE SEATING), RM229 (GALAU ZONE FREE STANDING), RM369 (ROCK ZONE FREE STANDING) dan RM569 (ROCK ZONE + VIP LOUNGE ACCESS) dan boleh dibeli menerusi platform www.ticket2u.com.my

    Jadi, jangan sampai terlepas peluang bersama-sama mencatat sejarah baharu dan menikmati keghairahan dalam Festival Aku. Muzik & Kamu 2.0 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru pada 8 Jun 2024 ini!