Tag: HitmanSolutions

  • “Konsert Penutup Ella: Edisi ‘Puteri Kota’ Meriah di Sabah!”

    Sabah International Convention Centre (SICC) menjadi saksi kepada pengalaman yang mengagumkan semalam, di mana Ella menampilkan kemahiran muziknya dalam konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’.

    Selepas konsert berakhir, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, berasa sangat-sangat tersentuh dengan sambutan yang diterima dari peminat-peminat, “Terima kasih ‘urang’ Sabah atas sokongan yang tidak terhingga. Saya berharap semua orang yang hadir ke konsert malam ini dapat jadikan ini suatu memori yang tidak dapat dilupakan.

    Siri Jilid Akhir: Ella Puteri Kota bermula di Axiata Arena Bukit Jalil yang melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan ‘Most Concert Tickets Sold-Out: 10,000 Tickets in 24 Hours’ oleh The Malaysia Book of Records, kemudian di Spice Arena Pulau Pinang mengumpulkan 14,000 Ellasgang, dan kini, di Kota Kinabalu, Sabah, kesemuanya punyai kejayaan tersendiri.

    “Kota Kinabalu ‘special’ dan dekat di hati saya kerana di sinilah lokasinya saya dan suami mula berkenalan sewaktu mula-mula bercinta dahulu dan menjadi memori terindah kami,” kongsi Ella tentang lokasi keempat konsert jelajah ini.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal, “Kejayaan demi kejayaan berjaya kami raih melalui siri jelajah konsert JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA ini adalah untuk peminat yang ingin merasakan konsert bertaraf antarabangsa untuk  artist lokal kesayangan mereka. Kami di Hitman Solutions akan terus memberikan kepuasan yang maksimal buat penggemar muzik di Malaysia, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya.

    Konsert yang berlangsung sekitar 2 jam lebih di bawah bimbingan pengarah muzik tersohor, Dato’ Acis tersebut turut disajikan dengan hampir 30 buah lagu di antaranya Standing In The Eyes Of The World, Kesal, Retak dan Anak Patung. Malam tadi telah menjadikan lokasi keempat untuk Jilid Akhir: Ella Puteri Kota namun peminat masih mempunyai permintaan untuk jelajah tersebut untuk di teruskan di lokasi-lokasi lain.

    Sebagai penghargaan kehttps://beritaharian.my/wp-content/uploads/2024/01/rsz_img_5986.jpgpada negeri Sabah yang penuh dengan budaya, suatu persembahan kejutan dibawakan oleh Kumpulan Budayawan dengan tarian tradisional Sabah. Peminat-peminat terkesima dengan bunyian tradisional di konsert rock menjadikan ini suatu pengalaman yang tidak mungkin boleh dilupakan.

    Konsert gilang gemilang ini tidak mungkin dapat di teruskan tanpa sokongan dari rakan-rakan penaja yang telah bersama-sama jayakan Jilid Akir: Ella Puteri Kota, Era Sabah & Sarawak (Radio Rasmi), Imago Shopping Mall (Rakan Pusat Membeli-belah Rasmi), Ming Garden Hotel & Residences (Rakan Hotel), D’Bundle Mania, Jee Harris Corporation, Film Horizon, BluPrints, Mangkuk Malaysia (Rakan Sokongan) dan Rafa Travel (Rakan Pengangkutan Rasmi).

  • Konsert Berona Day: Rizky Febian Buat Heboh di Kuala Lumpur

    Konsert Berona Day: Rizky Febian Buat Heboh di Kuala Lumpur”

    Peminat seni suara romantis yang memenuhi Megastar Arena KL @ Sg. Wang Plaza pada malam 3 November yang lalu pastinya merasa beruntung menyaksikan penampilan Rizky Febian dari luar negara. Konsert ‘AN ALBUM LIVE CONCERT: BERONA DAY RIZKY FEBIAN’ adalah anjuran Hitman Solutions

    “Saya masih tidak boleh ‘move on’ terhadap konsert lalu dan mahu menghiburkan lagi peminat di Malaysia kerana sokongan mereka yang tidak berbelah bagi, dan buktinya pada malam Berona Day ini, penuh ‘rona’ melalui lagu-lagu yang saya sampaikan buat semua penonton,” kongsi pemilik nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 25 tahun.

    Konsert yang berkonsepkan album ini merupakan siri jelajah rangka mempromosikan album kedua Rizky berjudul ‘Berona’ yang dilancarkan pada 21 Julai tahun ini.

    Album yang mengandungi 10 buah lagu baharu ini adalah hasil kolaborasi 3 pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi.

    Lebih 4000 penonton dihiburkan selama hampir 2 jam dengan 18 buah lagu kesemuanya, diantaranya Berona, Luka, Kesempurnaan Cinta, Indah Pada Waktunya, Ego, Seperti Kisah, Selaras Kata, Ragu, Terpesona, Membisu serta lagu-lagu hits Rizky yang terdahulu.

    Selaku pengarah muzik bagi konsertnya sendiri, penonton berpeluang merasai sendiri warna nyanyian yang berbeza dan lebih dewasa yang disampaikan Rizky.

    Katanya, “Dari segi susunan muzik, saya sendiri yang menentukan ‘warnanya’ sesuai dengan usia saya yang semakin meningkat dengan diiringi barisan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

    “Terima kasih buat semua yang hadir pada malam ini kerana menjadikan konsert Berona Day sebuah momen berharga bagi saya yang akan saya simpan sampai bila-bila, kepada pihak penganjur, Hitman Solutions, terima kasih kerana menjadikan impian saya untuk kembali ke Malaysia menjadi realiti.

    En. Rohit Rampal, selaku Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions berkata, “Konsert Berona Day ini tidak mungkin berlaku jika bukan permintaan yang tinggi terhadap Rizky yang mempunyai pengaruh media sosial kuat dikalangan penggemar muzik tempatan.

    “Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai artis-artis muda yang berkebolehan seperti Rizky, baik artist tempatan mahupun antarabangsa yang dapat mewarnai industri hiburan tanah air kita.”

    Merujuk kepada rancangannya yang akan datang, En Rohit berkata, “Hitman Solutions melihat untuk menganjur lebih kurang 21 konsert untuk artis tempatan dan antarabangsa pada tahun 2024. Terdapat banyak permintaan dari peminat-peminat serta keinginan artis antarabangsa untuk menyenaraikan Malaysia dalam senarai konsert jelajah dunia mer9bbbbbeka.”

    Terima kasih kepada semua yang hadir dan termasuk para penaja – Era FM & Gegar.my (Radio Rasmi), RFAS MUSIC (Rekod Music Rasmi), Sunway Putra Hotel (Hotel Rasmi), Batik Air (Syarikat Penerbangan Rasmi) dan disokong oleh Tourism Malaysia.