Tag: #Kedah

  • “Kerjasama SINERGI Astro & Nu Ideaktiv Melalui Hello Kedah”

    Alor Setar, Kedah – Penganjuran program Hello Kedah yang bakal diadakan pada 5 Julai 2024 di Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar Kedah menampilkan sinergi kreatif Nu Ideaktiv sebagai rakan penganjur bersama Astro dengan misi untuk memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

    Selain itu, ia juga dapat mengukuhkan silaturahim komuniti dengan mewujudkan platform untuk masyarakat berkumpul dan berinteraksi bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim antara penduduk. Dengan program Hello Kedah ini, dapat menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat.

    Masyarakat Kedah tidak ketinggalan menyertai program Hello Kedah ini dengan menjadi vendor-vendor jualan makanan dan minuman secara tidak langsung dapat membuka peluang untuk penduduk Kedah menambah pendapatan di samping membuat promosi jualan murah produk-produk jualan mereka. Vendor makanan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman tradisional serta moden yang sedap dan terkenal di Kedah.


    Program Hello Kedah ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat melalui penggunaan tenaga kerja tempatan yang terlibat dengan pelbagai pengurusan dan pelaksanaan acara sepanjang tempoh program ini berlangsung. Selain daripada itu, program ini juga dapat memberi sokongan ekonomi kepada peniaga kecil dan sederhana di Kedah dengan menyediakan platform untuk mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Sokongan ini bukan sahaja membantu peniaga tempatan tetapi juga mengukuhkan ekonomi setempat dengan menggalakkan penggunaan produk dan perkhidmatan buatan tempatan.

    Program “Hello Kedah” menampilkan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Selain itu, kami juga akan merasmikan pelancaran aplikasi seeNI dan laman web baharu KLiiK, yang pasti akan menarik perhatian ramai dan membawa manfaat besar kepada komuniti. SeeNI adalah aplikasi yang menggabungkan lebih dari 20 portal majalah terkemuka seperti NONA, RASA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Keluarga, Impiana dan banyak lagi, seiring dengan kecanggihan dunia yang telah meletakkan segala pusat maklumat di hujung jari.


    Di SeeNI, terdapat pelbagai hidangan konten, dalam pelbagai format yang menarik, daripada artikel, video, sehinggalah ke konten audio yang memenuhi minat anda. Manakala Kliik, ialah sebuah portal komuniti aktif, di mana kami menggerakkan pelbagai aktiviti untuk pengguna atas talian khususnya pengguna Ideaktiv. Setiap Kliik membawa manfaat seperti ganjaran tambahan, akses ke pertandingan, sample percuma, event, seminar dan webinar yang menarik semuanya di bawah satu portal!

    Program Hello Kedah ini akan menunjukkan kepada komuniti terdapat pelbagai rancangan di Astro serta penyertaan komuniti dari portal majalah kekeluargaan, Makanan, New Gen & lelaki daripada Ideaktiv. Antara aktiviti yang berlangsung adalah senaman “Pound Stick“, Himpunan citi-cita Bintang Kecil, Pertandingan mewarna Bintang Kecil dan juga gunting rambut secara percuma di booth Ideaktiv.

     

    Selain itu, program ini dirancakkan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, Shiha Zikir, Naqiu, Sepahtu dan ramai lagi yang menjanjikan aktiviti yang penuh dengan kemeriahan. Penampilan Khas selebriti tempatan ini telah memeriahkan suasana dengan persembahan mereka dan juga pengunjung berpeluang berinteraksi dengan artis kegemaran mereka melalui sesi autograf dan bergambar.

    Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim berkata, “Buat julung kalinya, kami diberi penghormatan untuk menganjurkan Siri Hello yang sememangnya sinonim dengan Astro dan kami gunakan kekuatan kami sebagai perantara komuniti untuk membentuk aktiviti dan program yang disediakan untuk Hello Kedah. Selain daripada menjadi usaha murni untuk mengeratkan hubungan antara komuniti setempat, kami cuba untuk memastikan setiap program Astro dan pengisian jenama-jenama Ideaktiv dipromosikan secara maksimum.

    Hello Kedah ini juga dilihat sebagau medium untuk kami berinteraksi dengan warga Kedah dengan lebih dekat. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Astro Marketing dalam menjayakan program ini, serta memperkenalkan aplikasi seeNI dan laman web baharu KLiiK yang akan memberikan kemudahan dan manfaat besar kepada penduduk Kedah.

    Sinergi antara Nu Ideaktiv dan Astro dalam menganjurkan program ‘Hello Kedah’ adalah contoh terbaik bagaimana dua entiti besar boleh bergabung untuk membawa manfaat kepada komuniti.”
    Dengan ini, diharapkan program “Hello Kedah” akan menjadi satu acara yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat dan ekonomi tempatan.

    TENTANG NU IDEAKTIV

    Nu Ideaktiv Sdn Bhd merupakan syarikat usaha sama di antara Astro dan Karangkraf yang telah ditubuhkan pada 2 Mei 2018. Nu Ideaktiv berusaha dalam menyebarkan informasi melalui kandungan media digital yang penuh inspirasi dan menjadi salah satu jenama peneraju dalam media Malaysia.
    Kunjungi laman web rasmi kami, https://www.ideaktiv.com/

    TENTANG SEENI

    SeeNI adalah aplikasi yang menggabungkan lebih dari 20 penerbit terkemuka seperti NONA, RASA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Keluarga, Impiana dan banyak lagi, seiring dengan kecanggihan dunia yang telah meletakkan segala pusat maklumat di hujung jari.

    Di seeNI, terdapat pelbagai hidangan konten, dalam pelbagai format yang menarik, daripada artikel, video, sehinggalah ke konten audio yang memenuhi minat anda.

    TENTANG KLIIK
    Kliik, sebuah portal komuniti aktif, di mana kami menggerakkan pelbagai aktiviti untuk pengguna atas talian khususnya pengguna Ideaktiv. Sesuai dengan tagline kami “Join, Layan & Dapat Ganjaran” di mana pelbagai ganjaran menarik menanti di Kliik. Hub utama untuk gaya hidup di Malaysia! Setiap Kliik membawa manfaat seperti ganjaran tambahan, akses ke pertandingan, sample percuma, event, seminar dan webinar yang menarik semuanya di bawah satu portal! Pengguna boleh mengakses artikel daripada jenama pilihan yang diminati.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

    She Mohamad Nor
    Eksekutif Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat
    Nu Ideaktiv Sdn Bhd
    Mobile: +60 19 662 8805
    Email: she@ideaktiv.com

    Nik Shazrul Ezwan Che Mohd Ariff
    Ketua Unit Pemasaran & Komunikasi
    Nu Ideaktiv Sdn Bhd
    Mobile: +60 17- 268 5609
    Email: ezwan@ideaktiv.com

    Nur Fatimah Zahrah Ahmad
    Eksekutif Pemasaran & Komunikasi Korporat
    Nu Ideaktiv Sdn Bhd
    Mobile: +60 19 9801618
    Email: faza@ideaktiv.com

     

  • Kejayaan Tayangan “magiK”: Merentasi Tujuh Lokasi Semenanjung Malaysia

    KUALA LUMPUR – Tayangan khas filem “magiK,” yang dianjurkan oleh syarikat produksi 42nd Pictures Sdn Bhd di bawah pimpinan pasangan suami isteri Yasu dan Bea Tanaka, telah mencapai kejayaan dalam mendekati penonton sasarannya.

    Menurut Bea, penerbit filem ini, tayangan istimewa “magiK” di tujuh lokasi berbeza di Semenanjung Malaysia melibatkan lapan sesi tayangan.

    “Setakat ini, pihak kami sudah berjaya mengadakan empat tayangan khas filem magiK bersama penduduk setempat termasuk komuniti bermasalah pendengaran membabitkan        lokasi di Kuantan,Terengganu,Kedah dan YMCA, Kuala Lumpur.

    “Tayangan khas filem ini juga ialah versi ‘closed caption’ untuk memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran,”katanya.

    Filem magiK yang bakal menemui penonton dipawagam seluruh Malaysia pada 30 November depan memaparkan gadis pekak berusia tujuh tahun, Kit yang ini tinggal di perkampungan terkenal dengan kelip-kelip.

    1. Kuantan

    Lokasi pertama untuk tayangan khas filem magiK adalah di Kuantan, Pahang. Menurut pengarah filem ini, Tanaka, lokasi ini dipilih kerana penggambaran filem magiK berlangsung diKampung Kuantan, Kuala Selangor yang terkenal dengan kelip-kelip.

    “Ramai penonton yang bertanya mengenai maksud huruf besar K yang juga judul filem magiK pada tayangan khas itu.

    “Saya menjelaskan kepada mereka huruf besar K itu melambangkan banyak perkara.“K adakah Kit (nama watak utama), K juga bermaksud kelip-kelip dan komunikasi serta K juga bermaksud Kuantan,”katanya.

    Tanaka berkata, selalunya dia akan mendapat idea baru dan inspirasi untuk menghasilkan skrip bila mengunjungi lokasi yang unik dan menarik di Malaysia. Katanya, dia juga boleh menyelami adat dan budaya masyarakat tempatan di setiap lokasi yang dikunjungi.

    “Terima kasih kepada pihak yang membantu menjayakan tayangan khas filem magiK di sana iaitu Addy Haikal, Warung Adri dan Pameran Seni Haram yang menjadi tuan rumah di Kuantan.

    “Mereka juga tidak sabar untuk mengembangkan komuniti seni di Kuantan melalui pelbagai bentuk seni seperti muzik dan filem,” katanya.

    Tidak ketinggalan, kata Tanaka, dia dan Bea turut berpeluang mempromosikan buku terbaru terbitan mereka berjudul “Visual Story Telling 2: How to Meet 42nd Sheep” dengan Pameran Seni Haram.

    “Syarikat produksi, 42nd Pictures lazim mengadakan kelas “Visual Storytelling” dan menggunakan buku karya mereka sebagai buku teks,” katanya.

     

    1. Terengganu

    Tayangan khas kedua filem magiK membabitkan lokasi di tepi pantai yang indah dan terkenal dengan tempat penyu bertelur untuk konservasi penyu iaitu Pantai Telaga Papan di Setiu, Kuala Terengganu.

    Menurut Tanaka, lokasi itu dipilih kerana ia bersesuaian dengan filem magiK yang juga menyentuh konservasi kelip-kelip.

    “Namun, lokasi itu paling sukar untuk kami meletakkan peralatan seperti projektor, pembesar suara dan skrin layer untuk tayangan wayang pacak diluar, katanya.

    Kata Tanaka lagi, magiK juga menyentuh isu alam sekitar dan karya dihasilkan juga sentiasa menekankan kepentingan komunikasi yang harmoni antara alam semula jadi dan manusia.

    “Seperti filem kami sebelum ini, Nota, kisah berlaku di tepi sungai dan seterusnya dilaut.

    “Seperti perubahan alam semula jadi mengajar kita bagaimana untuk hidup dengan aliran kitaran dan bukan melawannya seperti cuaca dan alam.

    “Malangnya, pihak kami tidak dapat menyampaikan filem magiK kepada masyarakat tempatan kerana hujan turun dengan lebatnya ketika tayangan filem itu di sana dan kami perlu meneruskan perjalanan lokasi seterusnya pada keesokan paginya,” katanya.

    1. Kedah

    Perjalanan paling jauh sempena tayangan khas filem magiK ialah dari Setiu,Kuala Terengganu ke Sungai Petani, Kedah. Tayangan khas di sana berlangsung di SPace08000.

    Menurut Tanaka,di Sungai Petani, SPace08000, telah menjadikan jalan belakang dan bangunan lama sebagai landasan untuk komuniti seni dan belia.

    Mereka saling membantu untuk berkembang dan terus bertahan. “Tayangan khas filem magiK disana juga dapat menarik pelbagai golongan masyarakat seperti pasangan guru yang mengajar golongan pekak sama seperti Bea.

    “Selain itu, ada lelaki Jepun yang menetap di Malaysia dan memberi sokongan kepada golongan OKU serta nama keluarganya juga Tanaka. Pada masa yang sama, ada juga pasangan pelancong dari Indonesia,” katanya.

    “Kita dapat kenalan baru dikalangan menonton tayangan khas filem magiK di lokasi terpilih dan setiap pertemuan adalah tidak ternilai,” katanya.

    1. YMCA, Kuala Lumpur

    Minggu Orang Pekak Antarabangsa sedunia di sambut pada hari ahad terakhir, September. Pelbagai acara dianjurkan untuk meraikan hari terbabit, dan Tanaka dan Bea memilih untuk mengadakan tayangan filem magiK di YMCA, Kuala Lumpur.

    Pasangan suami isteri ini berharap filem magiK akan menyumbang pengiktirafan kepada golongan bermasalah pendengaran.

    Bea yang juga bekas guru pendidikan khas masalah pendengaran selama 15 tahun berkata, mereka juga mahu berkongsi filem itu dengan komuniti bermasalah pendengaran sebanyak yang boleh.

    “Pihak kami bersyukur kerana YMCA, Kuala Lumpur menganjurkan tayangan khas sempena Minggu Orang Pekak Antarabangsa pada tahun ini dan ia sangat sesuai dengan filem magiK,filem mengenai seorang gadis pekak.

    “Barisan pelakon filem magiK yang turut hadir untuk tayangan khas ini ialah Qisya Hairulzain (watak utama Kit), Tengku Carmeela (Kit dewasa), Chacko Vadaketh (Zack). Carmeela juga pekak    dan ia juga penampilan pertamanya di layar filem,” katanya.

    Sementara itu,Tanaka dan Bea berkata, melihat reaksi penonton secara langsung pada tayangan khas dilokasi terpilih itu adalah kepuasan sebenar mereka setelah menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan filem itu.

    “magiK adalah mengenai komunikasi. Ia adalah kisah mengenai sebuah keluarga di perkampungan yang terkenal dengan kelip-kelip.

    “Pihak kami bertemu dengan ramai orang sepanjang tayangan khas ini dimana mereka juga mempunyai kehidupan dan masalah mereka sendiri,” katanya.

    Kata Tanaka lagi, ada yang cuba bertahan dan ada yang meneruskan minat mereka dalam pelbagai bentuk seni.

    “Setiap bandar mempunyai komuniti seni mereka sendiri dan mereka juga berjuang untuk terus berkembang maju.

    “Kami juga merasakan sangat dekat dengan mereka sebagai pembikin filem Indie,” katanya.

    Menyusul selepas ini, ada lagi empat tayangan khas filem magiK akan berlangsung dibeberapa lokasi selepas ini. Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya nanti.

    Sosial Media :

    TikTok : https://tinyurl.com/yshuze9c

    Facebook : https://tinyurl.com/2r43wdjm

    Instagram : https://tinyurl.com/mvb6952d

  • PELANCARAN INISIATIF PAYUNG RAHMAH BERSAMA RAKAN STRATEGIK KPDN

    KULIM, 4 SEPTEMBER 2023 – Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup hari ini telah melancarkan Inisiatif Payung RAHMAH Bersama SJ Circle Sdn Bhd yang diadakan di Kulim Industrial Estate, Kulim, Kedah.

    Di bawah Inisiatif Payung RAHMAH, KPDN telah melancarkan empat (4) teras utama iaitu Jualan RAHMAH, Menu RAHMAH, Bakul RAHMAH dan Pakej RAHMAH. Melalui Inisiatif Jualan RAHMAH, KPDN telah mempunyai 29 rakan strategik yang terdiri daripada pasar raya besar, pasar raya rangkaian dan pihak pengeluar. Inisiatif Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

    Terdapat tiga (3) model Program Jualan RAHMAH iaitu dalam premis, luar premis, dan bergerak (mobile). Sehingga kini, jumlah PJR dan PJRB telah dilaksanakan di 1,748 lokasi di 222 parlimen sejak ianya diperkenalkan pada Januari 2023. PJRB atau #KedaiCariRakyat terbukti dapat memberi kesan yang positif dalam usaha untuk meringankan kos sara hidup dan kini telah 2 menjangkau rakyat di semua peringkat termasuk kawasan yang tiada pasar raya atau pasar raya besar. Untuk makluman, PJRB telah menjangkau rakyat Malaysia MADANI di bandar, pinggir bandar dan juga di luar bandar meliputi 575 lokasi di seluruh negara.

    Selaras dengan saranan Kerajaan ini, SJ Circle Sdn Bhd akan memulakan penyertaan sebagai rakan strategik di bawah Inisiatif Payung RAHMAH dengan mengeluarkan produk lampin bayi pakai buang jenama MIDORI khusus bagi Jualan RAHMAH Bergerak. Jenama MIDORI ini boleh didapati dalam lima(5) bungkusan berbeza mengikut saiz iaitu S, M, L, XL dan XXL.

    Untuk makluman, SJ Circle Sdn Bhd adalah sebuah syarikat perkilangan yang telah beroperasi sejak tahun 2016 dan telah mengeluarkan produk lampin pakai buang untuk bayi dan kanak-kanak bagi beberapa jenama seperti MIDORI dan Weezy serta lampin pakai buang dewasa jenama Senshine dan Sensof. Syarikat ini juga telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2015 oleh pihak LRQA serta status HALAL dari pihak JAKIM.

    Selain itu, SJ Circle Sdn Bhd turut mempunyai rakan strategik di beberapa buah negara luar seperti Kemboja, Thailand, Vietnam dan India, di samping pasaran tempatan sedia ada. KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.

    Mengikut Laporan Indeks Pengguna pada Julai 2023 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati bahawa kadar inflasi negara terus mereda pada kadar 2.0% berbanding bulan sebelumnya iaitu 2.4%. Namun, ianya jauh lebih rendah berbanding negara jiran seperti Indonesia (3.1%), Singapura (4.1%) dan Filipina (4.7%). Dalam konteks ini, KPDN akan terus melaksanakan pelbagai gerak kerja dalam memastikan agenda menangani kos sara hidup ini diberikan tumpuan utama dalam agenda Malaysia MADANI seperti yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri.

    KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri dari pelbagai sektor di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna.

  • KPDN BERI AMARAN TEGAS JIKA TUKAR LABEL KAMPIT BERAS

    KULIM, 4 SEPTEMBER 2023 – OPS JAMIN telah dilancarkan pada 7 Julai 2023 melibatkan kolaborasi bersepadu di antara Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Penguat Kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) iaitu Kawalselia Padi dan Beras (KPB) bagi meningkatkan kapasiti penguatkuasaan dan pemantauan seluruh negara dalam memastikan pengguna sentiasa mendapat keterjaminan bekalan beras yang mencukupi dengan harga yang stabil dan terkawal.

    Kerjasama strategik yang melibatkan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan antara agensi di antara KPDN dan KPKM melalui OPS JAMIN berperanan penting dalam mengenalpasti keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat pemborong hingga ke peringkat peruncit.

    KPDN memberi jaminan akan menggiatkan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN bagi membanteras isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI) dan memberikan amaran tegas kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas.

    Sehingga 2 September 2023, sebanyak 1,053 pemeriksaan di bawah OPS JAMIN telah dilaksanakan di seluruh negara hasil kolaborasi bersepadu KPDN dan KPKM yang melibatkan pemeriksaan di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit. Sejumlah 47 aduan yang diterima melibatkan aduan harga, bekalan dan lain-lain berkaitan beras telah disalurkan kepada KPKM untuk tindakan lanjut.

    Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalselia Padi dan Beras [Akta 522] dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM25,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu) atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu).

    Selain itu, KPDN ingin memberi amaran keras terhadap mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu) atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua[1]duanya bagi orang perseorangan manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu).

    Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung isu kekurangan bekalan atau kenaikan harga beras, boleh menyalurkan aduan rasmi 3 kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

    Kawalselia Padi dan Beras

    Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

    i. Portal Aduan KPB: https://skpb.kpkm.gov.my/adu;

    ii. E-mel Rasmi: aduankpb@kpkm.gov.my; dan

    iii. Hotline Ibu Pejabat KPB Putrajaya: 03-8870 1751/1748/1183.

    Bahagian Penguatkuasa

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

    i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000;

    ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;

    iii. Call Centre 1-800-886-800;

    iv. E-mel e-aduan@kpdn.gov.my;

    v. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN, dan

    vi. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245.