Tag: #KhaiBahar

  • Khai Bahar Muncul Dengan Lagu ‘Lemas’

    Khai Bahar kini muncul dengan single terkini bertajuk “Lemas”. Selama tujuh tahun terlibat dalam industri seni, beliau telah menghasilkan lebih dari 20 single, dengan kebanyakan diterima dengan baik oleh peminat-peminatnya.

    Ketika ditanya mengapa dia menerima lagu Lemas ini, Khai Bahar berkata lagu ini sangat istimewa buat dirinya kerana liriknya berkait rapat dengan pengalaman peribadinya, keluarga malahan orang sekeliling. Sikapnya yang sering mendahulukan orang lain demi kebahagiaan jelas terpancar apabila dia menerima lagu ini. 

    “Apabila saya amati lirik Lemas, saya seolah-olah dapat hubungkan dengan keadaan yang pernah saya lalui. Saya seorang yang akan mengetepikan perasaan sendiri dan memberi peluang kepada orang lain. Secara ringkasnya, saya ni jenis pasrah, tidak hiraukan perasaan sendiri asalkan orang tersayang bahagia. Kadang-kadang bila kita buat orang lain bahagia, secara tidak langsung, hati kita tenang walaupun pedih untuk menerimanya. Lama-lama nanti perasaan sedih itu dengan sendirinya akan hilang. Sebab itulah  bila saya lihat lirik lagu ini, saya terus setuju untuk jadikan single terbaharu saya.”

    Khai Bahar telah menunjukkan komitmen yang tinggi ketika rakaman tanpa mengira kesihatannya. “Ketika rakaman untuk lagu ini dilakukan, saya dalam keadaan yang kurang sihat. Saya tidak mahu melengah-lengahkan rakaman ini kerana saya menghargai serta menghormati kerja keras sahabat saya di dalam studio terutamanya komposer Hykal Kadir dan penulis lirik Hamizan Azli. Saya amat menghormati kedua-dua mereka mereka mereka masih muda dan bakat mereka sangat berkualiti.”

    Ketika ditanya tentang pemilihan lagu, Khai Bahar menghormati kreativiti setiap karyawan. “Saya boleh dikatakan masih lagi baharu dalam bidang ini. Namun saya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja komposer asalkan melodi, lirik dan lagu sedap didengar dan melekat di hati saya. Alhamdulillah berkat kerja sama semua, rakaman selesai dalam masa dua jam setengah,” jelas King of Smule ini.

    Kepada yang masih belum mendengar lagu ini, boleh muat turun lagu Lemas di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

  • Lagu ‘Lat Tali Lat’ Bakal Menjadi Penyuntik Semangat Buat Anak Muda

    Selepas menerima anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa di Anugerah Juara Lagu ke-37, Khai Bahar meneruskan perjuangan dengan lagu terbarunya, “Lat Tali Lat,” yang menambah kelainan pada siri lagu genre pop sebelum ini.

    ‘Lat Tali Lat’ merupakan hasil nukilan daripada komposer berbakat iaitu Johan John ataupun lebih dikenali sebagai Bob Junior. Lirik yang dicipta oleh Khaleel membuatkan lagu ini lebih unik kerana ia dapat menyuntik semangat anak-anak muda pada masa sekarang untuk menghargai dan terus mengekalkan permainan tradisional agar tidak hilang ditelan arus zaman moden. Khai Bahar meletakkan sepenuh komitmen beliau yang membuatkan lagu ini hanya mengambil masa 3 jam sahaja dalam pembikinan.

    Lagu ini telah dipilih sebagai runut bunyi bagi drama komedi seram, Puaka Cuti Semester yang sudah mula bersiaran pada 24 Ogos 2023 yang lalu di platform Tonton. Tajuk lagu ini amat sesuai kerana drama ini menampilkan unsur permainan tradisional anak-anak Melayu suatu ketika dahulu. Drama ini mengisahkan tentang lima orang pelajar kolej iaitu Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina yang mempunyai latar belakang berbeza. Cuti semester telah pun tiba, namun mereka semua tidak pulang ke rumah masing-masing atas alasan tersendiri. Pada suatu hari, mereka diganggu oleh pelbagai gangguan mistik. Berjayakah kelima-lima pelajar ini merungkai gangguan yang dihadapi mereka? 

    Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Lat Tali Lat’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Khai Bahar  menerusi: Instagram: @khaibahar94, Tiktok: @khaibahar_94 , Facebook: @khai Bahar Official.

     

    Turut disertakan adalah lirik lagu  “Lat Tali Lat”:

     

    Kanan Kiri

    Aku toleh berkali

    Seram sejuk

    Roma aku berdiri

     

    Datang dan pergi

    Bayangan yang misteri

    Imaginasi

    Atau realiti

     

    Pre

    Ruangan sedar atau mimpi

    Fantasi zahirkan diri

    Terjerat ku terkunci

    Di gari

     

    C/O

    Di pukau aku bak di kacau

    Meracau di luar sedar 

    Keras di mainkan kau

    Di kacau aku bak di pukau

    Lintas hitam putih mengilai

    Tinggi di awan

     

    Lat tali lat siapa nak jaga

    Takut nanti tak berdaya

    Tinggal semua

     

    Kanan Kiri

    Bayangan yang misteri

    Seram sejuk

    Roma ku berdiri

     

    Pre

    Ruangan sedar atau mimpi

    Fantasi zahirkan diri

    Terjerat ku terkunci

    Di gari