Tag: mesramall

  • Nikmati Perayaan Krismas Gaya Eropah di Suria KLCC, Alamanda Putrajaya & Mesra Mall

    Nikmati Perayaan Krismas Gaya Eropah di Suria KLCC, Alamanda Putrajaya & Mesra Mall

    Suria KLCC, pusat membeli-belah ikonik di Malaysia, mengundang pengunjung untuk menikmati pengalaman keajaiban ‘European Christmas Village’ yang berlangsung dari 22 November hingga 25 Disember 2024.

    Centre Court Suria KLCC telah dihiasi dengan gerai-gerai bergaya bangunan kayu tradisional Eropah, menampilkan suasana percutian yang memukau. Pengunjung dapat menikmati lorong-lorong yang menyerupai jalan batu buntar, dihiasi dengan pokok Krismas yang berkilauan dan dekorasi perayaan yang mempesona. Gerai-gerai seperti kedai bunga, kedai roti, dan kedai mainan menawarkan pelbagai pengalaman menarik bagi mereka yang ingin merasai semangat Krismas.

    Di gerai bunga, pengunjung boleh menyertai ‘Christmas Wreath Workshop’ secara percuma setiap hari Sabtu dan mencipta hiasan Krismas mereka sendiri. Selain itu, di kedai roti, pengunjung boleh menyertai bengkel hiasan donat DIY pada setiap hari Ahad, memberi peluang untuk menghias snek perayaan yang boleh dijadikan hadiah atau dinikmati sendiri.

    Kedai hadiah turut menawarkan ‘Festive Photobooth’ bagi pengunjung yang ingin merakam kenangan indah dengan foto sebagai salinan digital. Selain itu, kereta kuda berhias indah turut tersedia sebagai latar belakang foto yang ‘Instagram-worthy’. Pokok Krismas setinggi 100 kaki yang terletak di Esplanade KLCC juga akan memancarkan cahaya yang memukau, menjadi tumpuan utama sambutan perayaan ini.

    Kehadiran Santa Claus turut memeriahkan suasana dengan sesi bertemu pengunjung pada setiap hari Sabtu dan Hari Krismas. Setiap hari Ahad dan pada Hari Krismas, nyanyian koir Krismas akan mengisi ruang sambil mengajak pengunjung menyertai lagu-lagu perayaan. Pada Hari Krismas, persembahan tarian yang menarik juga akan dipersembahkan.

    Suria KLCC menawarkan ganjaran istimewa melalui ‘Shoppers Rewards Programme’. Pengunjung yang berbelanja RM2,500 dan lebih dalam dua resit akan menerima e-Baucar Suria KLCC bernilai RM100. Selain itu, 50 pembeli pertama yang membeli e-Baucar RM1,000 akan menerima e-Baucar RM100 secara percuma.

    Di Alamanda Putrajaya, ‘European Christmas Village’ turut dipersembahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dari 22 November 2024 hingga 1 Januari 2025. Centre Court dihiasi dengan pokok Krismas yang bersinar dan pelbagai hiburan, termasuk tarian Krismas, persembahan muzik, aksi juggling, dan pertunjukan silap mata pada setiap hujung minggu dari 14 hingga 25 Disember. Untuk keluarga dengan anak kecil, terdapat aktiviti VIKids seperti menghias kek cawan Krismas dan mewarna seni perayaan pada setiap hujung minggu dari 21 hingga 29 Disember.

    Pada Hari Krismas, Santa Claus akan menggembirakan si kecil dengan ‘balloon sculptures’, sementara pengunjung berpeluang bergambar bersama Santa. Selain itu, pembeli yang berbelanja lebih RM500 akan menerima e-Baucar RM30, manakala pembeli yang berbelanja RM1,500 atau lebih akan mendapat e-Baucar RM80.

    Alamanda Putrajaya juga menyokong inisiatif kesihatan mental dengan melancarkan Alamanda Ribbon Pin yang dijual dengan harga RM10 setiap satu. Hasil jualan pin ini akan disalurkan kepada NGO kesihatan mental. Pada Hari Krismas, pembeli pin akan diberikan ais krim percuma.

    Mesra Mall di Kemaman turut menyemarakkan musim Krismas dengan tema ‘European Christmas Village’ dari 5 hingga 31 Disember 2024. Selain dekorasi menakjubkan, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung. Pada 14 Disember, keluarga boleh menyertai ‘Santa Hat Workshop’, diikuti dengan ‘Fairy Tale Costume Competition’ pada 21 Disember, di mana peserta berpakaian seperti watak kegemaran mereka untuk memenangi hadiah menarik.

    Pada Hari Krismas, Mesra Mall akan mengadakan sesi pemberian belon pada pukul 2 petang dan 4 petang untuk membawa kegembiraan kepada si kecil. Selain itu, dari 25 hingga 29 Disember, bengkel Sains VIKids akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam eksperimen sains dalam suasana makmal mini.

    Melalui ‘Shoppers Rewards Programme’, pembeli yang berbelanja RM350 dan lebih dalam dua resit akan menerima hadiah eksklusif seperti Pumpkin Pot 8L. Aktiviti menarik di Suria KLCC, Alamanda Putrajaya, dan Mesra Mall menjadikan musim Krismas tahun ini lebih meriah dan berwarna-warni.

    Untuk info lanjut, layari:

    1. SuriaKLCC – suriaklcc.com.my www.facebook.com/SuriaKLCCMall
    2. Alamanda- alamanda.com.my www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
    3. MesraMall – mesramall.com www.facebook.com/MyMesraMall
  • KEMUNCULAN ‘GINGERBREAD CHRISTMAS VILLAGE’ MEWARNAI SURIA KLCC

    Kuala Lumpur, 28 November 2023 – Suria KLCC memberikan sambutan yang penuh meriah dengan kilauan cahaya Hari Krismas bertemakan ‘Gingerbread Christmas Village’. Ini inspirasi dari tradisi membuat biskut “Gingerbread” dan rumah “Gingerbread” sepanjang perayaan krismas. Tema sambutan krismas tahun ini bakal mewarnai Suria KLCC dari 24 November 2023 sehingga 1 January 2024. Acara ini agar dapat memeriahkan lagi sambutan krismas tahun 2023 dan menarik ramai pengunjung pusat beli belah KLCC untuk hadir melihat sendiri sambutan krismas yang menarik dan unik.

     

    Para pengunjung dijemput untuk melangkah ke dunia magis ‘Gingerbread Christmas Village’ di perkarangan Centre Court yang membawakan pelbagai binaan yang mempesonakan inspirasi dari ‘icing’ dan gula-gula yang berwarna-warni. Sebuah air terjun cokelat ‘Gingerbread’ ditampilkan untuk menyerikan lagi suasana sambutan perayaan Krismas.

     

    Dekorasi utama dilihat membawakan sebuah menara jam ‘Gingerbread Clock Tower’ interaktif dimana ‘Gingerbread Man’ akan menari apabila musik perayaan Krismas dimainkan pada setiap jam. Pengembaraan kampung Gingerbread diteruskan dengan ‘Gingerbread Toyshop’ yang dilengkapi ‘photobooth’ selain daripada pelbagai hadiah yang menarik buat para pengunjung untuk mencipta kenangan yang indah.

     

    Pengalaman tidak terhenti disitu apabila para pengunjung berpeluang untuk menyampaikan mesej bermakna buat yang tersayang melalui pengeposan poskad. Poskad Krismas ini akan dilengkapi dengan setem istimewa Suria KLCC yang boleh didapati melalui pembelian Pin Suria KLCC. Sumbangan para pelanggan juga akan disalurkan kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu-isu kesihatan mental.

     

    Selaras dengan sambutan Krismas kali ini, Suria KLCC juga telah menderma RM3,000 kepada Yayasan ‘Dignity for Children’ yang dilihat sebagai salah satu inisiatif murni untuk tanggungjawab sosial dan korporat.

     

    Sepanjang sambutan perayaan kali ini, para pengunjung berpeluang untuk menyertai Kuiz ‘Gingerbread Man Personality’ bagi merungkai persona mereka selain menerima pin edisi terhad ‘Gingerbread Man’.

    Sambutan di Suria KLCC disasarkan akan lebih meriah pada hujung minggu dan juga pada Hari Krismas dengan kemunculan ‘Santa Claus’ dan ‘Ms. Claus’. Sementara itu, ‘Gingerbread Bakery & Candy Shop’ juga menjemput para pengunjung untuk mendekorasi biskut Krismas yang menarik untuk dibawa pulang.

     

    Di Esplanade KLCC, para pengunjung sekali lagi akan dipukau dengan kehadiran Pokok Krismas ikonik yang tertinggi di Malaysia yang dilengkapi dengan perhiasan yang bertemakan ‘Gingerbread’.

     

    Untuk keriangan berganda, para pengunjung yang berbelanja RM 1,500 ke atas melalui 2 resit akan menerima sekeping e-baucar Suria KLCC yang bernilai RM100.

     

    “Di Suria KLCC, semangat perayaan bukan lah hanya dengan membeli-belah; tetapi ianya adalah sambutan yang melambangkan kegembiraan serta semangat kekeluaragaan pada setiap saat. Berdiri megah setinggi 100 kaki, Pokok Krimas ini melambangkan komitmen kami untuk memupuk keceriaan di seluruh bandar Kuala Lumpur,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

     

    Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya

    Tema “Gingerbread Christmas Village’ juga membuat penampilan buat sambutan hujung tahun di Alamanda Putrajaya. Perkarangan ‘Centre Court’ ditransformasikan dengan hiasan dan dekorasi perayaan yang memukau bermula dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024. Tidak kurang dari itu, para pengunjung berpeluang untuk menonton persembahan dan juga menyertai aktiviti hiburan yang dilihat bakal menggamit lagi kemeriahan sambutan cuti akhir tahun.

     

    Dalam tempoh keberlangsungan perayaan ini, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak pada hujung minggu dan Hari Krismas. Persembahan tarian, persembahan silap mata, persembahan kawad pancaragam adalah antara pelbagai aktiviti menarik selain daripada persembahan joget dan berbasikal oleh Santa. Sesi beramah mesra bersama Santa Claus akan diadakan pada ambang malam Hari Krismas selain dari Hari Krismas tersebut. Bagi menyerlahkan bakat pengunjung kanak-kanak yang terdiri daripada ahli VIKids, mereka berpeluang untuk menyertai aktiviti istimewa dekorasi rumah ‘Gingerbread’ menggunakan ‘popsicle’.

     

    Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’. Sementara itu, pembeli yang mencatat rekod tinggi dengan jumlah pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima baucar bernilai RM80.

    Mesra Mall, Terengganu

    Keindahan sambutan Krismas bakal dirasai dan dilihat di Pusat Beli-Belah Mesra, Kemaman, Terenggan bermula dari 1 sehingga 31 Disember 2023. Dalam tempoh ini, para pembeli yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang menebus ‘Mesra Mall 2024 Planner’ yang terhad untuk 500 tebusan sahaja.

     

    Berikutan sambutan cuti akhir tahun, Pusat Beli-Belah Mesra juga akan mengadakan Bengkel Sains VIKids bermula dari 21 sehingga 25 Disember. Bengkel yang berkonsepkan makmal mini ini akan menampilkan enam aktiviti interaktif. Peserta yang berjaya menyertai keseluruh aktiviti akan menerima Kit Eksperimen Sains yang dilihat akan memberikan sentuhan pendidikan untuk sambutan cuti akhir tahun mereka.

     

    Untuk ahli VIKids dan juga ibu-bapa mereka, bengkel tanah liat ‘Gingerbread’ yang akan diadakan pada 16 dan 17 Disember ini akan menghalusi sudut kreativiti mereka bersama. Pada Hari Krismas, Santa Claus akan membuat penampilan istimewa dengan memberikan gula-gula secara percuma untuk mengimarahkan semarak sambutan cuti akhir tahun di Pusat Beli-Belah Mesra.

     

    Untuk info lanjut, layari:

    1. Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
    2. Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
    3. iii. Mesra Mall – www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall